Ishkk .. Napa cam bes je hidup dia ek. Ada suami yang sayang kat dia sesangat. Ada anak-anak yang comel-comel belaka yang mengeratkan lagi hubungan dia dengan suami. Hidup dikelilingi kemewahan yang melimpah ruah dan punya kerjaya yang sangat-sangat berjaya. Bestnye lah hidup dia.
Korang pernah tak terfikir macam ayat aku kat atas nun? Pernah jumpa dengan orang yang sesempurna itu hidupnya? Mungkin ada kan. Kesempurnaan yang diidamkan oleh setiap Hamba Allah yang hidup di bumi ini.
Tapi, tahukah anda bahawa ketaksempurnaan yang kita miliki merupakan satu rahmat dari Allah yang tak ternilai. Kenapa? Kerana dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki ini, kita akan lebih dekat dengan Maha Pencipta. Kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Sempena menjalani tahun baru ini, aku berdoa kepada Allah semoga Dia memberi aku kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dan dugaan yang mendatang. Semoga aku lebih redha dengan sebaik-baik redha dan sabar dengan sebaik-baik sabar. Amin.
3 comments:
yee... saya setuju..=)
everything happens for reasons..
errr...entry motivasi yg sangat terkesan =)
assalamualaikum...
semoga apa yang telah kita miliki ini membuatkan kita semakin bersyukur atas kurniaan yang Allah SWT berikan...
Post a Comment