Cuti lama-lama ni kalau dok rumah je memang leh mendatangkan kebosanan yang melampau. Ahaksss ..
So, hari ni kami telah mengambil keputusan untuk ke Ikano. Saje jalan-jalan 'cuci' mata yang takdelah berapa nak kotor ni. Hehehe ..
Pukul 11.30 kami telah berjaya sampai ke destinasi. Sib baik la kami datang awak skit. Kalau tak, mau habis minyak keta sebab cari parking.
Tempat pertama aku pergi adalah kedai buku Popular.
Aku ni sebenarnya suka sangat membaca. Setelah dekat 1 jam meronda-ronda dalam kedai buku tuh, akhirnya, aku berjaya jugak membeli 2 buah buku seperti di bawah ni (gambo pinjam Google ^^)
Gambo terpaksa pinjam Google sebab telefon berkamera aku rosak. So, sekarang ni aku guna tepon zaman Tok Kaduk la. Takpela. Asalakan leh terima panggilan, boleh buat panggilan dan boleh digunakan untuk bersms .. Hehe
Lepas pergi kedai buku, kami ronda-ronda lagi ikut suka. Jam 2 lepas makan barulah jumpa jalan balik. Thehehe ..
Ok. Itu aktiviti aku hari ni. Esok dah start keja. Aduyaaiii .. Malehnya nak iron baju.
2 comments:
selamat pergi kerja.. =)
salam aida - selamat membaca dan enjoy ur day!
Post a Comment