KUALA LUMPUR: Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut Kementerian Kesihatan.
Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif.
“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin.
“Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka makan," katanya kepada pemberita, Selasa.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini.
SUMBER : MSTAR
Waduh,waduh ... Dok depan TV ngan komputer lama2 pun leh jadi gemuk tau ... Ni bukan khayalan ye, ini adalah KENYATAAN .. Patutlah aku rasa badan aku ni mankin lama mankin membesar .. Yelah, keje pun dok depan Komputer je, balik rumah lepas siap semua keje rumah, dok terpacak depan TV la pulak ..
Waarrggggghhh !!! Aku takmo GEMUK !!!! Aku nak SIHAT !!! OKAY !! Hujung minggu ni aku kena jugak berjoging !!!! Aida ! ANDA KENA KUAT !!! Chaiyok,Chaiyok !!!
1 comment:
Aida, cantik gambar profile..
Post a Comment