Iklan
PESANAN PENAJA ^-^
A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....
Tuesday, January 31, 2012
Ular Terbang
Cerita Aku Bercuta cuti ... Yippppiiiiiyyyyyy
Aku balik kampung sebab anak kazen aku kawin. Walaupun majlis sambut menantu, tapi meriahnya, mengalahkan kenduri anak pompuan. Kiranya aku balik dari Hari Jumaat tu memang agak sibuk laa .. Walaupun aku datang tu pun saje buat-buat sibuk, masih terasa kepenatannya okeh .. Heh ...
Majlisnya hari Sabtu, aku ngan adik aku ditugaskan untuk menjadi penanggah .. Walaupun cuma posing cantik sambil tuangkan air untuk para tetamu dan mengemas meja, macam aku cakap tadi, kepenatan masih terasa jugakkk ...
Gambo aku tak amik sebab tepon aku masih rosak dan takde plak terpikir nak pinjam kamera sesapa .. Hehehe ...
Motif sebenar balik kampung untuk bergomol-gomolan dengan anak sedara aku tak berapa menjadi kerana 'kesibukkan' aku di majlis kawin tersebut dan semalam (Ahad), sebelum aku balik KL, si kecik Nur Dhiandra Adelia kena tahan kat wad sebab sakit kuning. Aduyaaiii ...
Takpela. Hujung minggu ni, cuti sampai Selasa, Insyallah, dengan izin dari Suamiku yang tercinta, aku akan menggagahkan diri menaiki bas pulang ke kampung. Laki aku takleh ikut sebab dia kena keje .. kuang, kuang,kuang ...
Okeylah. Aku nak gi membuta sebab mata dah memberat sesangat. Esok, kalau ada kesempatan, aku update la blogku ini yee ... Selamat Malam semua!!! ZZZZZZzzzzzz
Thursday, January 26, 2012
Khamis Kurang Kata : Zaman Dulu2 vs Zaman Sekarang
Wednesday, January 25, 2012
Jar Of Heart
No I can’t take one more step towards you
Penyanyi Asal : Christina Perri |
Penyanyi Cover Version : Sam Tsui |
I ♥ You Like A ♥ Song : Versi Romantic
Tuesday, January 24, 2012
My Cutie Pie .... Owwaaaahhhhhh ...
♥ ♥ ♥ |
Ni je la gambo yang aku dapat setakat nih. Nama taktau lagi ... Nanti dah dapat bebanyak aku publish tanpa henti yek !! Huhuhu ...
Nek Siti ngan Tok Tamrim Dapat Cucu Sulung !!! Yeaaayyy
Agak-agak ada tak comey camni ... ? |
... Atau camni? ... |
.... Ataupun camni ... ? |
... Ke camni .. Ahaksss |
Dalam pada aku gembira menyambut anak sedara pertama, tak dapat tidak, ada suara sedu sedan halus di hati kecil aku ini. Dugaan Tuhan benar-benar mencabar rasa.
Hampir pat taun menyemai kasih, cahayamata yang dinanti masih tak kunjung tiba. Takpela. Aku akan pujuk hati supaya jangan berhenti bersabar, berusaha dan berdoa.
Kalau Nabi Ibrahim A.S boleh dikurniakan anak tatkala usia sudah benar-benar senja, tak ada apa yang mustahil kan... ?? Sesungguhnya segala-galanya adalah ketentuan ALLAH S.W.T.
-.-"
Apapun, tak sabar rasanya nak balik kampung hari Jumaat ni. Wahai anak sedara yang belum ku tahu namanya, nantikan kepulangan Mak Long dan Pak Longmu ini !!!!!!! Yippppppiiiiiiyyyyyyyy !!!!
Lepas Wikipidia, ShoutMix Berbayar la Pulok ...
Hari ni masa aku dok membelek-belek semua gadjet yang aku ada, bila buka bahagian ShoutMix tetiba je ternampak menda alah ni haaa :
Apakah?? So, tanpa membuang masa, aku pun klik la kat tulisan "Read the announcement .." tuh ... Maka keluarlah kata-kata ucapan sebegini (Nak tau lebih lanjut, klik je kat gambo tuh) :
Aduyaaaiiii ... Semua pun berbayar kan sekarang nih ... Huhuhu ... Nanti takut sok-sok, FB, Twitter, Yahoo atau Google tu pun semuanya berbayar. Betullah bahawa di akhir zaman ini, akan tiba masanya DUIT/WANG akan menjadi lebih penting dari segala-galanya ... Subhanallah ... Semoga kita dilindungi dari kesesatan ini. Semoga kita takkan bertuankan DUIT dan WANG sepenuhnya ... ALLAHUAKBAR ....
Monday, January 23, 2012
Never Say Never
Cinta Rasulullah S.A.W Pada Umatnya
Hari ini, melalui satu pautan dalam FB, aku berkesempatan membaca satu artikel yang telah membuat aku mengalirkan air mata. Disini aku kongsikan serba sedikit petikan ceritanya :
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Siapa yang mampu menyayangi kita lebih daripada Allah S.W.T dan juga Rasulullah S.A.W. Jadi, jika kita begitu cintakan dunia yang serba sementara ini, marilah kita sama-sama memperbetulkan niat dan tujuan utama kita di atas bumi Allah yang serba sementara ini. Allahuakbar !! Subhanallah !!!!
Sunday, January 22, 2012
Entri Sesaje
恭喜发财 (GONG XI FA CAI)
Friday, January 20, 2012
Pakcik Kayo !!!
Thursday, January 19, 2012
Entri Khamis Yang Kurang Kata
Wednesday, January 18, 2012
Rabu Tanpa Kata : So Cute !!!
Rabu Tanpa Kata : Macam Ni Pun Ada Ka?
Autisme : Different NOT Less
Malam tadi aku berpeluang menonton cerita Temple Grandin di siaran astro 411. Bukan nak mengagung-agungkan omputih, tapi sekadar untuk perkongsian bersama.
Temple yang tidak selesa apabila disentuh, akan mudah naik angin sekiranya dia dikasari atau diusik yang melibatkan sentuhan.
Bila aku tengok kat info siaran, aku terbaca yang filem ini adalah berdasarkan kisah benar. Lalu aku terus meng'google'kannya. Rupa-rupanya, wanita ini benar-benar mengkagumkan. Dia merupakan seseorang yang sangat bijak.
Dia mampu memahami apa jua permasalahan dan pembelajaran. Asalkan ianya dapat divisualkan. Maknanya, sekiranya dia dapat menggambarkan sesuatu benda itu dengan mindanya, dia dapat mereka sesuatu dengan bijak.
Temple Grandin 2011 (Dilahirkan pada August 29, 1947 (Umur 64)) |