Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

Dok Depan TV PUn Leh GEMOK Tau

Assalammualaikum...

KUALA LUMPUR: Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut Kementerian Kesihatan.

Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif.

“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin.

“Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka makan," katanya kepada pemberita, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini.

SUMBER : MSTAR


Waduh,waduh ... Dok depan TV ngan komputer lama2 pun leh jadi gemuk tau ... Ni bukan khayalan ye, ini adalah KENYATAAN .. Patutlah aku rasa badan aku ni mankin lama mankin membesar .. Yelah, keje pun dok depan Komputer je, balik rumah lepas siap semua keje rumah, dok terpacak depan TV la pulak ..

 Waarrggggghhh !!! Aku takmo GEMUK !!!! Aku nak SIHAT !!! OKAY !! Hujung minggu ni aku kena jugak berjoging !!!! Aida ! ANDA KENA KUAT !!! Chaiyok,Chaiyok !!!
W'salam...

Adiosss...


DugaanNYA

Selasa
29 Julai 2011
0650PM

Assalammualaikum...

Semalam aku tak berkesempatan untuk menulis sebarang entri kerana kesakitan kepala yang aku alami masih berbaki. Pada petang Isnin yang lepas, dek kerana kesakitan yang tak tertanggung, aku telan la jugak 2 biji panadol Active Fast. Kalau ikutkan hati, memang sebolehnya aku nak elak pengambilan 'ubat dadah' ni. Yela, bukan boleh baik pun .. Setakat jadi penahan sakit je .. Apapun, semuanya atas izin Allah jua ...

Kadang2 bila sakit sebegitu menyerang, aku segera teringat segala kesalahan2 yang pernah aku buat, hati2 yang pernah aku sakiti, hutang2 yang belum sempat aku lunaskan dan banyak lagi perkara2 yang akan disoal pada aku di kubur nanti .. Subhanallah ...

Bukan nak buat2 baik atau nak tunjuk kat korang yang konon2 aku ni suci sangat .. Tapi, aku tak tau la napa, aku mula terbayangkan kehidupan di alam satu lagi tu .. Ni semua gara2 aku slalu tengok citer TANAH KUBUR kat Astro Oasis la ni .. Tapi, baguslah jugak .. Agak2 nak buat dosa je, teringat semua siksaan2 yang menanti, jadi insaf la sekejap .. Huhuhu

Sekarang ni pun, badan asyik rasa 'lemau' je. Akak Dmanja ada suggest aku gi berubat traditional. Takut kena gangguan katanya. Bukan aku takmau. Tapi, nak gi berubat tu, kena buat appointment dulu. Kalau gi Sabtu ngan Ahad, Kak Dmanja cakap, gerenti ramai orang. Dia ajak gi hari2 biasa. Amik cuti sehari. Tapi, taktau la lagi nak gi bila. Insyallah, ada kesempatan, aku gi la jugak nanti.

Aku tau ada kalangan korang yang akan fikir 'Mengandung kot' .. Haaa .. Jangan salah sangka ye. Aku baru je period, jadi istilah Mengandung tu tak terlintas difikiran buat masa ni, walaupun aku teringiiiiiiiinnnn sangat untuk jadi seorang IBU. Mungkin Tuhan masih marahkan aku di atas dosa2 silam aku. Aku redha. Walaupun sedih, aku terima. Mungkin nanti, bila Allah dah ampunkan dosa2 aku, akan adalah peluang aku untuk bergelar seorang IBU. Insyallah ... Amiiiinnnn ...

Takpelah. Adik aku yang baru kawin bulan April yang lepas dah mengandung !! Aku turut gembira untuknya. Alhamdulillah. Doa mak ngan abah aku untuk dapat cucu akhirnya dimakbulkan Tuhan. Masa mula2 dapat tau tu, aku sedih la jugak.Tapi, laki aku cakap " Takpela. Belum rezki kita lagi tu. Takyah la sedih2." ...

Lagipun, kak Dmanja ada cakap ngan aku " Kalau kita sedih, maknanya kita tak redha dengan takdir Allah " .. Lebih kurang cenggitu la ayatnya .. Jadi, aku kena jugak kuatkan hati dan belajar menerima segala ketentuan Allah denga hati dan jiwa yang terbuka ... Bukan kerja mudah, tapi, Insyallah, dengan kekuatan yang Tuhan berikan ni, aku akan terima seadanya takdir Tuhan ini .. Amiinnn ...

P/S :  Tiap kali ditimpa sakit, aku pujuk hati dan berdoa semoga segala kesakitan ini merupakan balasan Allah di dunia bagi meringankan balasan aku di akhirat nanti .. Amiiinnn ...

W'salam...

Adiosss...


Tuesday, June 28, 2011

Syahdunye KETIKA CINTA Siti Nurhaliza




Assalammualaikum...

Ada satu lagu yang mengusik jiwa bila mendengarnya dan aku ingin kongsikan dengan korang semua .. Ini merupakan salah satu lagu ketuhanan dari filem Perempuan Berkalung Serban ...


Ketika Cinta - Siti Nurhaliza / Opick

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Bestkaaannnn ... Rasa terbuai2 je .. Lagi2 kalau korang dengar memalam .. Syahduuuuuuuuuuuu ...

W'salam...

Adiosss...


Monday, June 27, 2011

Bye Bye ASTRO MUSTIKA !!!

Assalammualaikum...

Maharaja Lawak telah melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu dengan menobatkan Kumpulan feverit aku, SEPAH sebagai juara pertamanya. Ini bermakna aku akan terpaksa men - unsubscribe pakej Astro Mustika aku .. kuang,kuang,kuang ...

Alaaaa ... Masa mula2 aku ngan laki aku subscribe dulu pun sebab nak tengok Maharaja Lawak jeee. Ni dah habis, kenalah unsubscribe balik .. Mintak mahap la Incik Astro yeee ... Kami tak mampu nak meneruskan langganan kami ini ... Yela, semenjak ada GST charges ni, bil astro yang sedia ada pun dah perit sangat nak dibayo kaann .. Bukan 1 bil nak bayar, bil yang kat kampung pun disponsor oleh aku ngan laki aku .. huhuuhuuu ..

Hari ni, migraine aku menyerang lagi .. Sebenarnya, dah 3 hari dah aku diserang .. Tapi, 2 hari lepas, takde lah sakit sangat. Bila aku tunduk je kepala rasa nak tercabut. Hari ni, sakitnya mankin menjadi2  la plak .. Aku tak tunduk pun dah rasa kepala aku kena compressed .. Aduyaiiii ....



Niat dihati nak gi check up. Tak tau la bilanye nak gi .. Tengoklah nanti. Agak2 poket dan masa mengizinkan, aku akan merajinkan diri aku untuk buat pemeriksaan .. Insyallah ..




W'salam...

Adiosss...


Sunday, June 26, 2011

Famili Day Yang Tak Berapa Nak berFamili

Assalammualaikum...

Hari tu aku ada join family day yang kompeni aku taja untuk client kami. Oleh kerana ramai developer2 dan orang2 berpangkat kat kompeni aku takleh nak gi, maka kami pun di suruh pegi laaaa ... Kiranya, kami ni macam sparepart laaa .... Sparepart pun sparepart laaa ... Janji leh gi release tension kat JANDA BAIK ..

Aku bukan berseorangan, aku gi ngan kak Dmanja ngan famili dia. Laki aku cam biasa laaa ... Kerja ... Jadi, takleh la nak menjoinkan diri ... Sebab tu aku kata "Famili Day Yang Tak Berapa Nak berFamili" .. Huhuhuhu

Kat bawah ni aku nak share beberapa gambar la ngan korng ... Sebenarnya, kami pegi ni dalam bulan 4 tapi, baru sekarang berkesempatan nak bercerita .. Ekekekeke ... Meh la layaaaaaaannnnnnn !!! 






W'salam...

Adiosss...


Nak Tengok, Nak Tengok .... !!!!

Assalammualaikum...

Ada satu citer aku nak tengok ... Agak2 ada tak orang yang nak belanja .. ?? Ekekekeke ...

Nak tau citer aper, jom tengok trailer niiii .... Jeng,jeng,jeng ...

Nak Tengok ? Klik Jeee ^_^

JOm kita gi tengok miggu depan !!!!

Nota : Aku dah tengok citer Green Lantern dan sorry to say, ceritannye memang kureeeeennnnggg skit ... huhuhu
 
W'salam...

Adiosss...

Saturday, June 25, 2011

SEPAH Juara MAHARAJA LAWAK !!!!

Assalammualaikum...

Pengumuman, Pengumuman !!!!!! Sapa yang tak tau lagi ...

SEPAH juara Maharaja Lawak 2011 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ini yang dinamakan rezeki budak (Siti Sarah kan mengandung .. hehe)

W'salam...

Adiosss...

Friday, June 24, 2011

Keje GILER



SACRAMENTO, California (AP) — Polis Sacramento menahan ibu berusia 29 tahun pada hari selasa lalu selepas pegawai Penyiasat mendapati bayinya mati akibat luka terbakar di dalam ketuhar gelombang.

Ka Yang telah ditahan tanpa ikat jamin di penjara Negeri Sacramento kerana disyaki membunuh dan mencabul yang mengakibatkan kematian anaknya.

Dia ditahan selepas 3 bulan anak perempuannya, Mirabelle Thao-Lo, yang berusia 6 minggu ditemui mati di rumah keluarganya pada 17 Mac yang lalu....


Berita di atas adalah petikan berita yang aku baca di "Yahoo News"(aku translate sendiri .. heh) hari ni . Bunyi macam kejam je kan bunyinya .. Tapi, ce cuba kita pikir balik .. Kalau andaikata si ibu buat semua benda2 tu masa dia memang tengah mengalami Post Natal Depression (PND) atau lebih kita kenali sebagai Gila Meroyan, macamana kita nak hukum tu ?

Nama pun "GILA" kan? Dah tentulah masa dia buat tu, dia tengah tak waras. Jadi, kita yang waras ni boleh ke nak mencaci, menghina dan menghukum dia sebelum diadili ?

Bukannya aku nak membela perbuatan si ibu ni tadi, tapi, kita ni kadang2 suka sangat menghukum dan memberi pendapat hanya berlandaskan berita2 yang disampaikan dalam internet, suratkabo dan lain2 medium media massa yang ada laaaah .. Adil ke camtuh ??

Jangan kata korang la .. Aku ni pun kadang2 terpedaya jugak dengan berita2 camni .. Yang kesiannya adalah waris2 pelaku2 berkenaan .. Mesti tertekan dengan persepsi dan pandangan orang ramai .. Dia orang tak buat salah tapi dilayan macam diaorang pulak yang salah .. Contoh yang paling dekat adalah waris kepada Mona Fendi. Bayangkan betapa tertekannya hidup anak2nya bila orang tau, ibunya adalah Mona Fendi.

Apapun sebab dan alasannya, hanya Allah saja yang tau, kita yang tak berapa nak tau ni, takyah la nak menjaja cerita2 yang kita sendiri tak tau kebenarannya ..

Nota : Sekadar pesan berpesan sesama umat ...

W'salam...

Adiosss...

Oh Neraka ..... Ngeeee @_@


Di hari Jumaat yang indah permai ini, aku berkesempatan berkunjung di blog sahabat dari Indonesia yang diberi nama stillmuslim05. Dalam berusaha memahami setiap bait kata yang ditulis beliau, aku sempat terbaca satu artikel yang membuat bulu roma aku meremang sebentar ...

Di bawah ini, aku titipkan petikan cerita yang aku telah sehabis boleh mengalih bahasanya dalam bahasa Melayu .. Jom baca !!


Pada suatu hari, Bahlul, sorang ahli kitab yang bijaksana telah bertemu dengan khalifah Harun Al-Rasyid. 
 
" Dari mana kamu Bahlul ?” Khalifah bertanya.
 
“Dari neraka,” jawab ahli kitab itu dengan mudah.
 
“Apa yang kau lakukan di sana?”
 
Bahlul menjelaskan, “Saya memerlukan api, Tuan. Jadi saya fikir lebih baik saya pergi ke neraka untuk meminta sedikit percikan api. 
Tapi Penjaga Neraka berkata: Kami tak punya api di sini. 
Tentu saja saya bertanya:  La, kenapa begitu? Bukankah neraka tempat yang penuh dengan api? 
Penjaga Neraka menjawab: Begini, sebenarnya di sini tak ada api sedikit pun. Setiap orang yang datang ke sini MEMBAWA APINYA MASING-MASING."


Apa pandangan korang dengan jawapan yang diberikan itu ? Sekarang barulah aku tahu yang TIADA API DI NERAKA. Api Neraka itu datangnya dari manusia itu sendiri dan Bahan Bakar Api Neraka adalah Tubuh Manusia yang durhaka kepada ALLAH. Astaghfirullahaladzhim .... Subhanallah ...

Mode : Speechless

W'salam...

Adiosss...



Cantek ???

 
Asal kurus je orang kata cantik, asal cantik je orang nak yang kurus ... Ish,ish,ish ... Suka sangat melabelkan kecantikan manusia hanya pada luaran saje ... Tak patut, tak patut ...

Sebelum aku meneruskan, ingin aku katakan yang entri ini bukan bersifat iri hati atau hasad dengki yee .. Ini adalah pandangan peribadi dari aku semata2 ... ^_^

Memang normal la pada manusia biasa macam kita semua ni, suka sangat pada benda2 yang cantik2 ... Aku sendiri tak menafikan betapa aku sendiri pun kadang2 suka tengok kejadian ciptaan Tuhan yang bernama wanita ni. Lagi2 yang comel2 macam

Lisa Surihani, 

 
Diana Danialle,


dan Fasha Sandha 



..Hehehe ...

Aku rasa ramai orang percaya yang cantik ni sebenarnya subjektif. Ada yang cantik kat gambar tapi bila jumpa face to face, biasa2 aje. Ada jugak yang kat gambar tak berapa menarik tapi bila bertentang mata, tak berkelip mata memandangnya ...

Ada sesetengah orang plak, takda la cantik sangat, takdala hensem mana pun, tapi, ramai la pulak peminatnya .. Cam Mawi dulu ... Takdelah hensem sangat pun Mawi tu kaann .. Tapi, sebab Allah dah beri dia kelebihan aura yang kuat, maka semua yang tengok dia jadi minat kat dia ... Jadi angau kat dia .. Sampai ramai makcik2 yang nak sangat jadikan dia menantu ... Hehehe ..

Jadi, pada kengkawan semua yang rasa diri tu tak cantik, tak hensem, tak comel dan berapa banyak 'tak' lagi tu, janganlah bersedih ... Dunia ni hanyalah persinggahan .. Semua yang kita ada, adalah pinjaman yang sementara, entah nanti, entah esok, entah lusa, semua tu akan diambil Tuhan semula ..

Jadi, marilah sama2 kita fokuskan pada yang kekal abadi iaitu alam akhirat .. Dimana segala2nya adalah ganjaran di atas segala amal ibadat kita di dunia ini ... Cececehhh .. Bersyarah la pulak .. Udah2lah yeeee, aku nak buat keje lain plak ni .. Aku nak MAKAN .. huhuhu

Nota : Bila orang kata kita tak cantik, kita tanya dia balik, " Ko tu cantik SANGAT ker ? " . Boleh gitu ?

W'salam...

Adiosss...
 
艾达


Thursday, June 23, 2011

Murah Rezeki Dia ...



Hari ni aku terbaca satu berita yang agak menarik (selain dari cerita Aishwarya mengandung) .. Menarik sebab kemurahan hati seorang jutawan ni memberi sedekah untuk berkongsi kegembiraannya sekeluarga ... Nak tau lebih lanjut, meh la kita baca petikan berita dari suratkabo Harian Metro hari ni ....

HONG KONG: Seorang bilionair, antara yang paling kaya di sini, akan meng- agihkan bonus berjumlah AS$2 juta (RM6 juta) kepada 1,500 kakitangannya selepas menantunya melahirkan cucu keenamnya.

Lee Shau-kee, Pengerusi syarikat hartanah, Henderson Land Development, mengumumkan durian runtuh sebanyak AS$1,285 (RM3,900) untuk setiap kakitangannya bagi meraikan kelahiran cucu lelakinya itu minggu lalu, kata jurucakap syarikat, Bonnie Ngan.

“Kami akan menerima wang itu akhir bulan ini,” katanya. Lee, 83, yang menduduki tangga ke 28 senarai bilionair Forbes dan memiliki harta berjumlah RM57 juta, mempunyai lima anak.

Cucu keenamnya datang dari anak bongsunya, Martin yang berkahwin dengan aktres, Cathy Chui.

Nama bayi yang baru lahir itu belum diumumkan. - AP


Baik kan ... sorang pekerja dapat dalam RM3900 tuuuuu ... Banyak giler ... Kaya,kaya,kaya ... Itu yang dinamakan rezeki kaann .. Aku ni selalu berdoa agar Allah lembutkan hati Bos2 aku tu untuk memberi SEMUA staff2nya bonus tahun ni ..

Yelah, selama dekat 3 tahun aku keje kat sini, belum pernah lagi merasa bonus dari kompeni ni .. Bila cerita pasal untung, suka cakap juta2, tapi bila masa nak bagi bonus, hanya mereka2 yang berjawatan Programmer, Manager dan ke atas je yang dapat .. Sedeyyyy ....

Rasa macam kita yang kat bawah ni cuma kuli batak jeee .. Yela .. Staff2 yang kat Indonesia pun diaorg bagi bonus .. Cuba la korang pikir, apa maksudnya tuh ????

Takpela ... Bukan rezki kitaorang kot .. Nak buat macamana kaann .. Semua rezeki tu kan datang dari Allah .. Kalau DIA nak bagi, bila2 masa pun DIA boleh bagi dan kalau DIA nak tarik balik, dalam sekelip mata je semuanya boleh hilang ....

Bersyukur dan besederhana dengan apa yang kita ada dan sentiasa berdoa untuk mengharapkan segala yang baik2 belaka .. Amiiinnn ..
W'salam...

Adiosss...


Wednesday, June 22, 2011

Nikmat Air dan Hujan

Assalammualaikum...

 Hari baru, cabaran baru ... Apa cabaran paling hebat hari ni ? GANGGUAN BEKALAN AIR !!!!
 
Yeee .. Seperti yang diketahui, sesiapa yang tinggal kat sesetengah kawasan di Selangor dan KL ni akan mengalami ganggguan bekalan air bemula hari ni sampailah hari Jumaat ... Lamaaa tuuuuuhhhh ... Alamatnye, adalah yang gi keje tak mandi ni .. Wakakaka ...

Kat opis aku, dah siap tadah air berkantung2 .. Siap beli lagi tu bekas besar untuk tadah air sebanyak yang mungkin .. Setakat ni, Alhamdulillah, paip air tu masih mampu lagi mengeluarkan air .. Esok tak tau la lagi kaann ...

Bila diduga dengan krisis2 seperti ini, barulah kita sibuk nak berjimat cermat kan. Masa air keluar deras je dari pili air tu, tak pernah la pulak nak beringat. Nak buat camana .. Dah memang pe'el manusia ni, "Dah terhantuk baru nak terngadah". Betul tak ? Huhuhu ...

Hari ni, setelah sekian lama bumi Tuhan ni ketandusan air, akhirnya, hari ini turun jugak hujan membasahi bumi dan membantu menurunkan suhu yang bahangnya amat meresahkan aku  ... ALHAMDULILLAH ...

Tetiba teringat tentang salah satu petanda besar datangnya kiamat dimana kemarau teruk akan melanda. Adakah ianya semankin hampir akan berlaku ?? Subhanallah .. Semoga kita semua akan sentiasa dilindungi dari segala jenis kesesatan yang mengiurkan .. Amin ...
W'salam...

Adiosss...

Tuesday, June 21, 2011

Bila Fikiran dan Jiwa Kacau ..

Assalammualaikum...

Hari ni setelah sekian lama, barulah aku berkesempatan berkunjung ke blog En.Ben. Seronok plak dok baca entri2 beliau. Cara beliau menulis, mengarang ayat, membina cerita ... bahasa yang selamba dan bila kita baca tu, seolah2 dalam kepala otak kita ni, kita dengar beliau bercerita ...

Ceceh .. Lebey2 la plak memuji kan .. Bukan membodek ye, aku komen IKHLAS .. Takde niat pe2 pun .. Lagipun, aku ni adalah manusia yang paling tak reti dalam hal2 bodek membodek ni ... heh ..

Hari ni dah masuk 21 Jun 2011 ... Lagi sebulan lebih kita akan menyambut Ramadhan .. Yeaaahuuuu !!!! Semenjak dua tiga menjak dah sedar diri dah tak berapa nak muda ni, aku sangat2 excited untuk menyambut Remadhan berbanding Aidilfitri .. Sebabnya, hanya dalam bulan Ramadhan la aku akan rasa SANGAT tenang, aman dan damai ... Subhanallah ...

Tapi, bukan maksud aku yang bulan2 biasa tu aku tak tenang yeee .. Cuma masa bulan Ramadhan je segala ketenangan itu menjadi lebih bermakna ...

Dalam bulan 4 hari tu, aku mengalami kecelaruan minda (bukan gila okeh) hingga menyebabkan aku suka sangat nak  menangis ... Hmmmph ... Cam kritikal je kaaannn ... Tapi ! Jangan risau ye kengkawan .. Sebabnya, seorang sahabat aku telah memberi aku penawar yang paling mujarab !!!

 
Nak tau apa dia ?

Meh tengok ni 
|
|
|
|
V
v
v

Amacam ? Caya tak ? Kalau korang tak caya, cuba la amalkan baca doa pembuka 12pintu tu selalu .. Insyallah, hati akan lagi tenang dan aman ... ^_^
W'salam...

Adiosss...

Monday, June 20, 2011

Setelah Lama Tak Berblog .... Ummphhh

Assalammualaikum... 

Woooow !!! Lama giler aku tak tgk2 blog ni ... Bukan aper ... biasalah kalau penyakit 'M' tu datang, nak menaip pun rasa beraaaattt je tangan nih ... Hehehehe

Apa la citer kengkawan blogger laaa niiii .. Mesti ramai yang dok sbuk2 promote blog untuk menang award yang Digi taja tu .. Pekenama award tu yeee .... Kalau tak silap, namanya 'Wooowww Award' kan,kan,kan ?? Kepada yang join tu, Good Luck aku ucapkan yee .....



Ni baru n3 intro je dari aku ... Bahan menulis banyak dalam kepala otak ni, nak keluarkan dalam bentuk bait2 kata tu yang tak berapa nak rajin nih ... Nanti aku cuba cari 'ubat rajin' yeee ... Kita jumpa lagi nanti kay !!! Bobaaaiiii !!!


W'salam... 

Adiossss... 

 

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu