Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 14, 2010

Crite Ni Lagi =_____=

Assalammualaikum...

Tahap kekejaman manusia mankin tiba ke kemuncaknye..aku bukan nak kata org yang terlanggar ni, aku nak kata orang yang membuangnya....hantu betol laaaa....Ni lebih menakutkan dari hantu ni...Nak tau pasai apa...Meh baca ni (Ehsan : Harian Metro Online)....

KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.


Kalau dah tak nak sangat, pi la anto kat tempat yang memang ada orang...Aku rasa berita kat TV ke, kat suratkabo ke, kat mana2 lagi laaa dah kecoh pasai isu buang anak ni..Tapi napa masih ada lagi orang yang buat yee...Tak paham la aku...Sebab itu, pada aku, kalo ada jiran2 kite ke, kenalan2 kite ke atau sapa2 yang kita tau ada mengandung anak luar nikah ni, jangan la kome pulaukan pulak diaorg...Yang sudah tu sudahlah...Jangan sampai diaorg ni tertekan sampai tergamak nak buang zuriat sendiri..

Kadang2...kita sesama manusia ni kena ada toleransi berserta sikap memaafkan dan memahami..Memang la diaorg dah buat silap..Jadinye, kita yang rasa diri kita ni dah cukup baik dan sempurna, cuba la bukak skit hati dan minda untuk membantu mereka kembali ke jalan yang diredhai Tuhan...Takde rugi apa pun kalo kita tolong menolong sesama umat..Yang penting, niat kenalah Lillahitaala kaaaaaannn... ^_^ ..Menolong bukan maksudnye kita menggalakkan, cuma tak nak diaorg tersesat lebih jauh lagi dari landasan asal...

Jom kita sama2 pikir memikir, ingat mengingat...

W'salam...

Adiossss...

2 comments:

Ayuni said...

tulah, org lain nk ank, dier buang ank, aper slhnye klau bg kt umah kebajikan kn.....dau wat jer....

Aida Tamrim said...

Ayuni : Tu la kan sis...Sian kat bby tuuu...Langsung tak diberi kesempatan untuk hidup...Mmmmm

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu