Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2010

Wahai Anak...

Assalammualaikum...

Salam Rabu kawan2!!!!!

Hari ni bila baca suratkabo (Online), selain dari membaca berita Sukan pasal Piala Suzuki yang sedang rancak dibualkan sekarang ni, aku terbaca berita pasal anak yang menganiaya mak tiri ngan bapaknye...Berita ni sebenarnye lanjutan dari berita semalam...Bagi yang belom baca tu, meh baca ni :

JOHOR BAHRU: Wanita bekas banduan yang tergamak memperdaya bapa kandung dan ibu tirinya hingga mengakibatkan rumah pasangan warga emas itu bakal dilelong selain barangan kemas turut tergadai berkata, tindakannya itu wajar selepas mendakwa kurang kasih sayang sejak kecil lagi.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Maria, 37, juga mendakwa kekurangan didikan agama sempurna menyebabkan dia terbabit dalam pelbagai perbuatan negatif termasuk penipuan selain melahirkan anak luar nikah.

Perkara itu diluahkan Maria, ibu kepada tiga cahaya mata, menerusi surat yang dipos ke kediaman keluarganya di Taman Universiti di sini, dua minggu lalu.

Ibu tiri bekas banduan itu, Zahrah Mohamad, 68, berkata, Maria juga sanggup memburuk-burukkan namanya dalam surat itu.

“Lebih pelik, dalam surat itu, Maria pada awalnya meminta maaf dan berharap dia tidak dianggap sebagai anak derhaka, sejak berkahwin dengan suami ketika Maria berusia lapan tahun, saya tidak pernah menganggapnya sebagai orang asing, sebaliknya menjaganya dengan penuh kasih sayang.

“Surat dihantar Maria juga menjadi bukti penipuan dilakukannya apabila dia mengaku mengakibatkan kediaman keluarga dilelong selain pernah menggadai barang kemas ahli keluarga,” katanya, semalam.

Menurutnya, jika benar dia keras hati dan pernah menyisihkan Maria ketika kecil, tidak mungkin dia sanggup menyerahkan barangan kemas dibeli hasil titik peluhnya ketika bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

Zahrah dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74, turut berharap Maria menyerah diri kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Roslan Hassan berkata, kes itu disiasat sebagai jenayah perdagangan biarpun membabitkan penipuan kewangan membabitkan ahli keluarga.

“Kami turut berusaha mengesan anak perempuan warga emas itu berdasarkan beberapa maklumat diperoleh,” katanya.


SUMBER : METRO Online

KAdang2 kan...semasa proses pembesaran kita, kita rasa ada banyak benda yang kurang...Ada yang rasa kurang kasih sayang, kurang harta benda dan ada juga yang rasa kurang perhatian...TApi, kita harus ingat yang bukan senang tugas sebagai Ibu dan Bapa ni...Cabaran mendidik anak ni bukan calang2 orang leh pikul..Lagi2 di zaman moden yang ada 1001 cabaran dan dugaan ni...

Sebagai anak yang dah diberikan akal fikiran yang waras, kita sepatutnye boleh berfikir dan membezakan sendiri mana yang baik mana yang buruk...Jangan suka menyalahkan mak ngan ayah kita jee...Suatu hari nanti bila kita dah jadi ibu atau bapa, baru lah kita tau beratnye tanggungjawab yang perlu digalas untuk membesarkan anak menjadi seorang MANUSIA...

W'salam...

Adiossss...


No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu