Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

DugaanNYA

Selasa
29 Julai 2011
0650PM

Assalammualaikum...

Semalam aku tak berkesempatan untuk menulis sebarang entri kerana kesakitan kepala yang aku alami masih berbaki. Pada petang Isnin yang lepas, dek kerana kesakitan yang tak tertanggung, aku telan la jugak 2 biji panadol Active Fast. Kalau ikutkan hati, memang sebolehnya aku nak elak pengambilan 'ubat dadah' ni. Yela, bukan boleh baik pun .. Setakat jadi penahan sakit je .. Apapun, semuanya atas izin Allah jua ...

Kadang2 bila sakit sebegitu menyerang, aku segera teringat segala kesalahan2 yang pernah aku buat, hati2 yang pernah aku sakiti, hutang2 yang belum sempat aku lunaskan dan banyak lagi perkara2 yang akan disoal pada aku di kubur nanti .. Subhanallah ...

Bukan nak buat2 baik atau nak tunjuk kat korang yang konon2 aku ni suci sangat .. Tapi, aku tak tau la napa, aku mula terbayangkan kehidupan di alam satu lagi tu .. Ni semua gara2 aku slalu tengok citer TANAH KUBUR kat Astro Oasis la ni .. Tapi, baguslah jugak .. Agak2 nak buat dosa je, teringat semua siksaan2 yang menanti, jadi insaf la sekejap .. Huhuhu

Sekarang ni pun, badan asyik rasa 'lemau' je. Akak Dmanja ada suggest aku gi berubat traditional. Takut kena gangguan katanya. Bukan aku takmau. Tapi, nak gi berubat tu, kena buat appointment dulu. Kalau gi Sabtu ngan Ahad, Kak Dmanja cakap, gerenti ramai orang. Dia ajak gi hari2 biasa. Amik cuti sehari. Tapi, taktau la lagi nak gi bila. Insyallah, ada kesempatan, aku gi la jugak nanti.

Aku tau ada kalangan korang yang akan fikir 'Mengandung kot' .. Haaa .. Jangan salah sangka ye. Aku baru je period, jadi istilah Mengandung tu tak terlintas difikiran buat masa ni, walaupun aku teringiiiiiiiinnnn sangat untuk jadi seorang IBU. Mungkin Tuhan masih marahkan aku di atas dosa2 silam aku. Aku redha. Walaupun sedih, aku terima. Mungkin nanti, bila Allah dah ampunkan dosa2 aku, akan adalah peluang aku untuk bergelar seorang IBU. Insyallah ... Amiiiinnnn ...

Takpelah. Adik aku yang baru kawin bulan April yang lepas dah mengandung !! Aku turut gembira untuknya. Alhamdulillah. Doa mak ngan abah aku untuk dapat cucu akhirnya dimakbulkan Tuhan. Masa mula2 dapat tau tu, aku sedih la jugak.Tapi, laki aku cakap " Takpela. Belum rezki kita lagi tu. Takyah la sedih2." ...

Lagipun, kak Dmanja ada cakap ngan aku " Kalau kita sedih, maknanya kita tak redha dengan takdir Allah " .. Lebih kurang cenggitu la ayatnya .. Jadi, aku kena jugak kuatkan hati dan belajar menerima segala ketentuan Allah denga hati dan jiwa yang terbuka ... Bukan kerja mudah, tapi, Insyallah, dengan kekuatan yang Tuhan berikan ni, aku akan terima seadanya takdir Tuhan ini .. Amiinnn ...

P/S :  Tiap kali ditimpa sakit, aku pujuk hati dan berdoa semoga segala kesakitan ini merupakan balasan Allah di dunia bagi meringankan balasan aku di akhirat nanti .. Amiiinnn ...

W'salam...

Adiosss...


No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu