بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Malam tadi aku berpeluang menonton cerita Temple Grandin di siaran astro 411. Bukan nak mengagung-agungkan omputih, tapi sekadar untuk perkongsian bersama.
Secara rigkasnya, file ini mengisahkan seorang gadis Autisme yang bernama Temple Grandin. Dia didiagnosis oleh Doktor sebagai pengidap Autisme ketika umurnya 4 tahun dimana pada usia ini juga dia baru belajar bercakap. Kesungguhan ibunya yang tak pernah percaya tentang kekurangan anaknya, betul-betul mengharukan.
Filem ini membawa kita melihat dunia dari kacamata seorang penghidap Autisme. Bagaimana Temple bersekolah di suasana dimana tak seorang pun yang paham dengan keadaannya. Apa yang mereka tahu, Temple hanyalah seorang gadis pelik dan janggal.
Temple yang tidak selesa apabila disentuh, akan mudah naik angin sekiranya dia dikasari atau diusik yang melibatkan sentuhan.
Bila aku tengok kat info siaran, aku terbaca yang filem ini adalah berdasarkan kisah benar. Lalu aku terus meng'google'kannya. Rupa-rupanya, wanita ini benar-benar mengkagumkan. Dia merupakan seseorang yang sangat bijak.
Dia mampu memahami apa jua permasalahan dan pembelajaran. Asalkan ianya dapat divisualkan. Maknanya, sekiranya dia dapat menggambarkan sesuatu benda itu dengan mindanya, dia dapat mereka sesuatu dengan bijak.
Terlalu banyak untuk diceritakan. Pada korang yang ada siaran 411, bolehlah menontonnya. Sekadar motivasi diri kita sendiri. Memetik kata-kata mak Temple dalam filem ini " She's different, not less".
Untuk mengenali dengan lebih lanjut siapa dia wanita ini, korang bolehlah ke SINI.
|
Temple Grandin 2011 (Dilahirkan pada August 29, 1947 (Umur 64)) |
P/S : Kalau ada sesiapa yang mempunyai anak atau kenalan atau sedara yang menghidap Autisme, tak rugi rasanya kalau nak tengok citer ni.
Adiosss...
1 comment:
cabaran yg beliau hadapi sgt hebat kan...kalau di Malaysia, maybe cemuhan yg dihadapinya huhuhhh
Post a Comment