Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2011

Bahaya Menuntu Ilmu Tanpa Guru

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم


Malam tadi, berakhirnya episod cerita Cinta Elysa.
 

 Sib baik Hepi Ending .. Sukeeeee. Paling suka babak yang dekat nak last masa Aril mengimamkan solat tu. Rasa syahdu je. Uhuk ... 


Ok. Sekarang leh follow citer Tentang Dhia. 

 

 Tapi, rasanya takdela nak follow sangat kot. Sebabnya, aku menyampah sesangat kat mak si Zikir tuh. Nama je Islam. Qada' dan Qadar Tuhan langsung takmo terima. Apa-apa semua nak jumpa bomoh. Macamlah bomoh tu tak boleh mati. Huh !!


Semalam, seorang sahabat aku bercerita mengenai anak seorang kakak ni yang aku namakan sebagi 'X" (memang bukan nama sebenar ^^). Si 'X' ni kalau nak diikutkan, dari kecik memang seorang budak yang sangat cerdik dan tinggi budi pekertinya. Sampai la pada satu ketika, masa 'X' mula menginjak dewasa disaat dia dan teman-temannya mula obses untuk membuat perbandingan antara Injil dan Al-Quran.

Orang kata, kalau ilmu dan iman didada tak sedalam mana, usah buat perkara-perkara yang boleh membuat akidah kita terpesong. Walau sudah dinasihatkan, 'X' masih lagi berdegil untuk meneruskan 'kajiannya' itu tanpa merujuk mana-mana ahli-ahli Agama yang lebih berilmu.

Sebab itu, kita belajar di sekolah tu, ada Guru yang mengajar. Bukannya hanya berlandaskan bacaaan dari buku semata. Kita tak mahu sesat dalam cahaya. Biar ada yang membimbing sewajarnya.

Berbalik pasa kisah 'X' ni, dipendekkan cerita, dia melanjutkan pelajaran di luar negara (tak pasti dimana) dan pada masa yang sama, masih mengkaji Injil dan Al-Quran. Apabila dia balik ke Malaysia, imej si budak baik yang ada pada 'X' tiba-tiba hilang begitu sahaja.

Tak tahu apa sebenarnya yang terjadi, baru-baru ini, ada penghuni blog terserempak dengannya yang sedang menonggak botol arak tanpa sedikit pun rasa bersalah. Subhanallah !!!! Nauzubillah !!!

Pada aku, perlu ada seseorang yang cukup kuat untuk 'menarik' balik 'X' ke pangkal jalan. Dia perlu diselamatkan segera sebelum jiwanya musnah angkara hasutan syaitan durjana.

Aku hanya mampu mendoakan, Allah menunjukkannya jalan yang benar. Semoga dia sempat bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Insyallah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberikan pahala akan empat orang. Pertamanya orang yang bertanya. Keduanya guru yang menjawab. Ketiganya orang yang mendengar jawapan itu. Keempatnya orang yang cinta kepada mereka - Riwayat Abu Nuaim

W'salam

Adiosss...

1 comment:

cik ika said...

amin..insyaallah tebuka pintu hatinya nt..

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu