Assalammualaikum...
Malam Jumaat yang tenang....Tetiba rindu nak dengar jeritan penyokong2 yang teruja menyokong pasukan bola sepak kita...o_O
Esok merupakan hari terakhir dalam kalendar 2010 ni...Cedeyyyy... T_+
Bukan cedey pasal usia dah mankin meningkat ataupun masa berlalu terlalu pantas...Tapi cedey sebab tahun ini berlalu lagi tanpa kehadiran cahayamata buat aku dan suami... -__-
Takpela!!!! 2011 leh cuba lagi!!! Mudah2han dengan izin Allah,impian aku untuk menjadi seorang ibu bakal terlaksana...Amiiiiiinnnn... ^_^
Setiap apa yang terjadi ada hikmahnye dan Allah Maha Mengetahui implikasi setiap kurniaan, dugaan dan juga balasan-NYA pada kita...
Alang2 dah masuk topik pasal cahayamata ni, aku nak citer skit pasal 2 orang wanita hebat yang tinggal di India..
Yang pertama bernama Rajo Devi Lohan :
Wanita ini berkahwin seawal usianye 16 tahun. Setelah 54 tahun berkahwin tanpa dikurniakan zuriat, dia dan suaminye nekad untuk mengambil pinjaman sebanyak £2,000 (korang kira la sendiri kalau 'RM' bape ye) untuk menjalani rawatan IVF. Hasilnye, pada usia 70 tahun, dia bejaya memperolehi seorang bayi perempuan yang sihat (baby yang kat foto tu adalah anaknye...aahhhh). Sekarang ni, berita terbaru yang aku dapat carik sehingga Jun 2010, setelah hampir 18 bulan selepas dia melahhirkan anak, keadaan kesihatannye merosot dengan begitu mendadak. Kalau ada yang tau keadaan ibu tua ni sekarang, meh la share ngan aku... *___*
Wanita kedua adalah Bhateri Devi :
Wanita hebat kedua yang berusia 66 tahun ini telah membuat suami yang dikahwininye selama 44 tahun menjadi ayah yang paling bahagia. Ini kerana, suaminye, Deva Singh yang berusia 64 pernah mengahwini perempuan lain tetapi takde anak jugak.Bhateri menjalani rawatan IVF jugak. Hasilnye bayi kembar 3 (2 lelaki, 1 perempuan) yang masing2 mempunyai berat 1.1kg,1kg dan 0.7kg dan terpaksa dimasukkan kedalam unit kawalan rapi kerana underweight.
Bila aku terbaca berita mengenai wanita2 yang tak pernah kenal erti putus asa untuk memiliki cahayamata ni, aku rasa lebih bersemangat untuk terus mencuba dan berusaha!! 2011, nantikan kemunculan bayi yang comel dari aku!!!!!!! ^____________^
2 comments:
Insyaallahh...ada tu peluangnya
PnS : Mekasih Reen...awak dah 'ada' ke? Hehehe
Post a Comment