بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Salam Ramadhan ke -11 wahai sahabat-sahabatku sekalian. Macamana puasa korang semua setakat ni? Semalam, sempat gak melawat FB aku yang dah bersawang tu. Macam-macam status ada. Ada yang masih bertahan, ada yang mengandung plak tak tahan terus berbuka, ada yang gastrik dan tak kurang jugak yang agak-agak nak tertewas ^^
Ramadhan kali ini betul mendatangkan 1001 kesan kepada diri aku. Ada yang manis dan tak kurang jugak yang agak pahit. Tapi, aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bangun pada hari ini dalam keadaan sihat walafiat untuk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini .. Alhamdulillah ...
Hidup ini dingkat je kawan-kawan. Aku tau, zaman sekarang ni, kita lebih suka mengejar duniawi semata-mata. Dalam segala hal suka dengan kemewahan. Kalau nak beli kereta, suka pilih kereta yang besar. Kalau nak beli rumah, suka nak beli yang besar. Kalau cari duit, suka cari duit banyak-banyak sampai kadang tak hirau pasal halal dan haram. Betul tak?
Aku tau tak semua macam tu. Even aku sendiri pun suka dengan kemewahan. Cuma tak berapa nak mampu je nak hidup mewah macamtu. Rezeki setiap manusia dah ditentukan Allah.
Kadang-kadang tu, kita nampak, ada orang tu, tak sembahyang, tak tutup aurat, tapi .. rezekinya tak pernah putus-putus. Ada pulak yang solat tak pernah tinggal, baik budi pekertinya, tapi .. hidupnya serba kekurangan. Kalau ada kereta pun, kereta second hand yang dah tak berapa nak berkilat. Kalau ada rumah pun, tak ada perabot langsung.
Dalam situasi-situasi di atas, bila kita nak mentafsir, selain dari menggunakan akal, kita juga kena menggunakan Iman. Kita tak boleh nak cakap "Alaaaahh .. Si Polan tu, tak solat pun, Tuhan bagi jugak dia kekayaan .." atau " Si Polanah tu sembahyang tak tinggal pun, hidup susah jugak" ... Aku tahu ramai antara kita yang pernak terfikir perkara-perkara tersebut.
TETAPI, kalau kita mendalami 99 nama Allah, tentu kita faham mengapa keadaan tersebut berlaku. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Raheem .. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang ... Bila dicurahkan rezeki, semua orang pasti akan ada bahagian masing-masing. Begitu juga bila diturunkan bala bencana. Semua orang akan merasa.
Aku bukanlah alim ulamak yang terlalu arif dalam hal-hal seperti ini. Tapi, aku menulis sebagai motivasi dan penaik semangat kepada diri aku sendiri. Kerana, aku juga tak lari dari mengeluh dan merintih. Aku juga tak lari dari merungut tentang segala yang tak pernah cukup.
Mencari rezeki:
Hari ni dia dapat makan, "alhamdulillah". Esok dia tak dapat makan, "alhamdulillah". Dia tahu, apapun yang dimiliki-Nya adalah Kepunyaan Allah SWT dan segalanya tidak akan kekal buatnya. Sama ada nasibnya beruntung atau sebaliknya, dia tetap bersyukur setelah dia serahkan seluruh hidupnya kepada Penciptanya Yang Maha Mengetahui.
Mengejar dunia:
Hari ni dia dapat makan, "alhamdulillah". Esok dia tak dapat makan, "Kenapa Ya Allah?! Apa dosa aku Ya Allah?! Kenapa Kau uji aku begini Ya Allah?!" Timbulnya keraguan dalam hatinya terhadap Kekuasaan Allah SWT. Yang dahulunya seringgit dirasakan sangat cukup tapi sekarang, seribu ringgit pun tak pernah rasa cukup. Dulu kerja pagi petang siang malam pun tak pernah tinggal solat. Gaji sedikit pun masih boleh bersedekah. Sekarang serba serbi tak pernah cukup. Yang menemaninya setiap hari adalah rungutan dan rungutan. Takda duit merungut, penat merungut, lapar merungut dll. Merungut! Merungut! Merungut!
Dunia itu ladang akhirat. Carilah banyak mana pun harta (Baca: bekalan) di dunia ni tapi jangan sesekali melupakan akhirat. Sekaya dan berjaya manapun kita, semua itu hanya pinjaman. Bila2 masa sahaja Dia boleh ambil semula.
Ada orang kaya dunia tapi pada masa yang sama kaya akhirat kerana menggunakan kekayaannya untuk pelaburan akhirat spt bersedekah, membela nasib anak- anak yatim, membantu orang2 miskin dsbnya. Berbanding orang yang kejar kekayaan dunia tapi hanya untuk pelaburan dunia. Baginya, kekayaannya adalah atas penat lelahnya dan digunakan hanya untuk kepentingan dirinya sendiri sehigga zakat pun lupa ditunaikan.
Duit boleh menciptakan kebahagiaan tapi dengan duit juga boleh memusnahkan kebahagiaan yang telah dibina.
Aku terfikir. Selama ini aku selalu kata nak cari 'Saham' kat akhirat, tapi aku masih gagal bersedekah setiap hari. Selama ini aku kata nak cari keredhaan Allah, tapi aku masih lagi melakukan perbuatan-perbuatan yang terang-terang memang berdosa.
Aku tak mahu hanya jadi seorang yang hanya pandai berkata-kata dan dikatakan orang sebagai manusia yang "kata tak serupa bikin" ..
Biarlah kalau aku tak mampu nak beli Banglo berjuta ringgit .. Biarlah kalau aku tak mampu nak beli kereta mewah berkilat .. Biarlah kalau aku hanya mampu makan nasi berlaukkan telur setiap hari .. Biarlah ..
Apa yang penting, hidup aku di dunia ini tidak sia-sia .. Yang penting, aku takkan pernah jauh dari keredhaan dan kasih sayang Allah ... Yang penting, aku masih diberi peluang untuk bertaubat .. Alhamdulillah ...
P/S : Kepada mereka-mereka yang aku lukai hati dan sakiti hatinya, dengan setulus ikhlas, aku mohon 1000 keampunan dari kalian semua. Semoga dengan kemaafan dari kalian, aku dapat meneruskan hidup dengan jiwa yang tenang dan tenteram.
2 comments:
sangat tersentuh..sesungguhnya apa yang terjadi telah tercatat di Luh Mahfuz..walau bagaimanapun, itu tidak bermakna kita tidak perlu berusaha..usaha yang jitu dan istiqamah itulah yang akan ditentukan oleh-NYA
Tersentuh? Bahagian ayat yg mana tu? ^^
Betul tu Sahrom .. Apa2 pun kena usaha,usaha,usah dan doa,doa,doa ..
Post a Comment