Assalammualaikum...
Selamat pagi kengkawan semua !!!!
Hari baru, permulaan baru, Mood yang baru.
Ada sesiapa ke Bukit Jalil ke semalam ?? Kalau ada, jersi apa la agaknye yang korang pakai kan .. ? Thehehehee ... Yelah, walaupun yang datang tu bukan calang2 pasukan, dan ada antara kita yang memang minat giler, takkan dek kerana itu semua, sokongan kita pada pasukan Malaysia tergugat kot ... ??
Mana jati diri kita sebagai rakyat Malaysia ? Adakah kerana sikap kita yang mudah berpaling tadah ini lah yang menyebabkan kita dijajah hampir 54 tahun yang lalu ??? Bukan menuduh, cuma nak kita sama2 fikirkan bersama2 ... Walau teruk macamana pun pasukan kita tu, mereka tetap membawa nama 'Malaysia' dan kita sebagai penyokong ni, sepatutnya cuba membakar semangat mereka supaya 'berjuang' habis2san ...
Kalah atau menang pada pasukan2 gergasi EPL ni aku rasa tak berapa nak kritikal la kepentingannya ... Yang paling penting cara pasukan kita bermain dan memberi tentangan. Kita yang reti bercakap ni rasanya boleh membantu dengan memberi mereka sorakan sokongan untuk membakar semangat mereka dan sekaligus merealisasikan siapa itu 'Harimau Malaya' ..
Malas nak tulis banyak2 lagi .. Korang pikir2kan lah sendiri. Menang bukan segala2nya andai ianya diperolehi dengan cara yang terkutuk .. Biar kita kalah .. Asalkan ianya masih bermaruah !!!
NOTA : Aku tak minat sangat bolasepak ni, tapi saje gatal2 nak bercerita jugak .. Ahaksss (。◕‿◕。)
W'salam
Adiosss...
No comments:
Post a Comment