Sebelum aku meneruskan, ingin aku katakan yang entri ini bukan bersifat iri hati atau hasad dengki yee .. Ini adalah pandangan peribadi dari aku semata2 ... ^_^
Memang normal la pada manusia biasa macam kita semua ni, suka sangat pada benda2 yang cantik2 ... Aku sendiri tak menafikan betapa aku sendiri pun kadang2 suka tengok kejadian ciptaan Tuhan yang bernama wanita ni. Lagi2 yang comel2 macam
Aku rasa ramai orang percaya yang cantik ni sebenarnya subjektif. Ada yang cantik kat gambar tapi bila jumpa face to face, biasa2 aje. Ada jugak yang kat gambar tak berapa menarik tapi bila bertentang mata, tak berkelip mata memandangnya ...
Ada sesetengah orang plak, takda la cantik sangat, takdala hensem mana pun, tapi, ramai la pulak peminatnya .. Cam Mawi dulu ... Takdelah hensem sangat pun Mawi tu kaann .. Tapi, sebab Allah dah beri dia kelebihan aura yang kuat, maka semua yang tengok dia jadi minat kat dia ... Jadi angau kat dia .. Sampai ramai makcik2 yang nak sangat jadikan dia menantu ... Hehehe ..
Jadi, pada kengkawan semua yang rasa diri tu tak cantik, tak hensem, tak comel dan berapa banyak 'tak' lagi tu, janganlah bersedih ... Dunia ni hanyalah persinggahan .. Semua yang kita ada, adalah pinjaman yang sementara, entah nanti, entah esok, entah lusa, semua tu akan diambil Tuhan semula ..
Jadi, marilah sama2 kita fokuskan pada yang kekal abadi iaitu alam akhirat .. Dimana segala2nya adalah ganjaran di atas segala amal ibadat kita di dunia ini ... Cececehhh .. Bersyarah la pulak .. Udah2lah yeeee, aku nak buat keje lain plak ni .. Aku nak MAKAN .. huhuhu
Nota : Bila orang kata kita tak cantik, kita tanya dia balik, " Ko tu cantik SANGAT ker ? " . Boleh gitu ?
Adiosss...
8 comments:
bolehhh:P
cantik tu mmg subjective sis..
yg penting cantek luar cantek di dalam juga
sye x cantik....
senyum jer baca n3 ni :)
bagaimana sy hendak menfollow incik???
CGG : Betul tu sis ^_^
Ayuni : Sapa kata ?? Tumbuk je muka dia kalau dia kata Ayuni tak cantek .. >_<
Mdm Biar Betul : Tekan saje butang follow di atas tuuuu :)
Lina : Why ? Kenapa ? Akak ?
Post a Comment