Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 2, 2011

Cerita Tentang KEMAAFAN

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

Salam Jumaat penuh keberkatan wahai sahabat-sahabatku semua. Semoga kita dalam limpahan rahmat dan hidayah NYA sentiasa.

Hari ni aku nak cerita tentang KEMAAFAN.



Kata-kata MAAF memang agak subjektif. Terpulang pada penilaian individu masing-masing. Ada orang, yang mudah marah dan mudah juga untuk memaafkan dan melupakan. Ada pulak orang yang susah nak marah dan susah sangat nak memaafkan dan melupakan. Ada jugak yang susah marah tapi senang je nak memaafkan dan melupakan.

Di entri aku ini, aku tuliskan erti KEMAAFAN dari sudut pandangan peribadi aku sendiri.

Bagi aku, memaafkan adalah beerti kita benar-benar redha dengan apa yang telah berlaku dan dapat meneruskan hidup tanpa dibayangi dengan kesalahan-kesalahan yang telah dibuat oleh orang lain kepada kita. Bak kata omputih, FORGIVE and FORGET.

 



Adakah aku seorang yang pemaaf? Jawapannya ... Mungkin. Tapi adakalanya, aku memaafkan atas dasar tak mahu berdendam. Lagipun, bak kata lagu Aishah, KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH. Betul la tu. Dengan memaafkan, kita mengajar diri kita untuk lebih redha dan pasrah. 

 


Bila kita redha, hati kita akan jadi lapang dan tenang. Apa yang paling utama, kta percaya bahawa setiap apa yang direncanakan oleh ALLAH untuk kita adalah yang TERBAIK meskipun ada masanya kita rasa ianya benar-benar menyiksakan. Percayalah, apa yang kita suka, belum tentu baik untuk kita dan apa yang kita benci mungkin adalah yang terbaik untuk kita ^^


Petikan surah Al Baqarah ayat : 237 :
Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalal) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

Bila aku dibayangi keluh kesah dan rasa ingin meratapi apa saja dugaan dan ujian dari NYA, aku suka menyalurkannya dalam bentuk entri-entri sebegini yang secara tak langsung merupakan terapi untuk diri aku sendiri. Percayalah, bukan aku ingin berlagak baik atau suci, tapi sebenarnya aku adalah insan yang penuh dengan noda dan dosa yang hanya dapat dibersihkan dengan pengampunan yang abadi dari ALLAH S.A.W.




Aku tahu dan faham kadangkala ada ketikanya kita rasa macam susahnya nak memaafkan seseorang itu kerana kita rasa kesalahan mereka itu takkan mampu dipadamkan hanya dengan kata-kata MAAF. Kita rasa, kita berhak dapat lebih dari hanya perkataan MAAF. Kita perlukan mereka membuktikan kata-kata mereka itu dengan perbuatan yang dapat membuatkan kita rasa segala kesakitan dan kesengsaraan yang disebabkan oleh mereka selama ini terbalas.

Kita juga akan lebih sakit hati andainya orang yang berbuat salah dengan kita itu hidup lebih bahagia dan gembira berbanding kita. Kita akan mula mempersoalkan takdir ALLAH dan rasa kehidupan berlaku tidak adil pada kita. Di saat ini, syaitan akan semankin ghairah menanamkan 1001 jenis pemikiran yang negatif dalam diri kita dan andaikata tidak dibendung, boleh menyebabkan kekufuran dan kemungkaran yang amat dahsyat. Nauzubillah !!!!

Jadi, bila ianya terjadi begitu, apa agaknya situasi diri kita saat itu. Dengan rasa dendam membara, marah menyala dan menyalahkan segala yang terjadi, kita akan jadi lebih berdosa dan bersalah dariada orang yang pada awalnya berbuat salah dengan kita. Semua ini hanya kerana harga KEMAAFAN kita yang terlalu tinggi berbanding dengan KASIH SAYANG dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang redha dan sabar. Jadi berbaloikah semua itu ... ??

Seperti yang aku katakan tadi, aku pun bukanlah jenis yang mudah memaafkan sangat pun. Tapi, bila kata-kata di atas tu, aku luahkan pada diri sendiri, aku akan jadi lebih tenang (walau bukan dalam sekelip mata laa). Aku percaya, setiap manusia itu tidak sempurna. Dan kerana ketidaksempurnaan itulah aku belajar untuk lebih MEMAAFKAN. Lagipun, aku fikir, andaikata aku berbuat salah dan aku tersedar dan telah insaf dari kesilapan aku itu, aku juga berharap aku dapat dimaafkan dengan seikhlasnya oleh orang yang aku zalimi itu. Mudah-mudahan ..Insyallah ... Amiiiinnnn ..







P/S : Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada kamu" (Riwayat Ibn Majab) SUMBER : SINI


W'salam

Adiosss...

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu