Iklan
PESANAN PENAJA ^-^
A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....
Friday, July 29, 2011
Ucapan Untuk Kengkawan Semua
Harimau Malaya Tetap DiHati
Thursday, July 28, 2011
Seribu Harapan Buat Skuad Harimau Malaya
Korang gi tengok tak ? Aku pasti ramai yang kecewa kerana kehabisan tiket dan tak berpeluang memberi sokongan kepada pasukan negara menuju kemenangan (Amin) secara live.
Ala, takpe. Sokong dari gerai2 mamak pun okey gak ! Meh la sama2 kita berdoa agar pemain2 kita tak terlalu over confident dan dapat bermain dengan sehabis baik di gelanggang sendiri dan yang paling penting, tak akan menghampakan rakyat Malaysia semua. Insyallah ...
Aku nak gi gak tengok, tapi kerana aku ni fobia skit kat tempat2 yang ramai orang ni, taktau la camne lagi. Laki aku teruja sangat nak pegi. Almaklumlah, orang ada baju jersi Malaysia. Nak tayang la tuuu .. Ceh .. Masa Malaysia lawan Arsenal ari tuh, takdelah plak pakai .. Hehehe ..
Kemenangan adalah yang diidam2kan. Andaikata kekalahan yang tersurat, kepada penyokong2 yang fanatik tu, diharap jangan la pulak dok menge 'boo' dan membaling botol2 air ke dalam padang yee. Jadilah penonton dan penyokong yang berhemah .. Kalah atau menang adalah adat pertandingan.
Kepada Harimau Malaya (macam la diaorg baca blog aku .. heh), berilah persembahan yang TERBAIK pada malam ini dan tolonglah jangan hampakan kami semua ni yeee ...
Tak Layakkah Aku ??
BEWARE ! Geng Rempuh dan Rompak Mengganas !!!
Malam semalam Bos aku kena rompak. Habis kereta, telefon ngan laptop dia kena songlap. Apa yang aku dengar, yang buat keje2 haram ni ada 3 orang. Tak diceritakan la pulak orang apa kan .. Yang pasti, orang yang buat ni jenis SENGAL dan KEJAM !!
Kalau ikutkan cerita orang yang dah pergi melawat dia lagi, patah jugak la hidung Bos aku tu kena tumbuk. Mata bengkak dan luka sana sini akibat kena belasah. Huh !!!
Modus operandi geng ni adalah merempuh belakang kereta orang dari belakang dan bila orang tu keluar nak tengok kereta dia, terus diaorang memulakan serangan .. Cam S**** je kan!!!
Aku cuma nak nasihatkan kengkawan blogger yang singgah kat Blog aku ni, terutamanya yang pompuan supaya berhati2 bila bawak kereta malam2. Kalau agak2 kena langgar camtu, kalau tau mana Balai Polis, terus je escort kereta yang langgar ti gi sana. JANGAN TERUS KELUAR DARI KERETA !
Menda2 camni, memang la, kalau nak jadi, jadi jugak. Tapi, bak kata omputih, prevention is better than cure. Selagi boleh dicegah, kita cegah la. Dalam kes Bos aku ni, mungkin dia selalu balik lambat dan geng tu dah lama usha kat dia kot. Entahlah .. Yang penting dia selamat. Alhamdulillah ..
Wednesday, July 27, 2011
Ini Pun Sebab FB Jugak .. @_@
KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.
Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.
Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.
Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya.
SUMBER : METRO Online
NOTA : Maleh nak komen .. Kalau komen mesti nak masuk bab Agama je la kan .. Heh ..
Maafkan Aku Ye Kawan2 ... ~___~
Semalam, mana2 aku baca, mesti ada yang bercerita tentang tajaan perkahwinan yang diterima Norman Hakim dan Memey yang bernilai 12 juta .. WooOOoooWWW !!! Dasat betuuuull kaaann .. Hehehe ..
Kepada mereka2 yang pernah menyertai Group "I hate Memey" tu, apa la agaknya perasaan korang kan .. ? Yelaaa .. Korang dok pakat2 hate dia, tapi, hidup dia tetap oke oke saje .. So, renti2kanlah keje2 hate menghate tu yee .. Takde pekdahnyeee pooon ..
Aku bukan nak membela dak Memey ni. Tapi, aku percaya yang manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Kenapa kita sibuk mengata dan mengeji kesilapan dan kesalahan orang lain sepertinya kita ini terlalu suci dari noda dan dosa.
Firman Allah Dalam Surah Al-Hujarat Ayat 11 :
"Wahai orang2 yang beriman, janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina ... "
Minggu depan kita dah sambut puasa, terlebih dahulu, aku ingin memohon MAAF kepada korang2 semua sekiranya sepanjang aku berblogging ni, ada kata2 dalam entri aku ini yang mengguris hati mana2 pihak .. Aku pohon MAAF sekali lagi ...
Cerita Pasal MemFollow dan DiFollow
Pagi ni sempat la aku berblogwalking kebeberapa blog kengkawan. Ada yang atas tujuan berbalas kunjungan dan ada juga yang kawan aku rekemen.
Ada satu blog ni, budak tempat keja aku suh tengok. Best giler dan klakar giler katanya. Pakat semua yang giler2 blaka la pendek kata .. Lalu aku gugelkan la alamat www yang diberikannya pada aku. Klik punya klik, tengok2 blog ni aku dah jadi follower dia pun .. Laaaa ... Itulah dianya, kalau sekadar Folow memfollow tapi jarang sangat nak melawat2 .. Huhuhu ..
Kalau nak difikirkan, dalam banyak2 blog yang kita follow tu, tersirat 1001 sebab kenapa kita follow mereka. Ada yang sebab join GA, ada yang sebab diaorang datang blog kita follow kita dan kita follow diaorang balik serta ada jugak sebab kita memang suka melawat blog diaorang.
Tak kiralah kenapa dan mengapa kita memfollow dan difollow kaannn. Yang penting, kita tak menyusahkan hidup sesiapa. Lagipun, dalam dunia ni, mana mungkin SEMUA orang sukakan kita kan. Walau kita buat baik macamana sekalipun, pasti akan akan percen manusia yang tak berapa nak like kat kita .. Heh ..
Kalau nak tau blog mana yang budak tempat keja aku rekemen tu, klik je kat SININ ye ! Enjoy !!
Tuesday, July 26, 2011
Bergaduh Boleh, Tapi ... Jangan La Selalu
Banyak blog2 hari ni yang crita pasal rumahtangga sorang artis yang sedang dilanda badai sekarang ni kan . Takyah la aku sebut siapa. Pasti korang semua dah tahu.
Bila difikir2, kesian la pulak dengan diaorang ni. Tak pasal2, satu Malaysia tahu pasal kisah rumahtangga diaorang ni. Dah tak boleh nak dalih2, dah tak boleh nak cover2 lagi .. Habis semua cerita jadi tatapan ramai .. Kesian zuriat mereka nanti. Esok bila dah besar, dah tahu berkawan, macamana la agaknya yeee .. Hmmmm ...
Kita semua manusia biasa je. Mungkin ada antara kita yang mengalami perngalaman yang jauh lebih tragis dari mereka ni, tapi oleh kerana kita bukan artis, jadi, kisah kita takdelah jadi tatapan umum. Betul tak?
Suami isteri ni bila dah gaduh, mulalah semua menda yang tak berapa best nak cerita kat orang. Jadi, macamana nak berbaik kalau macamtu ? Orang tengah itu perlu kalau krisis dah terlalu tak terkawal, tapi, kalau terlalu ramai yang menjadi orang tengah pun, tak leh gi la jugak ...
Tanyalah pada mana2 pasangan suami isteri yang ada kat dunia ni .. Mana ada yang tak pernah gaduh langsung .. Bercakaran tu perkara biasa .. Cuma, jangan jadikan ianya kebiasaan sudahlah .. Cuba cari ruang untuk berdamai. Kalau agak2 rasa kepala dah nak meletup, cuba amik air sembahyang, kasi cool balik. Insyallah ... Ok la tu nanti ..
Jangan harapkan kesempurnaan pada pasangan kita kerana kita jugak punya banyak kelemahan yang tak mampu untuk kita tangani ..
Aku bukan nak memandai2 .. Cuma sekadar berkongsi serba sedikit pengalaman diri yang tak seberapa ni .. Pada aku, bila aku berkongsi benda2 baik dengan orang lain, ianya akan menjadi terapi yang paling mujarab buat diri aku sendiri .. Semoga kita mendapat manfaat dari segala2nya ...
Berhias Untuk Suami ... Satu Keperluan atau Kewajipan??
Dah tengahari rupanya. Hari ni makan nasi lauk bayam masak lemak ngan pedal ayam goreng, sambal belacan seciput ngan ayam kepak masak kari ... Nyuuummmm .. walau lauk melimpah ruah, nasi aku amik sikit jeee .. Almaklumlaaa .. Nak kurangkan karbohidrat punya pasal .. Ce ce ceh ..
Sebenornya, aku nak makan roti sapu jem srawberi je tadi, tapi, perut lapar nasi la pulak. Jadi, kenalah jugak beli nasi. Baru la kenyang dan senang hati. Apa punya diet la aku ni kan .. Hehehe ...
Ramai orang kata, bila dah kawin, dah ada anak, kena pandai2 jaga badan supaya laki tak cari lain. Tapi, kalau nak difikir2kan, kalau sebelum kawin pun badan kita ni dah 'sihat' dan suami kita dah terima kita apa adanya, nak ubah jugak ke? Apa cerita pulak mereka2 yang badan solid molid tapi laki masih cari lain tuh ?? Bukan ke kecantikan dunia ni hanya sementara ? Untuk apa dikejar sangat ??
Tapi, takdelah bermakna, si isteri ni kena amik endah tak endah je dengan penampilan diri. Yang boleh dijaga, kenalah jaga baik2. Kalau bukan untuk suami pun, buatlah untuk diri sendiri. Kalau badan sihat, otak cergas, hati kita pun akan senang. Ye tak ??
Aku ni cakap bukan sebab diri dah cukup hebat. Bukan ... Aku bercerita dan dalam pada masa yang sama aku mengingatkan diri sendiri. Aku hanya manusia biasa. Takkan pernah sempurna pun.
Firman Allah dalam Surah An-Nurm ayat 31 :
"Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
Kalau kita sanggup mengadap cermin berjam2 hanya semata2 ingin menepekkan pelembap la, bedak asas la, eyeshadow dan sebagainya untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai, kenapa kita tak mampu untuk mencalitkan walau sedikit wangian pun ke badan kita supaya sentiasa wangi untuk dicium suami ? ( Soalan yang aku sering ajukan pada diri sendiri bila agak2 aku rasa diri terlalu selekeh untuk tatapan suami .. heh )
Jadi kawan2, marilah kita memperbaiki diri kita untuk diri sendir dan orang2 yang kita sayang dan paling penting, LILLAHI TAALA .. Amiinn ..
Plant vs Zombie Punye Kisah
Monday, July 25, 2011
Ya Allah .. Kau Lindungilah Kaum2 Adam Dalam Keluarga Kami .. AMIN !!!
KUALA LUMPUR: “Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan,” kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional.
Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.
Menurutnya, harapan neneknya dan dia sendiri ketika itu ialah untuk menjadi seorang tukang urut tradisional khususnya untuk wanita baru bersalin. “Sejak kecil saya suka melihat nenek mengurut wanita baru bersalin dan dari situ timbul minat saya untuk mewarisi kerjayanya,” katanya yang ditemui Harian Metro di sebuah pusat urut di pinggir ibu kota.
Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.
“Pada masa sama dia berpesan agar saya tidak melanggar pantang larang termasuk menyalahgunakan ilmu ini untuk tujuan urutan lain, tetapi demi mendapat wang dengan cara mudah, saya kini melanggar amanatnya.
“Pada mulanya saya mengurut wanita lepas bersalin di rumah saya di Perak, tetapi pendapatan diterima tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian, menyebabkan saya memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.
Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.
“Selepas mencuba urutan batin buat pertama kali, saya jadi seronok terutama apabila dapat pendapatan lumayan dan sejak itu, ia menjadi rutin harian saya melayan lelaki ketagih urutan batin,” katanya.
Tanpa berselindung, Su mengakui kegiatan memberikan khidmat urut batin akhirnya menyebabkan dia tergelincir lebih jauh apabila turut memberikan khidmat seks kepada lelaki.
“Namun, saya agak berhati-hati memilih pelanggan bagi mengelak penyakit kelamin dan hanya bersedia menyerahkan tubuh kepada pelanggan yang memenuhi cita rasa saya,” katanya.
Su berkata, kini selepas lebih tiga tahun bergelumang dalam kegiatan tidak bermoral itu dia mempunyai ramai pelanggan tetap dan pendapatan diterima lebih lumayan.
Menurutnya, untuk khidmat urut batin dia mengenakan bayaran tambahan antara RM30 hingga RM50 manakala untuk khidmat seks bayaran dikenakannya RM200.
Apabila ditanya sampai bila dia mahu melakukan kerja jijik itu, Su hanya menggeleng kepala dan berkata: “Memang terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti, tetapi disebabkan tiada pendidikan tinggi dan kebolehan lain, buat masa ini hanya kerja ini saya tahu.” Mengenai pantang larang neneknya yang dilanggar, Su berkata, setakat ini tiada kesan negatif terhadap dirinya dan berharap keadaan itu berterusan.
“Dulu nenek kata kalau langgar pantang kulit muka jadi kendur dengan cepat dan tenaga mengurut berkurangan. Entahlah, setakat ini saya tak rasa apa-apa pun,” katanya.
Sumber : METRO ONLINE
Rasanya baru malam tadi aku membebel pasal pengaruh negatif DUIT ni kan? Hari ni dalam berita dah keluar plak cerita ni .. Haaaaiiii ...
Ya Allah, kau lindungilah kami dari pengaruh2 syaitan yang seperti ini .. Ammminnnn .. Biarlah aku miskin sekejap kat dunia ni, asalkan kat akhirat nanti aku takkan membebankan diri aku dengan dosa yang tak tertebus dengan duit sebanyak mana pun .. Cukup2lah dosa yang sudah ada sekarang ni ..
Takde Masa Laaa !!
Di atas tu adalah antara keluhan2 aku bila berkesempatan menjenguk blog2 yang ada. Itulah manusia kan. Usaha ciput, tapi hasilnya nak menggunung .. Mana nak dapat !!! Hehehe ... Tapi, aku pun penah kata yang aku berblog ni saje suka suki .. Jadi, takyah la nak mengharap Follower cam RedMummy ker, macam En.Ben ker atau macam Hanis Zulaikha ker .. Hmmm ..
Hari Isnin setakat ni, okey okey saje. Almaklum laaa .. Minggu ni aku masuk pagi, jadi tahap kebosanan tu mungkin tak sebanyak kalau nak dibandingkan bila aku masuk shift petang .. Hihihi ..
Takpelah .. Minggu depan dah puasa. Mesti leh balik awal. Insyallah .. Tapi, kena mengadap JEM la plak kan .. Hisshhh .. Semuanya nak komplen .. Hidup ni memang la macamtu .. Mana ada yang sempurna ikut kehendak kita laaa .. Sikit2 kurang tu, adatlaa .. Selagi kita masih diizinkan Allah untuk bernafas secara percuma, bersyukurlah apa adanya ...
Aku nak sambung gi jenjalan blog kengkawan (kalau sempat la) .. Kerja pun belum 'lebat' sangat nih .. Chow !!
Bahayanya ❤❤❤ dan $$$
Motif paling lama dan klasik bagi seseorang untuk membunuh seseorang yang lain adalah kerana DUIT dan CINTA. Dua perkara yang kadang2 kita sebagai manusia ambik endah tak endah saje ..
Bila kita tengok siri2 penyiasatan yang melambak2 dalam TV sekarang ni majoriti pembunuhan2 dan serangan2 yang dilakukan adalah disebabkan oelh 2 perkara di ats tuh .. Hmmm ... DUIT ... CINTA ... Selain boleh buat orang membunuh, ia juga mampu buat kita jadi GILA !
Zaman sekarang ni, kalau takde duit alamatnya, dok melepet je la kat rumah tuh. Nak pergi barang dapur pun, kalau takde RM50 dalam wallet tu, takyah la pergi. Nanti, tak pasal2 kena guna plak Kredit Kad yang dah sah2 menimbun2 hutangnya tu .. Heh ... Bila hutang dan terlalu banyak dan menimbun2, mula la nak buat perkara2 yang tak masuk akal termasuk la merompak, meragut, menjual tubuh dan akhirnya sampai ada yang terbunuh!
Itu cerita pasal DUIT .. Kalau cerita pasal CINTA lagilah tragis .. Pendek kata, dek kerana CINTA, manusia sanggup bunuh diri, bunuh kawan baik sendiri dan kerana CINTA jugak manusia sanggup jadi BODOH. Bodoh sampai sanggup tukar jantina, tukar agama dan tukar segala2nya ... Haaaiiihhh ...
Tapi, aku takde la pulak nak menyangkal pengaruh2 positif yang disebabkan DUIT dan CINTA ni. Pokok pangkalnya, AKAL dan IMAN. Aku juga bukan manusia sempurna. Ada tersilap langkah, tersalah arah. Keluarga dan sahabat2 terdekat banyak membantu. Alhamdulillah ...
Sunday, July 24, 2011
Bangkitlah Wahai Sang Harimau !!!!
Aku tukar 'rupa' blog aku lagi !!! Yeaaayyy !! Hehehehe .. Taktau la pendapat korang tapi aku suka sangat !!!
Aku tahu dah macam terlambat je aku nak komen pasal perlawanan bola sepak ni kan ... Saje je nak bercerita jugak ... Aku pun tengok kejap2 sambil masak cekodok ikan bilis dan air kopi untuk santapan sambil menonton bola.
28hb ni perlawanan Malaysia ngan Singapura lagi kan? Tapi kali ni kat Bukit Jalil. Betul ke? Harap2 penyokong2 kita yang setia semuanya turun padang untuk memberikan sokongan padu pada pasukan kita la yeee ...
Saturday, July 23, 2011
Harimau Malaya vs Si Singa ... Siapa Juara ?
Perlawanan antara Malaysia dan Singapura untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia sedang berlangsung pada minit ke 21. Kedudukan 2-1. dengan Singapura mendahului. Singapura terus menggasak garang. Malaysia berusaha bertahan. Safee Sali diasak sehingga berjaya dijatuhkan. Pemain Singapura menerima layangan kad kuning pertama pada perlawanan malam ini.
Pada mereka-mereka yang sedang khusyuk menonton tu, jangan lupa gi la solat Maghrib dulu ye. Kalah atau menang, semuanya dah tertulis di Lukh Mahfuz. Kita saksikan je la macamana corak permainan pasukan Malaysia malam ni. Adakah sehebat pasukan olimpik yang diturunkan ketika melawan Chelsea hari tiu? Ataupun setakat mampu bertahan dan bertahan .. ??
Apapun, mari kita doakan yang terbaik untuk pemain negara kita, Malaysia. Semoga Harimau Malaya mampu membaham Singa dan mencipta sejarah yang tersendiri malam ini. Semoga barisan pertahanan Si Singa biasa Harimau goyahkan dengan aksi yang segarang gaumannya !!!
Friday, July 22, 2011
Aku Suka MENULIS
*Rasanya entri dulu2 aku penah mention gak pasal minat aku menulis ni .. Tapi, aku nak bercerita jugak lagi .. Hehehee ..*
Bila aku mengarang sesebuah cerita, nama2 yang aku gunakan adalah nama2 yang aku suka dengar dan ingin berikan kepada zuriat2 aku kelak (ce ce ceh). Setiap karakter yang aku bangunkan adalah berdasarkan dengan karakter2 yang aku tonton dalam filem dan baca dalam novel. Setiap kejadian yang aku ceritakan adalah perkara-perkara yang aku imaginasikan berdasarkan beberapa fakta yang di dalam pengetahuan aku yang tak seberapa ni leee .. I try okeh .. Huhuhu ..
Plot cerita yang aku buat biasanya akan terbentuk sendiri sepanjang proses pengarangan cerita aku itu. Aku bukan jenis penulis yang suka mebuat lakaran kasar tentang plot cerita yang mereka buat. Aku dapatkan satu tema, dan dari situ, aku cuba kembangkan idea kepada sesuatu yang lebih menarik dan tidak membosankan. Aku cuba laaa .. Taktau la pulak kalau sesuatu yang tak membosankan untuk aku itu akan menjadi sesuatu yang membosankan untuk orang lain kan .. Hihihi ..
Oklah .. Takmo cerita panjang2 lagi .. Aku tau korang malas nak baca. Aku nak sambung mengarang cerita untuk Auni Raudah aku tu .. Bai Bai Semua !!! Selamat Bercuti !!!
Hari Ini Hari JUMAAT (n___n)
Hari ni hari Jumaat. Bermakna, esok CUTI !!!! Yeeeeaaaayyyyy !!!!!! Lambat betul aku rasa minggu ni nak berlalu. Almaklum laaa .. Aku masuk petang minggu ni, jadi segala2nya rasa terlalu terlalu LAMBAT .. T_T
Malam tadi sempat menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Chelsea. Untuk pertama kalinya aku dapat lihat cara permainan pasukan Malaysia yang agak BEST. Ntahla .. Mungkin sebab pasukan Chelsea tu tak sekuat Arsenal dan Liverpool kot ... o_O
Hari ni agak SIBUK tapu memikirkan yang hari ni hari JUMAAT segala rasa pening dan tensen aku buangkan jauh2 .. Muahahaha ...
Thursday, July 21, 2011
My New Baby !!!
Seperti yang ada sedia maklum, aku telah dengan rasminya mempunyai satu blog baru yang diberi nama : Celoteh SiKetot Yang Boolat. Jadi, cam selalu lah yee .. Sebagai pengenalan, aku akan mengadakan satu GiveAway Pengenalan. Bila dan berapa lama GA itu berlangsung akan aku umumkan segera ...
Aku pasti ada antara korang yang tertanya2 apa agaknya hadiah yang akan ditawarkan .. Haaa .. Hadiah akan diberi kepada 3 orang peserta bertuah sahaja. Apa hadiahnya tu, akan aku beritahu kemudian la yeee ..
Jadi, sebagai permulaan, apakata korang gi la melawat2 blog baru aku tu dan tolong la berikan komen2 yang membina yeee .. Jagi mengkondem tau .. Nanti aku nangis T_T ... Hehehehe ...
Wednesday, July 20, 2011
Sweetnye Lagu "I DO - Colbie Caillat"
W'salam
Adiosss
Apa Punya Orang Laaaa O_o
Tuesday, July 19, 2011
Masa Lampau, Masa Hadapan
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan datang bertandang ... Lepas tu bersilih ganti lupak dengan si Syawal .. Rasa terlalu cepat masa berlalu ... Tapi, kadangkala, bila tertoleh pada masa yang telah pergi terasa banyak perkara yang masih belum selesai ...
Kita asyik sibuk memandang ke hadapan tapi, kita tak sedar akan kekosongan yang kita tinggalkan pada masa2 yang telah kita lalui ... Isshhh .. Tetiba berpuitis la plak aku ni .. Hmmm ...
Hidup mesti diteruskan .. Masa yang dah berlalu, tak akan mungkin kita dapat kembalikan .. Jadi, masa hadapan yang masih menjadi misteri ini, mungkin kita mampu melakarkan memori2 dan keajaiban2 yang lebih indah dan menggembirakan ...
Setiap perkara yang berlaku pada kita dalam kita sedar atau tidak, banyak megajar kita tentang kehidupan. Payah atau mudah, gembira atau sedih, semuanya ada peranannya dalam menjadikan kita manusia yang lebih kebal dan kalis dengan segala rintangan.
W'salam
Adiosss...
P/S : Nak baca novel FREE ? Klik je SINI
Monday, July 18, 2011
Pintu Rindu Pada Yang Maha Esa
Mendengar Album Tahajjud Cinta dari Dato' Siti Nurhaliza, aku terpaut pada satu lagu yang liriknya sangat2 menyentuh hati aku sehingga mengalirnya airmata ...
Nak kongsikan dalam bentuk video, takdapat la ye .. Jadi, aku kongsikan dalam bentuk lirik lagu je laa .. Sebuah lirik yang penuh dengan simbolisma dalam melambangkan pencarian seorang Hamba kepada Penciptanya ...
Pintu Rindu - Siti Nurhaliza
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Tidak ku temu mana pintu MU..
Untukku seru rasa rinduku..2x
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x
Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..
Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x
Hidup matiku hanya untukMU..
W'salam
Adiosss...
-AdiaLuze-
Selfishkah Aku ????
Penah dengar perkataan ni ? Ni bukan perkataan 'JUAL IKAN' yeee .. Selfish yang kat ingin aku bicarakan di sini ialah PENTINGKAN DIRI SENDIRI .. Hmmmm ...
Apa perasaan korang kalau orang yang kau sayang cakap kau mementingkan diri sendiri ?? Padahal selama ni, ko rasa dalam kebanyakan situasi, ko dah banyak korbankan perasaan ko sendiri .. Tetiba, orang cakap kau tu mementingkan diri sendiri .. Hmmm ...
Aku tau, dalam sesetengah keadaan, orang disekeliling kita adalah 'cermin' kepada diri kita sendiri .. Tapi .. entahlaaa ... Mungkin betul aku ni mementingkan diri sendiri ...
Mungkin, aku tak berhak nak bahagia ..
Mungkin aku tak berhak untuk gembira ..
Mungkin aku hidup hanyalah untuk berkorban untuk kebahagiaan orang lain ..
Mungkin aku hidup hanya menyusahkan orang2 yang aku sayang ..
Mungkin aku tak layak untuk dikasihi dan disayangi ...
Mungkin .... Mungkin .. Segalanya mungkin ...
Mode : Low Self Esteem
Adiosss...
-AdiaLuze-
Friday, July 15, 2011
Antara YA dan Tidak
Pagi tadi di radio HotFM aku sempat nak dengar tajuk HotChat diaorang tuh .. Tajuknya 'Siapakah celebrity yang anda ingin ajak untuk keluar bersama' (lebih kurang camtu la bunyinyee) ... Ini semuanya gara2 video youTube dari askar2 Marin America yang mengajak celebrity pilihan mereka untuk berdating .. Hohohoho ...
Mula2 hari tu aku baca kat suratkabo, pelakon Mila Kunis terima pelawaan seorang askar marin America. Lepas tu, sekarang ni, Justin Timberlake la pulak .. Hmmmm .. Camne perasaan artis2 tu kan? Kalau asyik terima je, nanti, mankin ramai la plak yang ajak celebrity2 ni keluar dan silap2 haribulan, celebrity2 ni akan dimanipulasikan untuk mendapatkan keuntungan 'atas angin' .. Mau hangin satu badan ko .. Hehehee ..
Tapi, kalau tak terima, nanti kena tembak la plak ngan askar marin tuh .. Lagi dasat .. Muahahahaha .. Dan takut jugak kalau peminat kata golongon celebrity ni sombong .. Payah, memang payah ...
Agak2 kalau artis2 kita yang terima pelawaan tu, apa reaksi diaorang ye ? Adakah mereka dengan rendah diri menerima ataupun dengan rasa ego diri yang tinggi akan menolak ?
Lantak la diaorang tu .. Sib baik kita ni bukan artis kan ? Takdelah pening2 kepala nak pikir menda2 rumit camtuh .. Dalam hidup ni memang MUSTAHIL untuk kita membuatkan SEMUA orang puashati kaann .. Kalau nak orang suka kat kita memang susah kalau nak dibandingkan dengan nak buat orang benci kat kita.
Jadi kawan2, marilah kita sama2 pelihara diri kita, perlakuan kita, tutur bicara kita dan pemikiran kita dengan sebaik2nya .. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. At the end of the day, segala2nya adalah di atas ketentuan dan kehendak ALLAH jua adanya ... Wallahualam ...
W'salam
Adiosss...
Testing Lagi
Ini adalah entri testing lagi .. Nak tengok ada beberapa setting yang aku baru guna samada menjadi ke tak ... Sesiapa yang memang rajin 'melawat' blog aku ni, TERIMA KASIH dan harap2 bersabar yeee ^_^
W'salam
Adios !
--