Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

Rabu Yang Kurang Kata : Is it TRUE ??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Loud Smiley


W'salam ..

Adioss .

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari ini agak kelam kabut sebab tadi aku terjaga dari tidur pukul 0700 pagi, walhal aku masuk kerja pukul 0730 pagi !!!!! Aduyaaaiii .. Dahla jalan jem kalau keluar lambat .. aparaaaa ... Ni semua sebab tido lewat malam tadi. Dek kerana leka men game, sedar-sedar jam dah pukul 0200 pagi .. huhuhuu ...

Ok. Sebelum menyesakkan kepala aku dengan kerja-kerja yang dah memanggil-manggil aku tu, aku sempat la ber'BW' ke blog-blog kengkawan seadanya. Hehehe ... Yelah, nanti dah mula wat kerja, memang tak sempat la jawabnya nak berfoya-foya membaca entri-entri yang ada .. ^^

Dalam pada ber'BW' ke blog-blog yang berkenaan, sempat gak melihat segala macam berita-berita online yang hangat .. Macam-macam cerita adaaaa .. Dan yang aku nak kongsikan adalah berita dibawah ini ... Selamat menbaca !!!

KOTA BHARU - Angkara nafsu tidak bertempat, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita Indonesia sebagai hamba memuaskan nafsu seksnya.

Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.

Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.

Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen kerana dia tiada pas perjalanan. Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.

Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini.

Sumber : KOSMO Online

Kata Aku :  Jauhkanlah dari keturunan aku 'penyakit' sebegini Ya Allah !!


P/S : Tahniah buat Mawi dan Ekin yang telah selamat dikurniakan bayi perempuan seberat 2.8kg semalam pagi !!! ^^


W'salam ..

Adioss .

Tuesday, February 28, 2012

Nevesnyeee .. Ngeeee o_O"

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Jap lagi nak meeting ngan client .. Aduyaaaiiii .. Mintak-mintaklah segala-galanya berjalan dengan lancar .. Amin ... Dan mudah-mudahan, takdelah client tu nak tanya soalan-soalan cepu emas yang tak mampu aku nak jawab .. Ngeeee .. *Got butterflies in my stomach*


W'salam ..

Adioss .

Monday, February 27, 2012

Kisah "... Dalam Botol" =.='

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Terbaca entri En.Ben mengenai seseorang yang bukan Muslim bertanya padanya tentang bagaimana kalau anak dia GAY membuatkan aku teringatkan cerita "... Dalam Botol" yang aku tonton di siaran Astro Citra malam tadi membuatkan aku gerun sendiri. Nauzubillah !!! Jauhkanlah dugaan sedemikian dari keturunan aku. Hissshhh ...

Selama ini dok baca sinopsis je. Malam tadi, baru berpeluang menontonnya. Terganggu sedikit emosi aku. Pelikkan kita yang bernama MANUSIA ni. Bila tengah bahagia, langsung tak ingatkan Tuhan. Tapi, bila tengah dilanda derita, mulalah menyalahkan takdir .. Hmmphhhh ...

Bagi aku, bila kita berbincang mengenai isu-isu sebegini, ini bukan semata-mata kerana NALURI, HATI dan PERASAAN. Ini juga melibatkan tentang AGAMA, AKAL dan FIKIRAN yang waras. Kita yang beragama ISLAM harus lebih tau bahawasanya setiap perkara yang membawa kesesatan itu memang sangat mengiurkan.

Nak tau kenapa? Kerana ditambah dengan pujuk dan rayu si syaitan DURJANA yang telah bersumpah untuk menyesatkan umat manusia sehinggan ke hari kiamat. SUBHANALLAH !!!

Aku bukannya alim ulamak kerana aku juga kerap melakukan dosa. Bahkan dosa-dosa yang sedia ada pun belum tentu aku sempat bertaubat. Tapi, ini sekadar peringatan untuk kita bersama. Bukankah Allah telah mengatakan yang bahawasanya sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat. Taubat dengan sebenar-benar taubat. Insyallah hidup akan selamat dunia dan akhirat.

P/S : Kadang-kadang terpikir .. Kenapa isu POLIGAMI lebih diperkatakan lebih daripada isu GAY dan LESBIAN seperti ini .. Hmmm .. Mungkin silap sesetengah manusia itu sendiri yang menyebabkan sesuatu yang halal dalam Islam itu menjadi sesuatu yang sangat ditakuti oleh seseorang yang bernama WANITA ^^


W'salam ..

Adioss .

 

Isnin Kurang Kata : Yusry & Lisa Lagiiiiiii ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Malas nak tulis banyak-banyak. Just nak tepek gambo-gambo ni jee ...








Nota KaKi : Yusry ngan Lisa laaagiiiii .. Sila jangan boring yee .. ^^

W'salam ..

Adioss .

Sunday, February 26, 2012

LOVE is much better than HATE ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Note : Nak tengok besar sikit, klik je kat gambo yee ^^
W'salam ..

Adioss .

Saturday, February 25, 2012

Apa Yang Aku Rasa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Aku tak betah melihat yang di atas,
Bukan kerana aku rasa rimas,
Tapi kerana aku rasa tak bebas,
Sentiasa rasa rendah diri dan lemas.

Aku tak betah melihat kejayaan orang,
Bukan kerana ada rasa dengki yang bersarang,
Tapi kerana aku akan cepat jadi berang,
Pada diri sendiri yang ada banyak benda yang kurang.

Ini cara aku memotivasikan diri sendiri,
Melihat dunia dari bawah kaki,
Supaya hidup aku ini sentiasa sedar diri,
Bukan hanya mendongak ke langit berhidung tinggi.

Maaf andai kalian tak boleh menerima,
Cara aku memujuk hati tika dalam dilema,
Suka melihat segala sisi buruk pada manusia,
Supaya segala kekurangan diri dapat kuterima seadanya.

Aku nak jadi Transformers ^^
  
W'salam ..

Adioss .


Friday, February 24, 2012

Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Rasanya majoriti intipati cerita untuk seantero blog dalam Malaysia untuk hari ini adalah berkisarkan cerita pernikahan Yusry Abd Halim dan juga Lisa Surihani. Aku, pagi-pagi tadi lagi dah wat dah. Tepek gambo kawin depa yang aku pinjam dari Google je pun. Ahaks.

Ok. Tu pasal berita hiburan. Ni kita citer skit pasal Forum Perdana Ehwal Islam malam tadi. Tajuknya adalah " Tau Buat Atau Taubat ". Dipengerusikan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah dan panelnya adalah Dato' Dr. Fadhilah Kamsah dan Ustaz Badli Shah. Best. Menghiburkan dan berinfomasi.

Salah satu ulasan yang aku nak kongsikan adalah mengenai kisah seorang budak perempuan yang datang berjumpa dengan Abu Hurairah r.a untuk meminta nasihat. Budak perempuan ini mengaku telah melakukan beberapa jenis dosa besar. Antaranya, berzina, mengandung anak luar nikah dan membunuh bayinya yang baru lahir. Dia bertanyakan apa yang patut dibuatnnya kerana dia telah benar-benar menyesali perbuatannya.

Abu Hurairah memandang budak perempuan itu sambil mengeleng2kan kepalanya. Jawab Abu Hurairah (lebih kurang camni le) " Apa yang kamu buat ini terlalu dasat dan sangat teruk. Semua jenis kejahatan telah kamu lakukan. Daripada berzina sampai mengandung dan membunuh bayi kamu sendiri. Kesalahan kamu ini amat susah untuk diampunkan ". Setelah mendengar kata-kata tersebut, budak perempuan itu terus pengsan.

Dalam keadaan yang panik, Abu Hurairah pergi menemui Rasululllah S.A.W untuk meminta pendapat. Setelah menceritakan segala-galanya, Nabi S.A.W terdiam sambil memandang tajam kearah abu Hurairah dan mengatakan apa yang teruk dan dasat, bukan budak perempuan itu, tetapi Abu Hurairah. Nabi S.A.W memberitahu bahawa Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Lagi-lagi kepada Hambanya yang bertaubat. Lebih kurang begitulah Nabi menjawab.

Mendengar jawapan dari Rasulullah S.A.W tersebut, Abu Hurairah kembali mencari budak perempuan terbabit dan menyampaikan apa yang telah diberitahu oleh Baginda. Setelah mendengar perkhabaran tersebut, gadis tersebut sangat terharu dan dek kerana terlalu bersyukur, dia telah mensedekahkan sebidang tanah yang di dalamnya tumbuh subur pokok-pokok kurma yang telah ranum buahnya.

Ok. Daripada cerita ringkas di atas, boleh la kita simpulkan bahawa kita sebagai manusia biasa ni, jangan sesekali nak suka-suka menghukum orang lain yang telah melakukan kesilapan. Selagi dia belum Syirik, segala taubatnya Insyallah akan diterima oleh Allah. Bagi yang telah syirik, jalan taubatnya ada. Cuma, kena lebih tekun daripada biasa.

Salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kecik yang terpalit pada kita adalah dengan banyakkan beristighfar. Ingat ! Ini merupakan ayat yang paling dibenci Syaitan. Jadi kawan-kawan, marilah kita rajinkan mulut dan hati kita supaya BERISTIGHFAR ...



W'salam ..

Adioss ...

Lisa ♥ Yusry

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم






Tahniah YUSRY & LISA !!! Semoga kekal keakhir hayat .. Aminnn ....

Rose Smiley

W'salam ..

Adioss ...

 

Thursday, February 23, 2012

Vanilla Coklat & Bicara Hati Yang Buat Aku TENSEN

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Tengah buat kerja ni leh pulak teringat citer Vanilla Coklat ari Selasa malam Rabu yang lepas. Satu perasaan yang aku rasa adalah "BENCINYAAAAAAA" dan "MENYAMPAHNYAAAAAA". Kat sapa lagi kalau bukan kat watak Liyana tuh. Huh !! Dasar b***** sengal !!! Sanggup dia memfitnah orang sebegitu rupa semata-mata sebab keinginan dia untuk memiliki Amir tak kesampaian. Cisss !!!



Ok. Tu citer Vanilla Coklat. Ni citer Bicara Hati plak. Yang ni aku geram ngan si Zahlia tuh. Dek kerana bimbang kalau keluarga mertua dia tahu yang dia anak luar nikah, dia sanggup buat suaminya risau. Dah la tak balik rumah. Tak bagitau pulak tu dia kat mana. Mendatangkan fitnah je. Padahal dia dah tau yang laki dia tu memang betul-betul cintakan dia. Hmmmphhh ...

Tu baru pasal Zahlia. Belum lagi masuk bab pasal watak yang Marsha lakonkan. Ntah apa nama wataknya ntah. Linda kot. Ntahla.Ni pun gedik semacam. Dah orang tak suka, masih terhegeh-hegeh lagi dan sedaya upaya nak pisahkan Zahlia ngan Tengku Syahran. Walaupun aku pernah baca novel Bicara Hati ni, aku masih gak emo bila tengok ceritanya. Hmmphh ..


Mungkin kerana aku dah sedia tensen dengan kerja-kerja kat pejabat, jadinya, bila tengok drama-drama kat TV ni, aku jadi TERLEBIH emosi la pulak. Mau naik darah tinggi aku nih ... Huhuhuuu .. Saboooo jelaaaaa ...

Tu jela nak ceritanya. Sekian dulu la ye. Jumpa lagi di omelan aku yang lain .. Bila aku ada idea dan ada kerajinan .. =P

W'salam ..

Adioss ...
 

Uji Minda Anda ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

7H15 M3554G3 53RV35 7O PR0V3 H0W 0UR M1ND5 C4N D0 4M4Z1NG 7H1NG5! 1MPR3551V3 7H1NG5! 1N 7H3 B3G1NN1NG 17 WA5 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 LIN3 Y0UR M1ND 1S R34D1NG 17 4U70M471C4LLY W17H0U7 3V3N 7H1NK1NG 4B0U7 17, B3 PROUD! 0NLY C3R741N P30PL3 C4N R3AD 7H15.

Amacam? Leh baca tak? Hehehhe

W'salam ..

Adioss ...

Wednesday, February 22, 2012

Perangai Manusia .. Macam-macam adaaaaa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Ok. Dah tak berapa stress. Boleh citer pasal menda lain plak.

Dalam dunia ni ada banyak jenis manusia. Jenis yang aku maksudkan ni adalah dari segi perangai dan kelakuan bukan dari bentuk fizikalnya ye. Ada yang rupa punyalah cantik, tapi perangai .. Humangaaaaiiiii ... punyalah buruk. Ada jugak yang muka cantik, perangai pun cantik .. Tapi, tak ramai laaa .. Thehehehe ...

Ada tu, muka tak berapa nak cun laa .. Tapi, baiknya tu, sampaikan orang buat jahat kat dia pun, dia dengan mudah boleh memaafkan dan melupakan. Ada jugak yang muka tak cun, perangai pun tak berapa nak lawa. Lumrah la. Mana ada manusia yang sempurna kan. (Ayat klise .. Heh).

Aku bukannya nak mengata sesiapa. Cuma setakat omelan aku je. Selama lebih suku abad aku hidup kat bumi Allah ni, orang yang betul-betul baik dan ikhlas dengan aku memang tak berapa nak ramai. Mungkin sebab aku pun tak berapa nak baik kot .. Heh ..

Aku cuma nak mengucapkan syukur pada Allah, walaupun sahabat-sahabat baik yang aku ada sekarang ni tak berapa nak ramai, tapi aku bertuah sebab mereka memang benar-benar sahabat sejati. Mereka sentiasa ada untuk aku dikala susah dan senang, hujan dan panas. Mudah-mudahan bertahan bukan hanya di dunia, tapi di akhirat jugak. Amin.

TERIMA KASIH Sela, Pekjah, Eila, Mas, Shadut, Tinie dan beberapa lagi sahabat yang sentiasa dekat di hati aku selalu. Hanya doa yang terbaik mampu aku berikan untuk kalian semua. LOVE uolssss !!!

P/S :  Aku juga bersyukur kerana dianugerahkan seorang SUAMI yang bukan hanya menjadi KEKASIH, malah juga telah menjadi seorang SAHABAT yang terbaik untuk aku !!! Syukur Alhamdulillah ... ^_^

Hearts

W'salam ..

Adioss ...

Minggu Penuh STRESS & TENSEN

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Minggu ni merupakan minggu yang sangat STRESS untuk aku. Kenapa? Takyah la aku citer secara terperinci. Cukup kalau aku katakan yang aku tak berapa nak enjoy apa yang aku buat sekarang berbanding kerja aku dulu.

Dulu kerja pun stress jugak. Tapi, walaupun stress, aku tau apa yang aku buat. Bila orang tanya, aku boleh jawab dengan konfiden sebab aku memang ada knowledge yang sewajarnya tentang apa yang ditanya.

Sekarang ni, bukan aku takmo belajar, tapi, kalau aku beriya nak belajar pun, belum sempat nak paham sepenuhnya, kontrak dah habis .. Hmmm ... =.=' ... Almaklumlah. Semua projek yang Department aku support sekarang ni, kebanyakkan yang berbentuk aplikasi, semuanya cuma kontrak setahun atau paling lama 3 tahun.

Minggu depan ada meeting lagi. Meeting yang melibatkan aplikasi yang aku tak berapa nak paham. Hmmmmphhhhhh. Bukan nak mengeluh. Tapi, bagi aku bila kita bekerja ni, kalau hati tak senang, jangan kata nak buat yang terbaik la, nak bangun pagi-pagi tu pun dah rasa 'berat' sesangat. Aduyaaaaiiiii ...



Okla. Aku nak sambung buat kerja yang memeningkan kepala nih. Nak buat report pulak untuk projek-projek lain. Aduh. Aida !!!Takmo macam ni !!! Semangat sikit !!! Kena bersyukur sebab ada lagi kerja yang boleh dibuat untuk menampung kehidupan yang serba materialistik nih !!!!!!! (Bagi kata-kata semangat kat diri sendiri ^_~)

W'salam ..

Adioss ...

Tuesday, February 21, 2012

Selasa Yang Kurang Kata : TV LCD

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم




P/S : Gambar semua pinjam kat Google ^^

Nota Kaki : Ni bukan nak menunjuk yee .. Saje je tunjuk salah satu idaman hati .. Thehehee
 

W'salam ..

Adioss ...

Monday, February 20, 2012

Cerita Umat Akhir Zaman

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari tu kan aku ada citer pasal Buku "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab" kan? Malam tadi baru aku habis baca. Tapi, kena gak ulang baca. Takut terforget la pulak nanti. Hehehe ..

Ok. aku nak citer salah satu jawapan kepada salah satu soalan dalam buku itu. Soalannya, ringkas je .. " Harga minyak mahal. Apa pendapat Ustaz?". Dan dijawab oleh UAI dengan jawapan berikut :

" Dalam sebuah hadis direkodkan oleh Ibnu Majah, Nabi Muhammad S.A.W menceritakan yang maksudnya :
Lima bala akan terjadi pada akhir zaman dengan sebab lima perkara :

1) Penyakit yang tiada ubat dengan sebab banyak berlaku zina
2) Susah mencari rezeki, harga barangan naik dan banyak berlaku zalim kerana ramai peniaga yang menipu.
3) Berlaku kemarau kerana ramai yang tidak mengeluarkan zakat.
4) Musuh Islam menguasai umat Islam kerana umat Islam mungkir janji kepada Allah.
5) Berperang sesama sendiri menyebabkan rakyat membiarkan pemeritah meninggalkan hukum Islam "

So, marilah kita sama-sama pikirkan betapa semua kejadian di atas semuanya telah menimpa kita wahai manusia akhir zaman ... =.="

W'salam ..

Adioss ...

CUN Punyer Citer

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Menonton cerita CUN malam tadi, membuatkan aku terkenang Kampung sahabatku di Kedah. Rindu rasanya dengan sawah padi, dengan sejuknya air sungai sebelah rumah Tok Wan dan dengan nyamannya udara pagi yang bebas dari pencemaran.


Perkara pertama yang paling aku ingat adalah peristiwa aku terpijak tahi lembu masa mula-mula aku menjejakkan kaki kat Kampung kawan aku yang terletak di Kupang, Baling, kat Kedah nun. Masa kena tu, memang hangin la satu badan. Tapi, laa ni, bila pikir-pikir balik, lawaklah pulak .. Thehehehee

Ishhhh ... Apa la aku melalut nih. Sebenarnya, aku nak story pasal citer CUN nih. Best ghupernya. Patutlah leh menang banyak award dalam Festival Filem ngan Anugerah Skrin hari tuh. Berbaloi tengok. Tak rugi punyalah aku cakap. Kalau yang ada Astro, leh tengok kat Channel 131. Mesti banyak kali ulangannya. Kalau takde, jangan risau, leh je kalau korang nak download dari internet. Dunia kan dah maju. Hehehee ...


Pelakon pembantu wanita terbaik

Pelakon lelaki terbaik
Lepas tengok citer ni, aku gerenti, majoriti dari korang mesti rasa melonjak-lonjak nak balik kampung. Lagi-lagi kalau Kampung korang tu jenis yang ada sawah padi ngan Kerbau bajak sawah.
 
Kerbau Comel .. Penama ntah .. Kembang kot

Apapun, lepas tengok citer nih, moral of the story yang aku dapat :

1) Kemewahan dan kekayaan tidak akan menjanjikan kebahagiaan.
2) Hidup kadang-kadang kejam, tapi kita kena pandai mempergunakan segara kekejaman itu untuk ditukar kepada sesuatu yang positif untuk diri kita.
3) Asas kepada sesebuah keluarga adalah adanya pengetahuan Agama dan rasa kasih sayang yang ikhlas antara satu sama lain.
4) Kalau dah betul-betul suka sama suka, toksah lah tunggu lama-lama .. nikah je terussss ^^

Ok. Apalagi tunggu, gi la download cepat-cepat !!

P/S : Cinta dan kasih sayang semuanya hak Allah .. Kalau dalam hati ada CINTA, tak perlu salahkan sesiapa. Walau apapun ceritanya, terima saja dengan hati terbuka ..

W'salam ..

Adioss ...

Saturday, February 18, 2012

Doa Bahagia Hingga Keakhirnya ... Amin ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Ok. Dapat some info daripada Mingguan Wanita  yang aku ingin kongsikan dengan korang semua. So, enjoy reading kay !! ^^

6 Panduan Buat Suami Isteri :
 

1. Berupaya Galas Tanggungjawab
Kata Aku : BETUL ! Kerana tanggungjawab sebagai SUAMI dan ISTERI ini tersangatlah besar dan kalau tak dapat dipenuhi, alamatnya, menjawablah dengan Tuhan kat Akhirat kelak. Gulp !

2.Periksa Status Kewangan
Kata Aku : Tak perlu la Jutawan atau Hartawan. Cukup sekadar cukup segala keperluan yang utama (Makan+Pakai+Tempat tinggal). Ini untuk aku lah. Lain padang, lain belalang kaannn ...

3.Matang Membuat Keputusan
Kata Aku : Belajar dari kesilapan. Tak semestinya terus kawin, terus boleh buat keputusan yang matang kan. So, sama-sama belajar untuk menjadi lebih matang.

4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata Aku : WAJIB ! Kalau yang mula-mula kawin tu tak dapat restu, usahakan diiringi dengan doa untuk mendapat restu itu yee ..

5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Kata Aku : SETUJU 200% !! Ini yang paling penting untuk sentiasa kekal aman dan harmoni. Ketepikan segala ego dan baran yang tak bertempat. Insyallah bahagia ..

6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Kata Aku : Nobody is perfect. So, kalau pasangan pernah buat silap dan dia dah mintak maaf, belajar untuk memaafkan dengan ikhlas. Sentiasa berdoa semoga dia tak mengulangi kesilapannya lagi. Bila dah memaafkan, berusaha untuk tidak mengungkit yee .. Theheheee ..

My Beloved Parent
  
W'salam ..

Adioss ....

Friday, February 17, 2012

550 Sudaaa ... *itupun nak kecoh .. ahaksss*

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Akhirnya, capai gak 550 .. Alhamdulillah !!!
Thanks yannie bunny !!

P/S : Sila abaikan jumlah pengunjung tu yee .. Almaklumla .. Blog picisan .. ^_^'

W'salam ..

Adioss ...

Jumaat Kurang Kata : MAN vs WOMEN = SIMPLE vs COMPLICATED ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


 






Sekadar untuk buat kita tersenyum ... Betul atau tidak, meh la kita pikir sama-sama yek ^_______^

W'salam ..

Adioss ...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu