Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 27, 2011

Salam AIDILFITRI Wahai SAHABATku semua !!!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Dikesempatan Aidilfitri yang bakal menjelang hari Selasa ni, aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan :






Dalam pada kita bergembira dan bersuka ria nanti, janganlah sampai berlebih-lebih ye kengkawan. Untuk panduan dan pedoman kita bersama, aku kongsikan dengan kalian semua, beberapa Hadis Rasulullah S.A.W dan Firman Allah S.W.T mengenai Aidilfitri ini.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya): "Apabila berlaku Hari Raya Fitrah, malaikat-malaikat turun ke bumi, berbaris di jalan-jalan orang yang hendak pergi ke tempat solat, sambil menyeru mereka dengan suara yang didengari oleh semua makhluk, kecuali jin dan manusia, dengan kata-kata "wahai umat Muhammad, ayuh beramai-ramai kepada keredaan Allah, Tuhan yang Maha Mulia, Tuhan yang memberi anugerah yang amat banyak dan yang mengampun dosa-dosa yang banyak."

Apabila mereka berada di tempat solat dan menunaikan solat serta mendengar khutbah, maka Allah berfirman kepada malaikat-malaikat tadi, "Tahukah kamu apakah balasan Aku kepada semua mereka itu?" Malaikat menjawab, "Allah sahajalah yang Maha Mengetahui dan akan membalas apa sahaja amal-amal ibadah mereka." Allah menjawab lagi, "Aku bersaksikan kamu, bahawa Aku akan membalas amalan puasa mereka, sembahyang malam mereka dan solat mereka pada hari ini, dengan keredaan-Ku dan keampunan-Ku kepada dosa-dosa mereka." (Riwayat Ibnu Abbas r.a)

Dalam Kitab Durratun Nasihin, halaman 80 dibawa suatu hadis Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya): "Pada hari raya berbanyak-banyaklah bersedekah dan lakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebajikan serta pahala, perbanyakkan memuji Allah, mengagungkan Allah dan bersungguh-sungguh mentaati-Nya kerana pada hari itu Allah akan ampunkan dosa manusiayang berpuasa dan menyambut hari raya dan dibalas dengan syurga Allah."

Kaab bin Munabbih menceritakan, pada hari raya, raja iblis amat murung dan amat dukacita, anak-anak buah dan kuncu-kuncunya berkumpul beramai-ramai dan bertanya kepada raja mereka, siapakah yang menyebabkan dia berdukacita, segeralah beritahu agar mereka bertindak menghapuskannya.

Maka jawab raja iblis, "Tidak bukannya orang yang mendukacitakan aku, tetapi Allah, Allah yang memberi keampunan kepada dosa yang telah kita usahakan mereka berdosa."

"Jika begitu apa kita perlu lakukan?" tanya anak-anak iblis.

Jawabnya, "Mestilah kamu bertindak memalingkan manusia daripada keredaan Allah, hanyutkan mereka dengan nafsu syahwat, biar mereka menjamu selera sehingga melanggar hukum Allah, hasutkan sehingga mereka melakukan perkara yang diharamkan, ajak mereka berhibur dengan hiburan yang melalaikan, suruh mereka minum dan makan yang ditegah oleh Allah, biar mereka dimurkai semula oleh Allah."

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w bersabda dalam suatu hadis yang mafhumnya: "Syurga amat merindui kepada empat kategori insan untuk memasukinya. Pertama, yang membaca al-Quran. Kedua, yang menjaga lidah daripada bertutur yang tidak baik. Ketiga, yang memberi makan orang yang lapar (terutamanya untuk berbuka puasa) dan keempat, yang berpuasa sepenuhnya pada bulan Ramadan."

sumber:Dato' Dr Haron Din

P/S : Sambutlah Lebaran seadanya. Jangan terlalu berlebih-lebihan. Penat kita cari pahala sebulan kan, takkan la kita nak biarkan pencarian kita sepanjang Ramadhan tu sia-sia belaka ...

W'salam

Adiosss...






Friday, August 26, 2011

Salam PRA Aidilfitri .. ^‿^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Semalam, rancangan Iftar di Restoran Saba' berlangsung dengan aman dan agak lancar (walaupun aku sempat sesat la jugak .. Heh). Komen aku setelah menikmati makanan Arab di situ adalah : OKAY LAA .. Yelah, aku ni jenis yang suka makan pedas ... Tetiba kena makan makanan yang langsung tak pedas ... Hmmm .. Selera tu jadi kureeenng la skit .. Apapun, nasi Arab dia memang LEMBUT dan SEDAP ! Agak-agak nak cuba bolehlah pegi yee ..


Hari ni hari last aku kerja sebelum memulakan cuti Hari Raya .. Yeaaayyyyy .. !!! SERONOKNYA !!!


Korang pun rasanya, masing-masing dok balik awal kan. Almaklumla .. Ramai yang memang cuti Sabtu ngan Ahad ni kan. Alamatnya, bersusun la kereta kat Highway tu kan. Aku balik kampung hari Ahad ni kot. Tengok la macamana keadaannya nanti. Huhuhu ...


Aku nak wish Selamat Hari Raya pun cam awal sangat lagi. Takpela .. Aku 'simpan' la dulu ucapan tu yee .. Tapi, rasanya kalau bagi ucapan dekat2 nak raya tu mesti takde yang nak baca kaaann .. Almaklumla .. Semua orang dah sibuk dok anyam ketupat, kacau dodol dah kejar ayam serata kampung nak sembelih wat rendang, hehehee ..


Okla .. Aku simpan la dulu ucapan aku tu ye .. Apapun, kepada korang-korang yang nak balik kampung tu, aku nak ucapkan :




P/S : Oh yee .. Ada doa khas untuk kita kongsi bersama sebelum memulakan perjalanan, Meh kita hafal dan baca sama-sama ye ...




W'salam

Adiosss...


Thursday, August 25, 2011

Terima Kasih BOS !! .. Saba', Here We Come !!! ^__^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Alhamdulillah, dah sampai Ramadhan ke 25 kita ye. Insyallah, dalam hari Selasa minggu depan, kita akan menyambut Syawal pulak. Sekejap je Bulan Ramadhan tahun ni nak pergi meninggalkan kita kan. Rasa tak puas je menikmati ketenangan dalam bulan ni. Entah kita sempat ke tak nak jumpa lagi 'dia' dalam tahun depan, Wallahualam .. Heh ~.~


Petang ni, Insyallah, kalau takde aral melintang, aku ngan kengkawan tenpat kerja yang satu department nak g berbuka puasa kat Cyberjaya .. Bos belanja !! Hehehehe .. TERIMA KASIH BOS !!! Yelah, sepanjang 3 tahun aku kerja kat sini, rasanya ini lah kali pertama aku berkesempatan nak join majlis berbuka puasa yang ditaja oleh kompeni aku ni haa ..


Nak tau kitaorang makan kat mana? Hasil carian di Google, aku dapat gak cari gambo ni ...





Haaa... Ini lah tempatnya. Saba' Restoran !! Ramai orang kata makanan Arab kat sini adalah yang Da Best !!!! Tak sabar rasanya nak rasa. Hmmm ^__^


Sebenarnya, aku nak sangat rasa satu menda ni ..

 


Kebab Arab !! Selama ni nampak kat TV je. Kali ni aku nak rasa sendiri kesedapan makanan Arab ni dengan lidah, mulut, gigi dan perut aku sendiri .. Hehehe ..


Ok la .. Nanti kalau sempat aku amik la gambo dan aku tepekkan la kat dalam blog ni yee .. Tu pun kalau sempat leee .. Hik hik hik ...


W'salam

Adiosss...


Wednesday, August 24, 2011

Sesuci Hati Si IBU

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sebuah kisah yang aku terima dari seorang sahabat amat menyentuh hati aku dan aku ingin kongsikan dengan kalian semua. Memang ceritanya amat panjang, tapi, bagi yang rajin membacanya sampai habis, pasti akan segera tergerak untuk terus menghubungi seseorang yang bergelar "IBU" ,,,.

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.


Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


P/S : Rasa rindu sangat kat mak ngan abah .. T__T

W'salam

Adiosss...




Nasib baik? Nasib tak baik? Siapa tahu? ^‿^

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Disebutkan ada sebuah kisah dari China mengenai seorang petani tua yang memiliki seekor kuda untuk membajak ladangnya. Pada suatu hari, kuda tersebut telah melarikan diri ke arah bukit bukau berhampiran dan apabila jiran-jirannya meluahkan rasa simpati mereka kepada Petani tua itu, dia membalas "Nasib tak baik? Nasib baik? Siapa tahu?"

Seminggu selepas itu, kuda tersebut kembali dengan membawa sekumpulan kuda liar dari bukit bukau tersebut dan jiran-jiran Petani tua tu mengucapkan takniah di atas nasibnya yang begitu baik. Dia menjawab "Nasib baik? Nasib tak baik? Siapa tahu?"

Kemudian, apabila anak lelaki Petani itu cuba menjinakkan seekor kuda liar tersebut, dia jatuh dari belakang kuda dan menyebabkan kakinya patah. Semua orang merasakan ini adalah nasib yang tidak baik. Tapi bukan si Petani yang mana tindakbalasnya hanyalah, "Nasib tak baik? Nasib baik? Siapa tahu?"

Beberapa minggu kemudian, sekumpukan tentera berkawat menuju ke kampung tersebut untuk mengerahkan seberapa ramai pemuda yang terdapat di situ untuk memasuki pasukan tentera. Apabila mereka nampak anak lelaki si Petani tersebut dengan kaki yang patah, mereka melepaskannya.

Jadi sekarang, anda rasa, adakah ianya Nasib baik? Nasib tak baik? Siapa tahu? ^^
SUMBER : SINI

DITERJEMAH OLEH : AKU .. hehehe

P/S : Setiap kejadian yang ditentukan Tuhan ada hikmahnya. Mungkin ianya tak baik untuk kita sekarang, tapi, pada masa akan datang, SIAPA TAHU? ^.^


W'salam

Adiosss...





Tuesday, August 23, 2011

Erti Raya Tanpa Kad Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم



Tinggal beberapa hari lagi nak raya kan. Semalam aku disuprisekan dengan kehadiran KAD RAYA !! Yelah, sejak dua menjak kita dah moden ni (konon .. heh), amat-amat jarang dah orang yang nak kirim mengirim kad raya nih. Kebanyakan mereka-mereka ni (termasuk aku) lebih memilih untuk hantar SMS atau kad online jeee .. Ahaksss ~~


Ok. Berbalik kepada kad raya yang aku terima semalam. Nak tau dari sapa? Jeng,jeng,jeng .... Ianya adalah dari sahabat blogger aku iaitu PUAN STOBERI !!!! Yeaaaayyyyy !!!!! Mekasih bebanyak sis !!!!! Suka sangat !!! ^‿^ ♥ ♥ ♥ ♥


Cadangnya memang la nak tayang gambar kad raya tu kat sini, tapi dek kerana ada masalah teknikal skit dalam proses uploap mengupload gambar ni, niat yang suci itu terpaksa aku tangguhkan .. Huhuhuhuuhuuu .. ~.~


Korang pulak macamana? Banyak dapat kad raya? Teringat zaman sekolah-sekolah dolu. Masing-masing sibuk berlumba sapa dapat kad raya paling banyak. Kalau dah banyak, siap gantung kat ruang tamu lagi wat perhiasan raya. Bessss ... !! Baru la rasa feel nak raya. Dekat sampul surat tu siap ada tulis "Thank You Mr.Posmen" .. Hik hik hik ..


Menyambut raya dalam era baru ni agak kurang kemeriahannya. Dulu kat kampung seminggu lagi nak raya, masing-masing berlawan sapa punya mercun/meriam bunyi paling kuat. Sekarang ni, takde dah. Yang aku pelik, sekarang ni banyak sangat kes putus jari la, putus tangan la, hanya kerana main mercun.


Dolu-dolu rasanya cam tak berapa nak dengar la berita-berita camni. Ke sebab mercun/meriam zaman sekarang ni dah semankin MERBAHAYA ?? Haaaiii ... Entahlah ... Takpela, agak-agak nak rasa meriahnya raya, pasang je la lagu raya kuat-kuat .. Tapi, jangan tetengah malam dok memekak pulak .. Mau ada yang masuk hospital kena tetak .. Haruuuu nanti jadinya tuu .. Muahahahaaa ..


Kedamaian dijiwa nampak dizahir,
Membawa ketenangan pada yang empunya,
Ramadhan 2011 bakal berakhir,
Memberi peluang Syawal mengganti tempatnya.

W'salam

Adiosss...


Monday, August 22, 2011

Dugaan Harta Buat Umat Rasulullah S.A.W

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

Isnin datang lagi bersama 1001 rasa Babas .. Opsss .. Bukan la .. 1001 rasa yang baru .. thehehehee ... Biasalah kan. Hari ISNIN ni memang selalunya akan datang ngan rasa kelat, masam, moody dan ada jugak yang gembira dan berwarna warni. Lagi-lagi kalau mata air dok kerja kat tempat yang sama ..  ^‿^

Hari ni mood aku kira OK laaa. Takde la moody sangat dan takde la hepi sangat. Aku takmau la moody-moody sangat sekarang ni. Hari tu, akibat moody sangat la yang aku sampai terlanggar keta orang tuh. Jadinya, daripada aku dok moodey tak tentu hala, baik la aku hepi-hepi jeee .. Tak rugi apa pun kaaannnn ..

Sedang aku dok mencari sebab untuk meng'hepi'kan diri ni, tetiba je line internet berMASALAH !! Aduyaaaiiiii !!!! Kenapa la pulak nih !!!!!! Tetiba je wireless hilang .. Siap ada tanda " ? " lagi tuuuu .. IshsssssHHHkKKkhHHhh !!!! Ni mesti ada masalah lagi dengan server ni. Dah la semenjak dua menjak ni Jaring asyik ada masalah jee .. Huh .. !!

Astaghfirullahalazhim ... Sabar, Sabar .. Dugaan je niii .. Hmmmmm ... Alaaa .. Apa susah .. Agak-agak kalau masalah tu besar sangat, apalagi, BALIK laaa !! Hehehe .. Tapi, takde maknanya nak balik. Tadi aku baru je call Internal Support dalam opis aku ni. Diaorang kabo yang diaorang restart wireless kejap. Itu pasailah jadi camni ni .. Uiissshh ...

Raya tahun ni nampaknya aku betul-betul besederhana la nampak gayanya. Takde baju baru, takde kasut baru, takde beg tangan baru dan takde jugak kuih muih yang boleh dibeli. Nasib baiklah adik-adik aku kat kampung tu rajin-rajin semuanya. Jadi, ada la jugak kuih muih untuk dijamu tetamu yang datang ke rumah nanti.
Betullah hadis Rasullah S.A.W yang bunyinya camni :

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah HARTA KEKAYAAN. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).  


Jadinya kengkawan, pada yang berkemampuan tu, janganlah lupa pada yang memerlukan dan buat mereka-mereka yang tak berapa nak mewah tu (termasuk aku), bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya ada lagi yang hidup lebih susah dari kita ni. Kalau orang nak mengata atau mengumpat pasal kita, biarkan saja mereka tu. Susah senang kita bukan mereka peduli pun. Biarlah segala perbuatan tu, hanya Allah yang mampu membalasnya ...


P/S : Masa-masa macam ni, selalu berdoa, "Ya Allah, bukakanlah pintu hati Bos-Bos aku untuk memberi bonus kepada SEMUA staf-stafnya" ... Hmmmmm .. Harapan hanya tinggal harapan ... Kalau ada pun bonus, mesti cuma mereka-mereka yang TERTENTU je yang dapat .. Almaklumla .. Bos-bos aku ni semuanya ADIL-ADIL belaka .. Heh ... !!!

W'salam

Adiosss...


Nota : JOM baca CELOTEH SIKETOT 


Friday, August 19, 2011

Mode : JIwang Karat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Salam JUMAAT wahai sahabat-sahabatku sekalian. Dihari yang istimewa ini, aku tak mau la berceloteh banyak-banyak. Aku just nak share ngan korang 1 lagu yang semenjak dua menjak ini aku selalu terdengar kat mana-mana pun. Jom layan perasaan ^^




Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

(*)

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menhiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Reff

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Back to (*), Reff

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta




P/S : Teriba rasa sedey bila dengar lagu ni ... Ceh ! Juwang karat betol la !! IssshhHHhkKKKsss -_____-




W'salam

Adiosss...



Thursday, August 18, 2011

Teknologi oH Teknologi

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم



Setelah cuti dan berehat selama 2 hari, Alhamdulillah, akhirnya aku sudah cukup sihat untuk ketempat kerja. Walaupun selsema masih lagi ada, aku masih boleh melakukan kerja seperti biasa ... ^^

Ok, hari ni aku nak membebel pasal TEKNOLOGI.Zaman sekarang ni korang perasan tak kebergantungan kita pada TEKNOLOGI ? Terlau bergantung sampaikan kita pun jadi malas dan lemau. Heh ..Tak caya? Ok. Aku tak amik banyak sangat la contoh. Cukup la sekadar aku perkatakan tentang kerja-kerja rumah yang rutin.

Mula-mula, kita cakap pasal basuh baju. Biasanya kita basuh guna mesin basuh kan? Okla. Andaikata tetiba bekalan elektrik bermasalah selama seminggu. Haaaa .. Camne la agaknya keadaan baju-baju sekolah budak dan juga baju-baju yang kita pakai pergi kerja tu kan .. Agak-agak, ada tak yang sanggup tak pergi kerja dan tak pergi sekolah sebab ni ? Haru kalau macam tu kan .. Ahakss ..

Tu baru cakap pasal basuh baju. Kalau elektrik takde, bukan hanya nak basuh baju je bermasalah. Nak vacuum rumah, nak keringkan rambut, nak tengok tv, nak on kipas/aircond, dengan peti sejuk takleh berfungsi lagi .. Issshhhhhkkk .. Macam-macam la masalahnya.

Bukan tak boleh kalau nak basuh baju guna tangan, tapi, sebab tangan dah 'manja' sangat, bila basuh guna tangan nanti mesti ada yang mengalami lenguh-lenguh tulang.

Bukan tak boleh kalau nak bersihkan lantai guna penyapu, tapi, sebab banyak sangat bentang karpet dan tikar yang tebalnya 2-3 inci tu menjadikan kerja-kerja menyapu macam mustahil je nak buat. Tu belum nak kira yang rumah banglo 3-4 tingkat lagi tuh. Parah,parah .. Ngeeeee ...

Amacam? Percaya tak sekarang yang kita ni semankin terlalu bergantung dengan TEKNOLOGI ?? Takyah cakap orang lain lah, aku sendiri kalau takde teknologi-teknologi moden ni, rasanya mau tak kerja, asyik dok kemas rumah je la kot ... Huhuhuu



W'salam

Adiosss...





Tuesday, August 16, 2011

Kita Tak Selalu Betul

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Ramadhan ini sungguh-sungguh mencabar pada aku. Bermula dengan kejadian kemalangan kecil yang menimpa si Putih kesayangan aku sampailah dugaan-dugaan lain yang betul-betul mencabar kesabaran dan pertimbangan aku sebagai seorang wanita. Hari ni aku diduga lagi ... Kali ini dari segi kesihatan. Alhamdulillah ... Aku bersyukur andai ini tanda Allah masih sayangkan aku ...

Oleh kerana dan 2 hari tak mengupdate blog, dalam keadaan kepala yang kadang-kadang berdenyut ni, aku gagahi jugak untuk mengarang sebuah entri untuk blog kesayangan aku ini. Alhamdulillah aku masih larat menulis ^^

Aku takmau asyik bercerita tentang benda-benda sedih je, so aku nak berkongsi satu cerita yang aku dapat dari Fropki.com . Sebenarnya, entri ni dalam bahasa omputih, tapi aku cuba sehabis boleh untuk menterjemahnya dalam bahasa Melayu ... Enjoy !!!

Seorang suami risau mengenai isterinya yang mempunyai masalah pendengaran dan berpendapat bahawa isterinya memerlukan alat bantuan. Tidak pasti bagaimana untuk membincangkan hal tersebut dengan isterinya, beliau menghubungi Doktor untuk bertanyakan pendapatnya mengenai masalah tersebut. Doktor tersebut memberitahu bahawa beliau boleh menjalankan satu ujian ringkas terhadap isterinya bagi memudahkan doktor memahami dengan lebih jelas mengenai masalahnya.

"Ini yang perlu kamu lakukan .." Si Doktor memulakan bicara "Berdiri dalam jarak lebih kurang 40 kaki dari isteri kamu, dan cuba berbual dengannya dalam nada suara yang biasa dan cuba tengok samada dia mendengarnya"

"Jika tidak, cuba dekatkan jarak kepada 30 kaki, kemudian 20 kaki dan terus dekat sehingga dia menyahut"

Petang itu, sewaktu isterinya memasak di dapur dan si suami berada di beranda, dia berkata dengn diri sendiri "Jarak aku lebih kurang 40 kaki darinya, jadi aku boleh memulakan ujian tersebut"

Kemudian, dalam nada suara biasa, beliau bertanya "Masak apa malam ni sayang?"

Senyap. Tiada sahutan.

Jadi si suami pun mendekatkan jaraknya kepada 30 kaki."Masak apa malam ni sayang?"

Masih senyap tanpa sahutan.

Seterusnya, dia mendekatkan diri dalam jarak 20 kaki dari isterinya."Masak apa malam ni sayang?"

Sekali lagi masih tiada sahutan.

Dia berjalan ke pintu dapur dalam jarak 10 kaki dari isterinya.."Masak apa malam ni sayang?"

Tetap tiada jawapan.

Jadi, dia mendekatkan diri lagi dan berdiri betul-betul di belakang isterinya.."Masak apa malam ni sayang?"


;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

"Abang, untuk kali keLIMA, saya cakap, masak AYAM!!!"

Moral of the story:
Kadang-kadang masalah itu bukannya datang dari orang lain, tapi dari diri kita sendiri ... So, belajarlah bermuhasabah diri kay !! ^^V


W'salam...

Adiosss...


Sunday, August 14, 2011

Kuasa DOA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Salam Ramadhan yang ke-14 wahai sahabat-sahabat blogger ku sekalian. Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri 10 malam terakhir rupa-rupanya kan. 

Maknanya, kita menghampiri malam LailatulQadar dimana dikatakan sebagai malam seribu bulan ... Ramai orang yang mendambakannya, tapi tak ramai yang dipilih Allah untuk mendapatkannya. Sedangkan orang yang rajin buat solat malam pun sukar nak 'berjumpa' dengannya, apatah lagi kita yang belum tentu amalnya ni kan ...

Tapi, semua tu adalah atas kuasa Allah S.W.T. Ianya akan terjadi hanya pada orang yang dikehendakiNYA sahaja. Oleh itu, jangan sekali-kali kita berputus asa dan sentiasalah berdoa untuk mendapatkannya .. Insyallah, kalau kita ikhlas, doa kita pasti akan didengar dan diperkenankanNYA .. Aminnnn ...


 
Firman Allah (maksudnya):

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).
 


Sabda Rasulullah S.A.W : 

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

SUMBER : SINI


Kuasa DOA jangan sesekali kita ragui. Allah suka pada hambaNYA yang sentiasa bergantung padanya. Ingat! Setiap apa yang kita ada hari ini adalah atas izin Allah. Kalau dikehendakiNYA, apa yang kita miliki sekarang ni, dalam sekelip mata pun dia boleh tarik balik.

Tak percaya? Cubalah kita renung-renungkan apa yang terjadi pada Acheh sewaktu bencana Tsunami menimpa ke atas bumi yang dikatakan sebagai Serambi Mekah itu ... Dalam sekelip mata, segala-galanya musnah. Samada yang beriman ataupun tidak, semuanya menerima musibah yang sama. Yang membezakan mereka adalah caranya mereka menghadap Allah S.W.T. 


Kepada yang beriman, ditemukan mayatnya dalam keadaan bertelekung dan kehormatan dipelihara manakala kepada sesiapa yang ingkar, ditemukan dalam keadaan paling mengaibkan ... Nauzubillah !!

Aku hanya menulis apa yang aku rasa dan aku baca. Andai ada tersalah kata, tersilap tafsir, mohon dimaafkan dan ditegur seadanya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri aku yang serba kekurangan ini.


P/S : Bila bercakap tentang DOA, aku teringat lagu Afghan kat bawah ni ... Jom layannnn !!! ^^


W'salam...

Adiosss...

Friday, August 12, 2011

Erti Sebuah Kasih Sayang




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Di minggu ke dua Jumaat di bulan yang mulia ini, aku ingin kogsikan sebuah kisah mengenai KASIH SAYANG yang amat-amat menyentuh hati aku.

Cerita ini agak panjang.

Baca bila korang lapang yee. Sebab Kisah dalam cerita ini sangat-sangat bermakna sekali dan rugi kalau tak baca. Semoga kita semua dapat manfaat darinya ... Insyallah ..


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana .

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa hari ni?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dia= capainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaannya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.


"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas
dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi.. mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik.

Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit.

Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut.

Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
 
Dikatakan bahawa ini kisah benar. Betul atau tidak, wallahualam .. Kalau benar, sama-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah seikhlasnya kepada arwah. Semoga rohnya tenang di sana dan dia dapat membantu Ayah dan Ibunya meniti Titian Sirah untuk masuk ke Syurga .. Insyallah ... Amiiinnnn ...


W'salam
 

Adiosss...
 

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu