بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Akhirnya ... Setelah dirancang-rancang dan dapat gaji je semalam, aku gigih membeli segala jenis bahan-bahannya, malam tadi, Alhamdulillah, dapat jugak aku memulakan agenda buat biskut raya. Hasil dari resepi yang aku amik dari blog CMG, dapatlah jugak aku bermukadimah biskut raya ... Tak dapat pun satu balang. Tapi bolehla. Nak panaskan enjin dulu. Try test camne kan.
Aku adun guna sudip kayu je okeh. Takde guna mixer punya. Bukan takmo guna, tapi takde .. Huhuhu ... Guna la apa yang ada. Alhamdulillah. Masih punya dua belah tangan pemberian Allah ini. Dah lama tak buat biskut raya, rasa seronok plak. Ni tak penuh satu balang pun, dekat kol 11 baru siap nih. Kalau berbalang-balang, mau aku tak tido sampai sahur. Thehehehe ...
Kat sini, aku kongsikan beberapa gambo yang sempat lagi aku snap dalam keadaan berselerak tuh. Sila-silalah jamu mata anda yeee ... ^___^
Haa ... Kat atas tu versi aku, yang kat bawah ni pulak versi Tuan punya blog yang aku pinjam resepinya ...
Comey je kan ... Hmmm ... Takpela. Sok-sok aku akan cuba lagi. Almaklumlaa ... Inilah percubaan pertama aku setelah sekian lama asyik dok buat kuih tunjuk jeee ... Ahaksss ... Selamat buat kuih raya semua !!! ^^