Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 16, 2012

Appreciate What You Have .... Be Grateful Always

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Dalam hidup ni kita kadang-kadang jarang nak hargai apa yang kita miliki. Dari menghadapi masalah yang kita hadapi, kita lebih suka me'lari'kan diri. Kalau setakat 'lari' tu untuk menenangkan fikiran sebelum dapat mencari jalan penyelesaian tu OK la. Tapi, kalau 'lari' terus .. Haaaa ... Tu yang akan mendatangkan masalah lain pulak tuh. Heh.


Beberapa hari yang lalu, aku telah melakukan sesuatu yang mana ianya telah menyedarkan aku tentang sesuatu perkara dimana kesimpulan yang dapat aku buat ialah :


The world will always smile at you if you make the effort to smile at them first.


Pada yang paham, paham la. Pada yang tak paham, meh aku citer skit. Dalam kehidupan kita seharian, ada masanya, kita akan bangun pagi dengan perasaan moody kan. So, bila kita rasa moody, semua benda pun tak kena. Semua orang pun kita rasa salah. So, akibatnya, hari kita akan berlalu dengan suasana yang sangat tak tenang dan mengecewakan.


Tapi, cuba kita buat the opposite action. Maknanya, bila kita rasa moody, kita cuba pikirkan sesuatu yang buat kita ceria. Bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita masih lagi hidup. Jangan cuba nak cari kesalahan sesiapa sahaja. Segala yang mendatang kita sambut dengan hati yang tenang dan senyuman. Insyallah. Tak banyak, sikit mesti akan ada yang indah tentang perjalanan kita untuk hari itu.


Aku selalu fikir kerja aku ni adalah antara kerja yang paling teruk di dunia. Bos tak appreciate apa yang aku buat. Gaji si polan lagi besar dari aku walaupun aku lagi lama bekerja ... dan ada banyak lagi la benda-benda negatif yang selalu bermain dalm fikiran aku. Akibatnya, semua menda yang aku buat tak menjadi. Buat keja pun dalam keadaan terpaksa dan tak ikhlas. Hurrmmmphhh ..


TAPI, sejak 'peristiwa' itu, aku mula belajar menghargai kerja yang aku buat sekarang ni. Tkpala kalau Bos tak peduli, asalkan Allah tahu apa yang aku buat dan gaji aku masuk on time setiap bulan ^^ . Biarlah gaji si polan lagi besar dari aku. Rezeki masing-masing. Mungkin Allah nak bagi aku rezeki kat tempat lain, so DIA 'kurang'kan kat bahagian gaji tu.


Yang paling penting, aku masih diberi kesihatan yang baik untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal. Rezeki yang dapat aku gunakan untuk menampung kehidupan sementara di bumi Allah ini. Alhamdulillah.


So kawan-kawan, try hard to appreciate all the things that you have today. Maybe now, it's seem to be not enough, but always remember, ALLAH will only give what you deserve. So, stay chill and take 1 day at a time and appreciate it with gratitude and live it with attitude .... good attitude loh ^___^.


Gambo sesaja ... Tak kena
mengena ngan citer pun  ..
Muahahahaa


W'salam...

Adiosss...

3 comments:

sueada said...

smile 1st and everyone will smile back.

reenapple said...

mulakan hari anda dengan senyuman.. =)

lina said...

sgt betul aida...ingat ALLAH tidak pernah menzalimi hamba2NYA...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu