Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 9, 2011

Sihir Yang Menyesatkan

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

Kepada sesiapa yang menonton cerita Tentang Dhia semalam mesti akan sibuk bercerita mengenainya hari ni kan. Aku, walaupun tak menonton, tau la jugak serba sedikit tentang kisahnya semalam setelah diceritakan oleh teman sekerjaku. 

Perkataan pertama yang muncul dalam kepala otak aku ni lepas habis teman aku bercerita adalah "KEJAM!". Betapa bodoh manusia-manusia yang sanggup berbuat apa sahaja demi melunaskan tuntutan keduniaan mereka. Kejam kerana demi sebuah hajat, mereka sanggup menyekutukan ALLAH !! Nauzubillah !!!!

Sihir @ Ilmu Hitam. Amalan kuno yang masih diamalkan oleh sesetengah manusia yang hidup di zaman moden sekarang. Kadang-kadang aku pelik bila manusia menggunakan sihir dan ilmu hitam ini untuk 'mengenakan' darah daging sendiri demi sebuah kepuasan yang terbit daripada hasutan syaitan laknatullah. Haaaiiisssshhh !!!! KARUT !!!!

Lupakah mereka yang dunia ni hanya sementara ???? Lupakah mereka yang tiada yang lebih berhak ke atas diri kita ni selain dari ALLAH s.w.t ????? Lupakah mereka bahawasanya mati itu bukan pengakhir bagi segala-galanya ???? Kalau YA, terlalu banyak yang mereka lupa rupanya ... =.='

Lebih kurang setahun yang lalu, anak sulung kepada sepupu aku di Johor, meninggal dunia akibat perbuatan sihir seperti ini. Muda lagi budaknya. Baru 17 tahun. Hanya kerana pinangan ditolak, anak sepupu aku itu terpaksa menerima hukuman yang dijatuhkan oleh manusia yang tak percaya pada Qada' dan Qadar Tuhan.

Berbulan-bulan sepupu aku berusaha sehabis daya untuk mengubati anak perempuan tunggalnya itu. Badan yang montok akhirnya tinggal tulang yang hanya diselaputi kulit kusam. Akhirnya, tiba hari dan waktu yang dijanjikan ALLAH, anaknya pergi juga mengadap illahi. Tiada lagi airmata yang mampu ditangiskan kerana dia sudah benar-benar redha dengan pemergian itu. Dia lebih rela anaknya dijumput ALLAH dari melihat dia tersiksa dengan lebih lama.

Semua penyiksaan ini kerana apa??? Hanya untuk sebuah kepuasan yang berlandaskan kata-kata "Kalau aku tak dapat, tak ada sapa boleh dapat !". Alahai manusia ... Lemahnya la kita ni kan. Hmmm .. Syaitan benar-benar mengotakan janjinya untuk menyesatkan kaum Adam sehinggalah Hari Kiamat .. Subhanallah !!!!

Hadits diriwayatkan al-Hakim dengan sanad yang shahih dari Abu Hurairah  bahwa Rasulullah  bersabda:

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun, lalu membenarkan apa yang diucapkannya, maka ia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada  Muhammad.” (HR. al-Hakim).

Cara2 Mengelakkan sihir :

- Amalkan membaca surah ayat qursi selepas solat.



- Membaca surah Al Mulk
- Membaca 3 Qul setiap hari.


Sabda Nabi s.a.w :
Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani)


Dipersembahkan oleh Lirik Lagu Indonesia Terbaru

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
Reff:


Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat


Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana


Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim


Cepat ucap astafighrullahal’adzim

W'salam


Adiosss...

3 comments:

deeya said...

tak tengok pun Tentang Dhia .. hurm ~ sedihnya masih ade lg org yg hatinya hitam gelap macam tu .

apepun semoga arwah tu ditempatkan di kalangan org2 beriman .. Allah pasti lebih sayangkan dia .

Aida Tamrim said...

Deeya : Mudah2han ... Amin. Akak pun jarang2 tgk citer tu .. sedey sgt laa .. tksnggup nak tgk .. hehehe

sahromnasrudin said...

nauzubillahimin zalik...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu