Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23, 2011

Murah Rezeki Dia ...



Hari ni aku terbaca satu berita yang agak menarik (selain dari cerita Aishwarya mengandung) .. Menarik sebab kemurahan hati seorang jutawan ni memberi sedekah untuk berkongsi kegembiraannya sekeluarga ... Nak tau lebih lanjut, meh la kita baca petikan berita dari suratkabo Harian Metro hari ni ....

HONG KONG: Seorang bilionair, antara yang paling kaya di sini, akan meng- agihkan bonus berjumlah AS$2 juta (RM6 juta) kepada 1,500 kakitangannya selepas menantunya melahirkan cucu keenamnya.

Lee Shau-kee, Pengerusi syarikat hartanah, Henderson Land Development, mengumumkan durian runtuh sebanyak AS$1,285 (RM3,900) untuk setiap kakitangannya bagi meraikan kelahiran cucu lelakinya itu minggu lalu, kata jurucakap syarikat, Bonnie Ngan.

“Kami akan menerima wang itu akhir bulan ini,” katanya. Lee, 83, yang menduduki tangga ke 28 senarai bilionair Forbes dan memiliki harta berjumlah RM57 juta, mempunyai lima anak.

Cucu keenamnya datang dari anak bongsunya, Martin yang berkahwin dengan aktres, Cathy Chui.

Nama bayi yang baru lahir itu belum diumumkan. - AP


Baik kan ... sorang pekerja dapat dalam RM3900 tuuuuu ... Banyak giler ... Kaya,kaya,kaya ... Itu yang dinamakan rezeki kaann .. Aku ni selalu berdoa agar Allah lembutkan hati Bos2 aku tu untuk memberi SEMUA staff2nya bonus tahun ni ..

Yelah, selama dekat 3 tahun aku keje kat sini, belum pernah lagi merasa bonus dari kompeni ni .. Bila cerita pasal untung, suka cakap juta2, tapi bila masa nak bagi bonus, hanya mereka2 yang berjawatan Programmer, Manager dan ke atas je yang dapat .. Sedeyyyy ....

Rasa macam kita yang kat bawah ni cuma kuli batak jeee .. Yela .. Staff2 yang kat Indonesia pun diaorg bagi bonus .. Cuba la korang pikir, apa maksudnya tuh ????

Takpela ... Bukan rezki kitaorang kot .. Nak buat macamana kaann .. Semua rezeki tu kan datang dari Allah .. Kalau DIA nak bagi, bila2 masa pun DIA boleh bagi dan kalau DIA nak tarik balik, dalam sekelip mata je semuanya boleh hilang ....

Bersyukur dan besederhana dengan apa yang kita ada dan sentiasa berdoa untuk mengharapkan segala yang baik2 belaka .. Amiiinnn ..
W'salam...

Adiosss...


No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu