بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Ok. Tentang Dhia dah abis. Lepas ni takmo dah tengok citer kol 7.00PM. Waktu maghrib tuuuu .. Dah la waktu maghrib ni waktu solat yang paling singkat. Lagi nak delay-delaykan plak kan. Setelah menjelajah beberapa blog dan seolah-olah terpukul dengan kenyataan-kenyataan mereka tentang lebihkan Tv dari tunaikan Rukun Islam yang kedua ni, aku tetiba je tersentap.
Ok. Lepas ni, kol 7 je, terus buka Astro Oasis - Indahnya Iman dan masuk waktu terus solat dan kena rajinkan diri baca Al-Quran. Tak banyak, sikit pun jadilah daripada takde langsung kan.Betul ni. Aku memang nak buat. Insyallah. Mudah-mudahan dapat meluputkan dosa-dosa aku yang terlalu banyak selama ini .. ~.~
" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa’: 103)
W'salam ..
Adiosss...
2 comments:
salam...dulu masa sis duk malaysia mmg selalu terjebak ngan drama pkl 7..mmg rasa parah la sbb solat jam 8 mlm..ishh dosa nyer bila pk2 skrg..best ye citer tu?sis tgk ramai kwn fb tgk citer tu
baguslah.. berubah untuk kebaikan kan,akak~
Post a Comment