Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 14, 2012

Celoteh Ramadhan 25 : Juadah berbuka 1 Jam

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari Jumaat lepas, sampai rumah agak lambat. Tengok jam dekat pukul 6 petang dah. So, dengan penuh kepantasan, aku keluarkan segala jenis bahan masakan dari dalam peti ais. Ada daging ayam kisar, sayur kobis, kacang panjang, fishball, fishcake dan beberapa bahan lain.

Sebelum tu,laki aku ada sebut dia teringin nak makan cheezy baked meatball ala pizza hut. So, aku memang dah plan apa nak masak sebelum balik keje tu. cheezy baked + Mihun goreng Fishball ^^

Yang buat lambat sebab aku singgah carrefour depan rumah beli bahan yang belum ada ... Mozarella cheese ngan lada benggala. Cari warna hijau takde, so amik je warna merah. Sebiji RM3++ tuh .. Giler punya mahal .. Tapi, sebab nak makan, takpela ... Sesekali .. hehehee

Oleh kerana laki aku allergic ngan daging lembu, aku tukar la menu jadi ayam. Kebetulan beberapa hari sebelum tu aku memang ada beli ayam kisar Ramly. Aku uli ayam tu ngan serbuk lada itam, garam dan masa gentel-gentel buat bentuk bebola tu, aku masukkan cebisan cheddar cheese kat tengah-tengah.

Dalam masa sejam nak siapkan juadah berbuka tu, beginilah hasilnya ^^ :





Air plak aku sempat buat air limau asam boi (berais) ... Hmmm ... Sedaaaappppp ... (✿◠‿◠)

W'salam...

Adiosss...

Monday, August 13, 2012

Celoteh Ramadhan 24 : Operasi Biskut Raya Berganda ^O^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Sebelum 'make-up'

Cubaan kali ke -2 .. Barula dapat 'make-up' camni ^__^

Ni cubaan kali ke-3 ^^
Kuih tat hasil seni usahasama bersama laki aku .. Ahakss


Habis penyek 'bunga2' tat tu ... Sib baik rasa OK ^^

Inilah hasil kerjasama kami laki bini hujung minggu lepas. Alhamdulillah ... Dapat gak dua jenis biskut raya. Rasanya takda la boombastic sangat ... Cukupla kalau laki aku kata "Hmm ... Sedaaapppp"   >______________<


W'salam...

Adiosss...

Friday, August 10, 2012

Celoteh Ramadhan 21 : Bicara Tentang Personaliti

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Berkunjung ke blog sahabat, Pn Stoberi, aku tergerak hati untuk mencuba satu test mengenali personaliti diri. Kalau nak cuba gak, leh klik kat SINI

Keputusan bagi simple evaluation tentang personaliti aku adalah :




Sedikit huraian mengenainya adalah :

ISFJs are industrious caretakers, loyal to traditions and organizations. They are practical, compassionate, and and caring, and are motivated to provide for others and protect them from the perils of life.

ISFJs take their personal values seriously, and are committed to maintaining harmonious and cooperative relationships. They want stability and longevity in their connections with others, and tend to maintain a deep devotion to family. They look for people they can rely upon over the long term.

ISFJs appreciate tradition and are often the family historians, ensuring that younger generations respect and value the established customs. They appreciate knowing how things have been done in the past, and want to observe the proper, established method.

ISFJs are responsible and committed workers, and place great importance on fulfilling their duties, particularly when they are taking care of the needs of others. They want others to know that they are reliable and can be trusted to do what is expected of them. ISFJs are conscientious and methodical, and persist until the job is done.

Popular leisure activities for ISFJs include cooking, gardening, painting, crafts, picnics, nature walks, and watching movies. They are also often found supporting their loved ones in their interests and activities.

Interesting facts about the ISFJ:

  • On personality trait measures, score as Conservative, Conventional, Guarded, and Reserved
  •     Among types most likely to believe in a higher spiritual power ( Percaya hanya pada ALLAH s.w.t ^^ )
  •     More likely than average to experience chronic pain
    Among types most likely to suffer heart disease
  •     Second most common type among education majors in college
  •     More likely than other types to watch more than 3 hours of television per day ( Ye,ye .. saya memang suka menonton TV)
  •     Personal values include Happy family, Health and Spirituality
  •     Overrepresented among MBA students and male small business owners
  •     Among three types with the lowest income  ( =_=")
  •  Commonly found in education, health care, and religious occupations

Kalau agak-agak tak berapa nak paham (macam aku .. hehehee), leh la gi translate kat SINI atau SINUN ^^
 

W'salam ..

Adioss ...

Thursday, August 9, 2012

Celoteh Ramadhan 20 : Entri Kurang Kata

 بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم









W'salam...

Adiosss...

Wednesday, August 8, 2012

Celoteh Ramadhan 19 : Cerita Juadah Berbuka Ke ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pizza base tortilla
Kuah Spaghetti


Garnish Spaghetti, Sosej Keju


Spaghetti Fettucini Spinach

Just nak kongsikan menu berbuka aku masa Ramadhan kee ... emmm ... entah. Keberapa entah. Huhuhuhu


W'salam...

Adiosss...

Tuesday, August 7, 2012

Celoteh Ramadhan 18 : Almond London versi AdiaLuze ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Aduyaii ... Lenguh gak tangan buat kuih raya ni rupanya yeee ... Tapi, sangat-sangat ENJOY !!! ^^ ... Yela. Walau takde mixer, aku tetap berjaya menyiapkan jugak biskut Almond London yang kuidam-idamkan selama ini. Thehehee .. (walaupun tak berapa nak rapuh ... terlebih tepung kot .. huhuhuuhu).


Ok. Mehla tengok hasil kerja tangan aku selama lebih kurang 6 jam semalam. Minggu depan sambung wat lagi dan nak cuba buat Biskut Oreo Black Beauty plak ... Semoga menjadi la hendaknyaa ... Ahaksss ...




Hasil sepahan dari kerja tanganku (gambar atas) Huhuhuu




(Gambar atas) Biskut 'togel' sebelum di'dandan' dan di bakar ...






(Gambar atas) Beginilah hasilnya setelah di'make-up'kan. Walau tak secantik mana, Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku buat biskut ini buat julung-julung kalinyaaaa ....^_____^

Next in the list :
  • Oreo black beauty
  • Tat gulung
Semoga aku diberi kesihatan dan kekuatan untuk membuatnya. Insyallah ...

W'salam...

Adiosss...

Friday, August 3, 2012

Tazkirah Ramadhan 14 : Bicara Tentang Zuriat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


ZURIAT aka CAHAYAMATA

Ya. Takda satu pun manusia waras di dunia ini yang telah berkahwin tak inginkan zuriat. Mungkin pada awal usia perkahwinan, mereka tak berkeinginan untuk mempunyai zuriat. Tapi, setelah 3 tahun ke atas, pasti keinginan itu akan datang jua dalam diri mereka.

Bagi mereka yang tak sampai sebulan berkahwin dan diutuskan dengan perkhabaran gembira bakal bergelar ibu dan ayah, rasanya pasti tak tergambar kegembiraan mereka itu. Pada mereka yang dah berbelas tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat juga rasanya tak tergambar jua perasaan sedih dan kecewa mereka itu.

Semuanya adalah ketentuan Allah. Kerana hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya sedang kita sendiri tidak mengetahui satu apa pun tanpa izinNYA. Subhanallah.

Tahun ini merupakan tahun ke-4 usia perkahwinan aku. Alhamdulillah, kami masih lagi dikurniakan kebahagiaan oleh Yang Maha Kuasa. Walaupun masih tanpa cahayamata. Rasanya telinga aku ini sudah terbiasa dengan pertanyaan orang-orang disekeliling yang sering bertanya "Bila lagi?" .. "Merancang ke?" ... "Dah cuba pergi berubat?" .. Hmmm .. Dan aku cuma ada satu jawapan bagi semua soalan itu, "Insyallah, coming soon. Tengah proses la ni" ^^

Bukan ke kata-kata kita itu adalah DOA. Jadi, berkatalah hanya yang baik-baik sahaja. Lagipun, mereka-mereka itu takkan tahu sebanyak mana sudah kita berdoa dan berusaha untuk mendapat anugerah terindah dari ALLAH nan satu itu. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Astaghfirullah.

Walaubagaimanapun, janganlah terlalu bersedih. Kalau Nabi Zakaria, dalam usia 90tahun dan dalam keadaan isterinya yang mandul, tak pernah berhenti berdoa, berharap dan bermohon sehingga ALLAH mengurniakan baginya Nabi Yahya a.s, tiada apa lagi yang mustahil di dunia ini. Yang penting, kita jangan sesekali berputus asa untuk berusaha dan berdoa.

Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri, orang lain, maupun takdir. Jangan hanya kerana zuriat, kita jadi jauh dari ALLAH. Jangan. Bersyukurlah seadanya. Sentiasa memanjatkan kesyukuran padaNYA dan mintalah padaNYA. Di sini aku ingin jua kongsikan doa-doa Nabi Zakaria buat amalan mereka-mereka yang senasib denganku. Insyallah ... Allah Maha Mendengar dan Menerima doa permohonan hamba-hambaNYA.


وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)


هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)
SUMBER : SINI

W'salam ..

Adioss ...




Celoteh Ramadhan 14 : Rahsia Tuhan Siapa Tahu ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم




Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah memberkati kebahagiaan mereka kini dan berkekalan dunia dan akhirat. Insyallah ^^ 

Note : Sumber gambar : Mstar

Thursday, August 2, 2012

Celoteh Ramadhan 13 : Kisah Rumahtangga

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Sayu & hiba. 2 perasaan yang dapat aku katakan disamping beberapa lagi rasa yang ada setelah menonton berita mengenai kematian sepasang suami isteri di Keramat malam tadi. T___T. Lebih menyayat hati, bila tau yang isterinya tu tengah sarat mengandung 7 bulan !! Subhanallah, Astaghfirullah ...

Nak menangis rasanya bila melihat paparan motor mangsa yang tersepit antara 2 biji bas. Tak tergambar macamana perasaan suami isteri ini ketika menghadapi saat-saat penuh tragik itu ... Tapi, Alhamdulillah, mereka mengadap Allah di bulan baik ini. Semoga roh mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh dan solehah. Amin. Al-Fatihah.

Disamping berita sadis ini, kita juga dihadapkan dengan beberapa cerita keganasan rumahtangga, Antaranya, Suami ganas dipenjara 15 bulan  dan Suami kelar leher isteri diburu . T_________T



Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 19 :

"Dan bergaullah  kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik.  Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".

SUMBER : JAIS

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Soalan yang utama menerjah benak otak aku ini. Mungkin dah takde rasa sayang? Mungkin emosi menguasai diri? Atau mungkin terlalu mengikut hasutan nafsu dan syaitan ??? Entahlah. Tapi, mudah-mudahan rumahtangga kita semua terlindung dari perbuatan-perbuatan sedemikian .. Amin .. 



Hadith Rasulullah s.a.w. sabdanya :
"Terimalah wasiat ini yang aku wasiatkan kepada kamu iaitu berbuat baiklah kepada wanita kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada rusuk ialah pada bahagian atas-nya. Jika engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita".
SUMBER : JAIS


Nota Manja : Ya Allah, KAU lindungilah suamiku selalu dari malapetaka, bala bencana, dan segala perkara kemungkaran. Semoga kau berkati perjalanannya setiap hari untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. Amin, amin, amin yarobbal a'lamin ...

W'salam ..

Adioss ...

Wednesday, August 1, 2012

Celoteh Ramadhan 12 : Percubaan Pertama Biskut Germanku


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Akhirnya ... Setelah dirancang-rancang dan dapat gaji je semalam, aku gigih membeli segala jenis bahan-bahannya, malam tadi, Alhamdulillah, dapat jugak aku memulakan agenda buat biskut raya. Hasil dari resepi yang aku amik dari blog CMG, dapatlah jugak aku bermukadimah biskut raya ... Tak dapat pun satu balang. Tapi bolehla. Nak panaskan enjin dulu. Try test camne kan. 

Aku adun guna sudip kayu je okeh. Takde guna mixer punya. Bukan takmo guna, tapi takde .. Huhuhu ... Guna la apa yang ada. Alhamdulillah. Masih punya dua belah tangan pemberian Allah ini. Dah lama tak buat biskut raya, rasa seronok plak. Ni tak penuh satu balang pun, dekat kol 11 baru siap nih. Kalau berbalang-balang, mau aku tak tido sampai sahur. Thehehehe ...

Kat sini, aku kongsikan beberapa gambo yang sempat lagi aku snap dalam keadaan berselerak tuh. Sila-silalah jamu mata anda yeee ... ^___^







Haa ... Kat atas tu versi aku, yang kat bawah ni pulak versi Tuan punya blog yang aku pinjam resepinya ...


Comey je kan ... Hmmm ... Takpela. Sok-sok aku akan cuba lagi. Almaklumlaa ... Inilah percubaan pertama aku setelah sekian lama asyik dok buat kuih tunjuk jeee ... Ahaksss ... Selamat buat kuih raya semua !!! ^^

W'salam...

Adiosss...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu