Aku rasa sebelum ni aku dah kongsi ngan korang semua, tapi, oleh kerana ini adalah ilmu yang bermanfaat, aku nak kongsikan lagi ngan korang semua .. Meh le sama2 kita baca yee ...
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat".
Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya".
Kemudian beliau menyebutkannya:
"(1) ASAP
Nota : Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
(2) DAJJAL
Nota : Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
(3) BINATANG
Nota : Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
(4) Terbit matahari dari tempat tenggelamnya
Nota : Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
(5) Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam
Nota : Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
(6) Ya’juj dan Ma'juj
Nota : Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
(7) Gempa bumi di Timur.
(8) Gempa bumi di Barat.
(9) Gempa bumi di Semenanjung Arab.
(10) Akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
Nota : Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman."
(H.R Muslimi)
Korang rasa tak apa yang aku rasa ? Korang terfikir tak apa yang aku fikir ? Kiamat sudah dekat .... Ya ! Kiamat sudah dekat sangat2 !!
No comments:
Post a Comment