Disebutkan ada sebuah kisah dari China mengenai seorang petani tua yang memiliki seekor kuda untuk membajak ladangnya. Pada suatu hari, kuda tersebut telah melarikan diri ke arah bukit bukau berhampiran dan apabila jiran-jirannya meluahkan rasa simpati mereka kepada Petani tua itu, dia membalas "Nasib tak baik? Nasib baik? Siapa tahu?"
Seminggu selepas itu, kuda tersebut kembali dengan membawa sekumpulan kuda liar dari bukit bukau tersebut dan jiran-jiran Petani tua tu mengucapkan takniah di atas nasibnya yang begitu baik. Dia menjawab "Nasib baik? Nasib tak baik? Siapa tahu?"
Kemudian, apabila anak lelaki Petani itu cuba menjinakkan seekor kuda liar tersebut, dia jatuh dari belakang kuda dan menyebabkan kakinya patah. Semua orang merasakan ini adalah nasib yang tidak baik. Tapi bukan si Petani yang mana tindakbalasnya hanyalah, "Nasib tak baik? Nasib baik? Siapa tahu?"
Beberapa minggu kemudian, sekumpukan tentera berkawat menuju ke kampung tersebut untuk mengerahkan seberapa ramai pemuda yang terdapat di situ untuk memasuki pasukan tentera. Apabila mereka nampak anak lelaki si Petani tersebut dengan kaki yang patah, mereka melepaskannya.
Jadi sekarang, anda rasa, adakah ianya Nasib baik? Nasib tak baik? Siapa tahu? ^‿^
SUMBER : SINI
DITERJEMAH OLEH : AKU .. hehehe
P/S : Setiap kejadian yang ditentukan Tuhan ada hikmahnya. Mungkin ianya tak baik untuk kita sekarang, tapi, pada masa akan datang, SIAPA TAHU? ^.^
No comments:
Post a Comment