بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Betapa 'Keramat'nya ucapan I LOVE YOU ni kan. Ada orang yang jadi sasau kerananya. Ada jugak orang yang sanggup buat apa saja kerananya. Aku pun tak terkecuali. Kadangkala jadi nanar kerana cinta. Kerana, aku jugak manusia biasa.
Semenjak dua menjak ni aku selalu terpikir. Kenapa kerana cinta sesama makhluk kita sanggup berkorban apa saja? Kenapa cinta pada Allah dan Rasul kita tak sanggup nak meluangkan masa sekejap pun untuk menunaikan suruhanNYA?
Adakah sebab kita hanya cintakan sesuatu yang hanya kita boleh pandang pada mata kasar sahaja? Kita hanya cinta pada sesuatu yang dapat dizahirkan? Cinta kita hanya pada sesuatu yang boleh kita pegang, rasa dan lihat?
Mungkin kita lupa yang cinta Allah pada kita lagi kuat dan utuh.
Cintanya Allah pada kita sehinggakan setiap zarah-zarah dan molekul-molekul udara yang kita hirup setiap hari ini diberikanNYA tanpa meminta apa-apa bayaran selain dari Iman dan Takwa kita padaNYA.
Cintanya Allah pada kita sehinggakan pintu taubatNYA sentiasa terbuka untuk kita walau apa juga bentuk kesilapan dan kesalahan yang telah kita buat selagi hayat dikandung badan.
Cintanya Allah pada kita sehinggakan diberinya kepada kita 1001 cara dan jalan untuk memasuki syurgaNYA yang kekal abadi selamanya.
Cintanya Allah pada kita sehinggakan diturunkannya pada kita para Nabi, Al-Quran, Sunah dan Hadis sebagai pegangan dan panduan hidup kita untuk digunakan dengan sebaik-baiknya di atas muka bumi Allah ini.
Cintanya Allah pada kita sehinggakan segala rezeki yang diturunkanNYA pada kita terlalu melimpah ruah dan tak mengira apa bangsa kita, apa asal keturunan kita dan apa rupa bentuk fizikal kita asalkan kita berusaha tanpa rasa putus asa dan lebih berkat andai ia diiringi doa yang tak pernah putus padaNYA.
Seringkali aku bermuhasabah diri. Tetapi, kadangkala aku tewas. Kadangkala aku jadi lalai dengan kesenangan dan kemewahan dunia yang serba sementara ini. Aku terlalu terfikir-fikir dan terkejar-kejar hal-hal duniawi semata-mata.
Marilah kita saling mengingat dan saling menegur untuk kebaikan bersama. Tegurlah aku dengan penuh kesabaran. Tegurlah aku dengan kasih sayang.Tegurlah aku untuk kebaikan bersama.
Sekian.
Terima Kasih.
W'salam ..
Adioss ...
3 comments:
assalamualaikum
trime kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat ini ..:-)
sama2 lah kita saling tegur menegur...kita semua pun tak sempurna...
yup..setuju sgt..:)
insyaallah..marilah sesama kita mengingati..
Post a Comment