Nafsu manusia tidak kenal jantina, usia, rupa, bangsa maupun agama. Setiap manusia lahir bersama nafsu. Wanita dianugerahkan dengan 9 nafsu dan lelaki dengan satu nafsu.
Aku bukan nak memperkatakan atau memperdebatkan beza antara nafsu lelaki dan perempuan. Apa yang aku ingin perkatakan hanyalah tentang NAFSU semata-mata.
Pecaya tak kalau aku katakan, selain daripada godaan syaitan laknatollah, godaan nafsu merupakan godaan yang paling hebat.
Walaubagaimanapun, tahukah korang bahawasanya nafsu ini pun ada peringkat-peringkatnya. Ulamak-ulamak Islam telah membagikan nafsu kepada 7 peringkat :
1. Ammarah
Allah berfirman dalam Al Qur’an, maksudnya :
“Tidak ada kebaikan dalam diriku, karena sesungguhnya nafsu itu senantiasa mengajak kepada kejahatan”
[Yusuf : 53]
Orang yang memiliki nafsu ammarah, tidak mampu lagi untuk menjaga dirii supaya tidak terjerumus ke dalam maksiat.
2. Lauwamah
Orang yang memiliki nafsu lawwamah belum dapat membuat keputusan untuk berbuat baik. Tidak ada kekuatan untuk meninggalkan maksiat, dia boleh melakukan kejahatan lagi sesudah ia berbuat baik.
3. Mulhamah
Firman Allah artinya :
“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan kejahatan dan ketaqwaan”
[Asy-Syams : 8]
Orang yang memiliki nafsu mulhamah ini, apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Bila kena puji pasti dah rasa puas dan seronok. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga.
4. Muthmainnah
Allah berfirman dalam Al Qur’an :
“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku”
[Al Fajr : 27-30]
Orang-orang yang memiliki nafsu Muthmainnah, bila dia berbuat amal kebajikan, rasa sejuk hatinya, tenang dan puas. Mereka ini dikatakan penggembala matahari (senantiasa menunggu waktu beribadah). Hati senantiasa rindu dengan Allah, bila dia baca ayat Allah yang ada kaitannya dengan Neraka, dia rasa takut, cemas, ada yang pingsan, kadang-kadang ada yang mati. Dia takut dengan dosa, seolah-olah gunung akan menimpa kepalanya.
5. Radhiah
Mereka yang memiliki nafsu ini melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Yang makruh dijauhi umpama yang haram dan yang sunat dilaksanakan beria-ia umpama yang wajib.Dalam beribadah kepada Allah, bukan sekedar sedap membaca, bahkan sedap beramal. Akhlak mereka terpuji di sisi Allah. Dapat memberi maaf ketika berkuasa.
Satu peristiwa, sahabat Rasulullah yang memiliki hamba, suatu hari hambanya bawa dulang, yang berisi daging kambing, tiba-tiba pisau yang terletak di atas dulang terjatuh di kepala anaknya yang sedang merangkak dan terus mati. Dalam keadaan demikian hamba tadi merasa takut, maka kata sahabat tadi “Bertenanglah kamu, anak itu Allah punya, Allah ambil balik, maka pada hari ini aku memerdekakan kamu”
6. Mardhiah
Nafsu yang Tuhan pula redha
7. Kamilah
Kemuncak kebersihan nafsu yang mana ianya hanya ada pada rasul-rasul dan para nabi sahaja
Tiada niat apa-apa. Sekadar untuk renungan kita bersama mengenai nafsu yang orang sering anggap sebagai satu benda yang tidak baik. Cuba bayangkan kalau semua manusia mempunyai NAFSU RADHIAH. Pasti dunia akan menjadi tempat yang amat-amat selamat dan aman kan .. ^^
2 comments:
semoga kita dpt mengekang nafsu kita di bulan yg mulia ini :-)
menjawab pertanyaana awak di kotak komen entri sy..
sy balik kampong mertua kat Kota Kuala Muda, kedah..
Post a Comment