SYUKUR ku masih di sini,
SYUKUR ku bernafas lagi ...
Bila dirundung malang, kadang-kadang kita terlepas pandang di atas apa yang kita ada. Tumpuan kita hanya pada nasib malang yang menimpa diri. Dalam setiap kedukaan itu sebenarnya ada hikmahnya. Ayat klise tapi, itulah KEBENARAN.
Setelah 2 hari kejadian buruk itu menimpa aku, barulah aku mampu menjernihkan fikiran aku yang sebelum ini berserabut semacam. Aku cuba berfikiran POSITIF.
Aku bernasib baik kerana masih mampu bernafas dengan selesa.
Aku bernasib baik kerana masih mampu berpuasa bersama orang yang tersayang.
Aku bernasib baik kerana dikelilingi oleh orang-orang yang mengambil berat.
Aku bernasib baik kerana diuji di bulan Ramadhan.
Terlalu banyak 'nasib baik' disebalik dugaanNYA ini. walau sukar, aku kena kuatkan semangat. Aku kena sentiasa berfikiran positif. Aku boleh mengeluh dan merintih. Tapi, semuanya dah berlaku. Walaupun aku meratap meraung, semuanya dah tertulis di lukh Mahfuz.
Segala yang buruk akan aku jadikan panduan agar tidak mengulanginya dimasa akan datang. Insyallah. Mudah-mudahan, ini adalah permulaan bagi nikmat Allah yang lagi hebat. Insyallah.
1 comment:
alhamdulillah..awk dpt jalani ujian ini dengan setabahnya..
semoga ia dijadikan panduan untuk masa mendatang ya
Post a Comment