2011 bakal melabuhkan tirainya lagi beberapa jam lagi dari sekarang. Ramai ke yang ada plan nak menyambut ketibaan 2012 malam ni? Perlu ke disambut? Heh .. Terpulang pada pendapat masing-masing. Asalkan jangan pulak tahun baru ni disambut dengan botol-botol arak, judi dan perempuan-perempuan yang seksi dan seksa yee ..
Pada aku, menyambut ke tak, sama je. Yang penting, dalam melangkah ke tahun baru masihi ni, aku berdoa semoga kehidupan aku sekeluarga akan terus dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa hendaknya. Amin. Mudah-mudahan.
Tahun yang baru akan sentiasa berlalu selagi dunia ada lagi hayatnya. Betambahnya jumlah tahun, bermakna umur kita juga akan bertambah. Agak-agaknya, kita dah capai belum apa yang kita hajatkan?? Dah puaskah kita dengan kehidupan kita sekarang?? Sudah bersediakah kita untuk menghadapi cabaran-cabaran dan dugaan-dugaan baru dalam hidup???
Walau apa pun jawapan kalian, doa aku hanyalah yang baik-baik sahaja adanya mengiringi sahabat-sahabatku semuanya. Insyallah, kita akan jumpa lagi dientri lain. Mungkin dalam tahun ni atau kalau tak pun, tahun depan ...
1 comment:
kt ganu nie x sambut, esok ader final exam lg....
Post a Comment