Dah lama aku nak citer pasal menda ni, tapi asyik TERlupa jeee .. Ala bukan citer apa pun. Citer ketidakpuasan hati aku kerana harga makanan yang bagi aku, terlalu mahal !!
Ok. Nak dijadikan citer, ada satu hari ni, aku teringin nak tapau makanan kat kedai makanan lain. Yela .. Hari-hari kalau makan kat tempat yang sama dengan rasa yang sama, mestilah bosan. So, aku gi la kat satu kedai makan kat Kelana Center Point kalau tak silap aku. Kedai lot korner. Tuan punyanya kalau dengar gaya cakapnya merupakan orang utara.
Ok. Seperti biasa, lauk yang aku amik, mesti ada ayam goreng seketul dan sedikit sayur. Hari tu, aku amik laun bayam masak tumis bodo je. Bila settle memilih lauk, aku pun gi la kaunter nak bayar. uols cuba teka baper aku kena caj? Adakah RM4.00? Rm4.50? Ataupun RM5.00?? Haaaa ... guess what?? Semua tu SALAH !!!! Total caj dikenakan adalah RM7.60 !!!!! Amik kau !!!!
Kalau korang pikir ayam goreng yang aku amik tu ada besar seekor burung merpati, korang SALAH lagi. Nak tengok banyak mana aku amik .... Meh tengok ni ...
Nota Kaki : Kepada Makcik kedai makan tu, agak-agak la kalau nak cepat gi Haji pun ... Keuntungan perniagaan yang diperolehi lebih dari nisbah yang sepatutnya sampai membebankan pelanggan, Makcik jawab la sendiri kat 'sana' nanti yeee ... ~.~
6 comments:
haah, mahal....
lagi giler..oke..pangkah..takyah gi dah..mengarut..
ooo.. dasyat... selalu je terkena.. heheh.
buat report kat persatuan penggna.. =D
mahal la, kak. rm5 seketul.
saya mkn rm3 seketul pn dh brbunyi.
MAK OOII.. MAHAL BENAR TU..
mahal gila!!!
Post a Comment