Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 28, 2011

Kuatkah Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Hari ni aku nekad takmo tengok Tentang Dhia. Dan aku betul-betul tak tengok. Yela. Aku tengok pun buat sakit ati je. Nasib baik la Mak Mertua aku tak macam tu. Alhamdulillah.


Kalau aku diduga macam si Dhia tu, taktaulah aku leh tanggung ke tak. Betullah janji Allah. DIA takkan menguji HambaNYA melainkan dengan ujian yang mampu ditanggung oleh HambaNYA sahaja. Hmmm ...


Apabila kita melihat kesusahan hidup orang lain, janganlah kita mengatanya. Jadikanlah ia penguat semangat kita dan membuat kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki.


Hidup ini umpama roda. Hari ni kita berada di punjak kejayaan tertinggi dan mungkin esok lusa kita akan jatuh terduduk tinggal sehelai sepinggang tanpa sesiapa disisi. Subhanallah .. Takdir ALLAH ini adalah sesuatu yang misteri.


Bahagianya kita, atau sengsaranya kita, bukan terletak pada kejayaan-kejayaan yang kita raih atau limpahan kemewahan yang berjaya kita kumpul. Segala-galanya terletak pada HATI. Kalau hati kita tenang dan redha, segala yang mendatang pasti dapat kita hadapi dan tangani dengan baik.


Berlapang dadalah pada dugaan yang mendatang
Kerana ianya akan menjadikan kita lebih matang ...
Terimalah takdir dan ketentuan takdir dengan senyuman
Kerana itu akan menjadikan hidup kita lebih aman ...


Hidup tak selalu menjadi seperti yang kita inginkan,
Kerana perancangan Tuhan itu lebih banyak kebaikan ..
Jadi, jangan pernah lupa mengingatiNYA,
Dalam setiap doa dan hembusan nyawa ...




Siapa yang tak mahu bahagia kan? Dan, tak ada siapa yang nak sentiasa diselubungi kedukaan. Tapi, manusia yang sentiasa diduga hidupnya, ternyata lebih tabah dan 'kuat' dalam menghadapi kehidupan ini berbanding dengan mereka yang sentiasa hidup bahagia kan ...


Kadangkala bila dugaan datang melanda dan hati aku terasa rapuh, aku akan pejamkan mata dan cuba membayangkan kehidupanku di zaman kanak-kanak dimana masalah terbesar aku ketika itu adalah MASA. Ya. Masa yang tak pernah cukup untuk aku bermain dan terus bermain bersama rakan-rakanku ... Hmmmm ... ~.~




ISShhh .. Apa dah aku melalut ni. Inilah akibatnya bila makan banyak sangat ubat. Konon nak cepat baik, tapi tup-tup jadi lalok .. Ahaksss .. Okla .. Aku chow dulu. Nak sambung tengok TV. Hehe .. 


Gud Nite to ALL My Frenzzzz !!!


W'salam ..

Adioss ...

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu