بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari Jumaat yang lepas, aku ada tertengok rancangan Ehwal Islam yang tajuknya kalau tak silap aku "2 Umar". Rancangan yang dirakamkan sempena Hari Polis pada bulan Julai tahun lepas ini di hadiri oleh 2 panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dan Ustaz Farid Ravi Abdullah.
Secara asasnya, forum ini sebenarnya nak membincangkan tentang cara kita menjalankan tanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan pada kita. Ia juga mengupas bagaimana kita hendak menjadi seseorang yang betul-betul amanah dalam melaksanakan apa jua yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.
Oleh kerana forum ini diadakan di hadapan anggota-anggota polis, maka pusat perbincangannya memang berkenaan tugas dan tanggungjawab polis lah kan.
Beberapa lontaran pendapat dari Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail benar-benar mencuit hati aku .. Antaranya (lebih kurang cenggini la bunyinnya) :
- Sebagai anggota polis, kita kenalah amanah dalam melaksanakan tugas kita. Janganlah pulak nak amik "duit kopi". Kalau sehari, duit kopi, kalau dah sebulan, duit apalah tu kan ... (ayat ini dilontarkan dalam nada bergurau)
- Kita buat kerja, janganlah selalu nak mengharapkan pengiktirafan. Maaflah kalau saya cakap ye. Kita ni kadang-kadang bila buat kerja, kalau nama takde dalam senarai aturcara majlis tu, mula la tak puas hati. Bila ditanya-tanya, kerja apa yang kita buat, jawabnya kukur kelapa jee .. Alahai. Kalau semua nak masuk dalam buku aturcara tu, susahlah kan ... (ini pun dia cakap dalam nada bergurau)
- Bila di Akhirat nanti, kita akan ditanya oleh ALLAH. Bagaimana kita melaksanakan tugas yang diamahkan untuk kita? Adakah kita benar-benar telah memanfaatkan segala pengetahuan yang kita ada untuk kepentingan umat? Apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita? ... (dan banyak lagi ..)
Itulah antara huraian-huraian Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail yang sempat aku ingat dan ingin aku kongsikan dengan kalian semua.
Jadi kawan-kawan, bila kita melaksanakan tugas yang telah diamanahkan pada kita, marilah sama-sama kita melaksanakannya dengan sesempurna mungkin. Nak buat Bos betul-betul puas hati memang susah lah kan. Sebab manusia ni fitrahnya memang tak pernah puas. Tapi, sekurang-kurangnya, kita takdelah sibuk asyik menuding jari mencari kesalahan orang lain kerana yang perlu kita perbaiki adalah diri kita sendiri dulu.
P/S : Janganlah kita sering mencari kesilapan orang lain kerana sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.
W'salam ..
Adioss ...
2 comments:
yeah.. nice entry.
kita kena amanah dengan diri sendiri. =)
salam aida - Tepat sama sekali...cari salah sendiri dulu :)
Post a Comment