Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

PETUA 8P

Assalammualaikum...

Entri kali ini aku tujukan khas buat mereka2 yang sudah berkahwin...Pada yang belom pun, boleh gak baca, tapi kalau nak praktikkan, tengoklah dulu mana yang boleh mana yang tidak yeee...

Petua ini adalah hasil dari SINI yang diberikan oleh Ustazah Siti Nurbahyah.

PETUA 8P

1) PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
> Pujian tu jangan lah plak sampai terlebih2 plak ye..Biar sikit, tapi ikhlas...

2) PELUK - Yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
> Peluk je jangan lebih2 pulak ^__^

3) PENGHARGAAN - Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
> Hadiah tu tak semestinye berbentuk material je..ucapan TERIMA KASIH pun boleh dikira hadiah..betul tak??

4) PERHATIAN - P yang ini,  mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
> Memang betul ! Setuju 101% !!

5) PERSEFAHAMAN - Amat penting
> Kena saling memahami supaya tak timbul curiga mencurigai

6) PERGAULAN -  Iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
> Kalau orang ketiga tu boleh membawa kebaikan takpela jugak kaannn....

7) PERCUTIAN - Di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
> Tapi kalau agak2 tak mampu, takyah la plan sampai ke Hawai ke Australia ke...Pergi je le ke tempat yang termampu dalam Malaysia ni..

8] PERMOHONAN - Iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin.
> DOA kan senjata orang mukmin..Jadi, jangan sesekali berhenti berDOA ye kengkawan...

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya. 


Amacam? Mudah tak petua2 ni? Memang ada yang cam susah je nak buat..tapi, mesti ada caranye kaannn..Jom kita start prakrikkan dari sekarang kengkawan !!!! ^____________--

W'salam...

Adiossss...

Petua Murah Rezeki : Episod 2 (Akhir)

Assalammualaikum...

Okeh...Aku nak sambung bahagian akhir petua petue aku ni...Jom baca jom !!!

BERSILATURRAHIM

Hidup kat dunia ni kita akan sentiasa saling memerlukan dan bergantungan. Berkawan biar beribu, bermusuh jangan sekali.

Nota : Erat2kanlah ikatan yang sedia ada, supaya hidup aman sentiasa...ewah2...berpantun la plak...

BERHIJRAH DI JALAN ALLAH
Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan.

Nota : Tapi jangan sampai keluar dari kekufuran dan masuk dalam kesesatan yeee...Nauzubillah...

BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH

Ertinye, orang2 yang dianggap lemah adalah mereka yang dikategorikan dalam golongan OKU, golongan miskin tegar dan golongan2 yang teraniaya.

Nota : Kepada kaum2 wanita, jangan suka2 nak memasukkan diri dalam kategori ni ye sebabnye, Tuhan jadikan kita dengan kekuatan yang tak ada dalam diri lelaki iaitu kekuatan melahirkan anak...Jangan biar diri dianggap lemah dan menagih simpati dari orang lain...

MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA
Menderma kepada badan2 kebajikan yang sah taraf dan bukannye pada mereka2 yang hanya mengambil kesempatan diatas nama badan2 keagamaan.

Nota : Menderma biar sikit tapi ikhlas dari banyak tapi niat nak menunjuk2.

MENGAMALKAN AYAT SERIBU DINAR

Ayat yang bermaksud : Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya diberiNya kelapangan dan diberiNya rezki yang tak terhingga dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH akan dijaminNya. Sesungguhnya ALLAH sangat tegas dalam perintahNya dan Dialah yang mentakdirkan segala sesuatu.

Nota : Rasanye ayat ini adalah tips yang paling mudah untuk dipraktikkan...Betul tak kawan2.... Hehehe

Begitulah adanye rahsia untuk dimurahkan rezeki. Ada kesempatan yang lain akan aku kongsi lagi ilmu2 bermanfaat yang dapat kita praktikkan bersama...Insyallah...

W'salam...

Adiossss...

Saturday, January 29, 2011

Sapa Nak KEMPISKAN Perut ???

Assalammualaikum...

Sapa nak kempiskan perut angkat tangan !!!!!!!!!!!!!!!

Haaaa...Aku rasa ramai lah yang angkat tangan kalo soalan kat atas tu ditujukan kat korang kan,kan,kan....Hehehe...Sama la kiteee...

Hari ni aku nak kongsi beberapa tips untuk mengempiskan perut. Jom skodeng !!!!

Tips 1 : Bersarapan dengan Yogurt
 

Tips 2 : Minum air dalam kuantiti yang disarankan


Tips 3 : Jangan gelojoh ketika makan


Tips 4 : Kurangkan pengambilan garam dalam makanan


Tips 5 : Pengambilan serat yang tepat seperti dalam buah2han (epal,pear)


Sumber Ilmu : SINI

Senang giler kan ? Jadi, apa tunggu lagi, meh kita cuba mempraktikkannye sesama...

W'salam...

Adiossss...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu