Assalammualaikum...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa saja yang dikehendaki Allah menjadi baik maka diberikan ujian kepadanya." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Melihat kepada sabda Baginda SAW yang di atas, membuatkan aku sedar bahawa segala ujian dan dugaan yang aku terima sekarang ni adalah proses untuk Allah menjadikan aku hambaNYA yang lebih baik ..Insyallah ..
Jadi, andai kita ditimpa kejadian2 yang teramat payah untuk kita hadapi, janganlah bersedih wahai sahabat .. Percaya dan redhalah selalu dengan ketentuan Allah. Insyallah, hati, jiwa dan minda kita akan lebih 'ringan' dan tenang.
Tidak akan berlaku sesuatu perkara itu tanpa bersebab. Setiap yang terjadi, pasti akan ada hikmah dipenghujung jalannya nanti .. Ingat! PERCAYA, REDHA dan jangan lupa BERDOA kepadaNYA bagi mendapatkan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan kita di dunia ini dan akhirat nanti.
Amin, Amin, Amin Yarobbal a'lamin ...
W'salam...
Adiosss...
2 comments:
la tahzan..Allah takkn bebankan kita dgn ape yg kita tak mampu :)
salam aida - benar aida kerana ALLAH nak meningkatkan darjat kita di sisiNYA. Insya ALLAH. kita hendak la sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.
Post a Comment