السلام عليكم
Isnin datang lagi bersama 1001 rasa Babas .. Opsss .. Bukan la .. 1001 rasa yang baru .. thehehehee ... Biasalah kan. Hari ISNIN ni memang selalunya akan datang ngan rasa kelat, masam, moody dan ada jugak yang gembira dan berwarna warni. Lagi-lagi kalau mata air dok kerja kat tempat yang sama .. ^‿^
Hari ni mood aku kira OK laaa. Takde la moody sangat dan takde la hepi sangat. Aku takmau la moody-moody sangat sekarang ni. Hari tu, akibat moody sangat la yang aku sampai terlanggar keta orang tuh. Jadinya, daripada aku dok moodey tak tentu hala, baik la aku hepi-hepi jeee .. Tak rugi apa pun kaaannnn ..
Sedang aku dok mencari sebab untuk meng'hepi'kan diri ni, tetiba je line internet berMASALAH !! Aduyaaaiiiii !!!! Kenapa la pulak nih !!!!!! Tetiba je wireless hilang .. Siap ada tanda " ? " lagi tuuuu .. IshsssssHHHkKKkhHHhh !!!! Ni mesti ada masalah lagi dengan server ni. Dah la semenjak dua menjak ni Jaring asyik ada masalah jee .. Huh .. !!
Astaghfirullahalazhim ... Sabar, Sabar .. Dugaan je niii .. Hmmmmm ... Alaaa .. Apa susah .. Agak-agak kalau masalah tu besar sangat, apalagi, BALIK laaa !! Hehehe .. Tapi, takde maknanya nak balik. Tadi aku baru je call Internal Support dalam opis aku ni. Diaorang kabo yang diaorang restart wireless kejap. Itu pasailah jadi camni ni .. Uiissshh ...
Raya tahun ni nampaknya aku betul-betul besederhana la nampak gayanya. Takde baju baru, takde kasut baru, takde beg tangan baru dan takde jugak kuih muih yang boleh dibeli. Nasib baiklah adik-adik aku kat kampung tu rajin-rajin semuanya. Jadi, ada la jugak kuih muih untuk dijamu tetamu yang datang ke rumah nanti.Betullah hadis Rasullah S.A.W yang bunyinya camni :
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah HARTA KEKAYAAN. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Jadinya kengkawan, pada yang berkemampuan tu, janganlah lupa pada yang memerlukan dan buat mereka-mereka yang tak berapa nak mewah tu (termasuk aku), bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya ada lagi yang hidup lebih susah dari kita ni. Kalau orang nak mengata atau mengumpat pasal kita, biarkan saja mereka tu. Susah senang kita bukan mereka peduli pun. Biarlah segala perbuatan tu, hanya Allah yang mampu membalasnya ...
P/S : Masa-masa macam ni, selalu berdoa, "Ya Allah, bukakanlah pintu hati Bos-Bos aku untuk memberi bonus kepada SEMUA staf-stafnya" ... Hmmmmm .. Harapan hanya tinggal harapan ... Kalau ada pun bonus, mesti cuma mereka-mereka yang TERTENTU je yang dapat .. Almaklumla .. Bos-bos aku ni semuanya ADIL-ADIL belaka .. Heh ... !!!
3 comments:
boleh ke beri bonus kpd sesetengah staf?? konsep itu sgt tidak adil..menganiaya pekerja huhuhhhh
Sahrom : Memang tak adil kan .. Tapi, itulah hakikatnye .. Hmmm ... :(
Sahrom : Memang tak adil kan .. Tapi, itulah hakikatnye .. Hmmm ... :(
Post a Comment