Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts
Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Insan Seni Yang Tiada Pengganti : P Ramlee

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Membalas jejak siGadisBunga , aku tiba-tiba baru tersedar yang hari ini telah genap 39 tahun Allahyarham P.Ramlee pergi meninggalkan kita semua.

Seperti aku, pastinya ramai yang membesar dengan filem-filem beliau. Antara yang paling aku suka adalah trilogi Bujang Lapok dan juga Do Re Mi. Tengoklah berapa kali pun, pasti tidak akan pernah jemu rasanya. Hurrmmm .. Zaman sekarang ni susah nak jumpa karya-karya seperti itu lagi kan ... ?





Kalau diperhatikan, karya-karya beliau sememangnya akan terkesan dihati sesiapa sahaja yang menontonnya. Kalau ceritanya plot humor, pasti tak kering gusi kita dibuatnya. Begitu juga kalau yang bergenre sedih, tak kering airmata la jugak kita dibuatnya. Huhuhu ..

Filem sedih beliau yang sampai sekarang aku tak sanggup nak tengok sepenuhnya adalah Ibu Mertuaku.




Tak tahu kenapa, tapi aku akan jadi terlalu beremosi tatkala menonton babak yang melantunkan dialog "Ahli muzik? Pantang datuk nenek aku ahli muzik !!" @_@ .Heh. Ntah apa-apa je kan aku ni. Namapun CERITA. Napa la nak emo lelebih plak.

Seperti juga Iman, bakat seni adalah sesuatu yang tak dapat nak diwarisi. Tak seorang pun anak beliau yang mampu menjadi sehebat beliau. Marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah buat permata seni yang diberi nama Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh ini. Amin.


W'salam ..

Adioss ...

Friday, February 24, 2012

Lisa ♥ Yusry

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم






Tahniah YUSRY & LISA !!! Semoga kekal keakhir hayat .. Aminnn ....

Rose Smiley

W'salam ..

Adioss ...

 

Thursday, February 23, 2012

Vanilla Coklat & Bicara Hati Yang Buat Aku TENSEN

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Tengah buat kerja ni leh pulak teringat citer Vanilla Coklat ari Selasa malam Rabu yang lepas. Satu perasaan yang aku rasa adalah "BENCINYAAAAAAA" dan "MENYAMPAHNYAAAAAA". Kat sapa lagi kalau bukan kat watak Liyana tuh. Huh !! Dasar b***** sengal !!! Sanggup dia memfitnah orang sebegitu rupa semata-mata sebab keinginan dia untuk memiliki Amir tak kesampaian. Cisss !!!



Ok. Tu citer Vanilla Coklat. Ni citer Bicara Hati plak. Yang ni aku geram ngan si Zahlia tuh. Dek kerana bimbang kalau keluarga mertua dia tahu yang dia anak luar nikah, dia sanggup buat suaminya risau. Dah la tak balik rumah. Tak bagitau pulak tu dia kat mana. Mendatangkan fitnah je. Padahal dia dah tau yang laki dia tu memang betul-betul cintakan dia. Hmmmphhh ...

Tu baru pasal Zahlia. Belum lagi masuk bab pasal watak yang Marsha lakonkan. Ntah apa nama wataknya ntah. Linda kot. Ntahla.Ni pun gedik semacam. Dah orang tak suka, masih terhegeh-hegeh lagi dan sedaya upaya nak pisahkan Zahlia ngan Tengku Syahran. Walaupun aku pernah baca novel Bicara Hati ni, aku masih gak emo bila tengok ceritanya. Hmmphh ..


Mungkin kerana aku dah sedia tensen dengan kerja-kerja kat pejabat, jadinya, bila tengok drama-drama kat TV ni, aku jadi TERLEBIH emosi la pulak. Mau naik darah tinggi aku nih ... Huhuhuuu .. Saboooo jelaaaaa ...

Tu jela nak ceritanya. Sekian dulu la ye. Jumpa lagi di omelan aku yang lain .. Bila aku ada idea dan ada kerajinan .. =P

W'salam ..

Adioss ...
 

Saturday, February 11, 2012

Citer Pasal Kuch Kuch Hota Hai Lagi ... ^^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Just nak share Tadi masa bukak FB, nampak gambar gadis ayu nih ...


Korang semua kenal tak? Tak kenal? Aku pun mula-mula tengok tak kenal gak ... Tapi, kalau yang dah tengok FB tu, mesti ada ternampak gak gambar ni kan? Dan korang mesti dah tau sapa .. Heheee ...


Ok. Pada yang tak kenal dan nak tahu sapa dia ni, dia adalah ... Jeng jeng jeng ....

V
V
V
V
v
v
v
v
v



Haaaaa .... Dia adalah si Anjali Khanna, watak anak Shah Rukh Khan dalam citer Kuch-Kuch Hota Hai tuuuuu ... Nama sebenarnya adalah Sana Saeed dan laa ni, umur dia pada 22 September tahun ni bakal mencecah 24 tahun. Cepat betul kan masa berlalu. Masa dia berlakon dulu, umur dia baru je 9 atau 10 tahun.


Maknanya, umur aku pun dah bertambah banyak tu jugak la sedari citer KKHH ni femes dulu ek? Hmmmm .... Dah tua ghupanya aku nih .... T_T


Okla... Ni ada lagu dari citer KKHH yang si Sana ni menari sama. Layan je la yeee ^^


W'salam...

Adiosss...

Monday, February 21, 2011

Canteeeekkknyeeeeee (。◕‿◕。)

Assalammualaikum...

Bila aku tengok wajah2 penuh glamer artis2 Hollywood, tetiba aku terpikir… adakah mereka memang selalu kelihatan cantik dan berseri2 seperti itu??

Setelah mengugelkan diri, akhirnye aku jumpa beberapa gambo yang menarik untuk aku kongsi dengan korang semua… Nak tengok ? Apa lagi, Joooommmm laaaa !!!!



Angelina Jolie
Tyra Bank

Avril Lavigne

Christina Aguilera
Eva Longoria



Halle Berry

JLo
Julia Robert


Katie Holmes

Kim Kardasian
Madonna

Amacam  ?  Apa korang rasa lepas tengok  wajah2 natural pelakon2 dan celebrity2 pujaan korang ni? Ada yang ok, ada yang masih menarik dan ada juga yang… Urggghhhh.. Hehhehehe

W'salam...

Adiossss...

Saturday, February 12, 2011

The Weird Gaga (Ceceh..Cakap omputih plak ^__^)

Assalammualaikum...

Aku ni kadang2 rajin sesangat tgk siaran E! kat channel 712 Astro. Bukan apa...sesaja nak amik tau apa perkembangan artis2 kat negara Barat tuh. Bukan bermaksud aku tak suka nak amik tau pasal artis kat negara kita ni.. Tapi kalau artis kat negara Barat tu buat perangai tak semengah (tak senonoh), kita leh cakap "Ala...diaorang bukan Islam pun..Nak buat apa, lantak pi la kat diaorang"..

Tapi, kalo tgk artis melayu kita buat perangai tak senonoh, nak kata lagu mana pulak ???? Nanti, elok2 kita minat, terus boikot, pakat2 buka satu page kat FB yang bertajuk 'Saya benci dot dot dot'...Haaa..Kan dah buat tambah dosa je tuuuu....

Ok, kita tinggalkan jap pasal artis Malaysia...Laaa ni aku nak share ngan korang gambo2 Lady Gaga dengan pesen baju yang ntahapa2ntah tuuuu... Jom skodeng !!!!








Pelik kan ???? Tapi korang penah tak terpikir, napa pakar pesen kat sana, kadang kala memuji pesen pemakaian si Lady Gaga ni ? Haaa...Jangan tak caya...Pesen Lady Gaga ni pun penah dapat Award 'Best Dress' (Tak rasmi la) tau !!!

Bila aku dok pikir2 balik, aku rasa jawapan yang paling tepat adalah 'KEYAKINAN DIRI'. Sebab aku kata camtu adalah, dengan adanye keyakinan diri, kita boleh jadi apa yang kita nak. Kalau kita yakin dengan diri sendiri, orang lain akan lebih mudah mempercayai kita.

Lady Gaga yakin dengan imej yang dibawanye walau apapun orang nak kata pasal dia. Hasilnye...orang bukan hanya mengingati dia kerana pesen pelik yang dibawanye, malah muzik2 dia pun teriktiraf sama. Berapa banyak Award dah dia dapat setakat ni...Betul tak???

Korang jangan la lepas ni dok cuba2 nak tiru pesen Lady Gaga plak ye...Kita ni orang Melayu...Orang Islam...Jagalah apa yang perlu dijaga dan jauhilah apa yang patut dijauhi...Kalau pernah buat silap, insaf dan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik... Macam apa yang aku cuba lakukan sekarang ni...Hmmmm....

P/S : Gambo semua aku search dalalm Google ^___^

W'salam...

Adiosss...



Thursday, January 13, 2011

Fasha Sandha Terasa Hati Dengan Jejai

Assalammualaikum...

Macam2 artis kita sekarang ni laaa....

Pepagi ni, setelah sekian lama tak berkesempatan membaca suratkabo, aku terbaca la plak rentetan berita pasal Fasha Sandha bercuti ke Bali hari tu...Aku rasa, masuk hari ni, berita pasal dia ni kalau kat drama tv dah masuk episod 4 kot..Hehehehe..

Tanpa perlu berkata banyak, korang baca dan korang bagi la komen sendiri yeee....

Foto Ehsan Google
SHAH ALAM - Pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.
Kosmo! difahamkan, keputusan pelakon itu bercuti ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, 35, atau Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, 27, makan angin ke Jepun.
Menurut seorang rakan Fasha di sini, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, 3, yang jatuh pada 7 Januari lalu.
"Jejai pergi ke Jepun selepas pemergian Nora, Rayqal dan keluarga Jejai terlebih dahulu sekitar awal Januari tahun ini.
"Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu," beritahu rakan Fasha itu.

SUMBER BERITA : KOSMO

Amacam kengkawan? Macam drama tak citer mereka ni..Semuanye bermula dari gambar Fasha berbikini ketika bercuti ke Bali...Aiiissshhhh..Macam2 cara orang buat nak dapatkan publisiti kaaaannn... ^_^

W'salam...

Adiossss...


 

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu