Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Vanilla Coklat. Show all posts
Showing posts with label Vanilla Coklat. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Tentang Rasa


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya




W'salam...

Adiosss...

Thursday, March 15, 2012

Pot Pet Pasal Drama TV

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



Drama Vanilla Coklat dah pun tamat (aparaaa .. dh berhari-hari baru nak sebut .. thehheee). Sib baik la epi ending. Walaupun dalam kehidupan sebenar, bila ada konflik tak semudah itu untuk dileraikan, tapi kalau dalam drama, memang orang lebih suka kalau jalan ceritanya tak meleret-leret sangat macam cerita sinetron Indon tuh. Hehehee ...


Aku pernah dengar citer, kat India nun, kalau ending dalam sesebuah filem tu Hero tak dapat bersama ngan Heroin, samada filem tu takkan dapat sambutan langsung ataupun pawagam diaorang kena bako .. Huiissshhh .. Dasat betul deme ni ek. Tatutnyaa ... Ngeeee


Sekarang ni, Drama apa lagi yang best ek? Pelangi Kasih? Aku tak berapa berkenan la plak ngan Heroinnyaa ... BFF? Tak suka watak Sari Yanti dalam tuh .. Atas Nama Cinta? Tak minat semua pelakon-pelakonnya ... Hmmm .. Pendek kata, semua Drama yang ada sekarang ni aku tak berapa berkenan nak memfollownya. So, takyah tengok. Senang citer. Ahaksss.


Hujung minggu ni rumah aku akan sedikit padat dengan tetamu. Alhamdulillah. Setiap tetamu yang datang tu kan pembawa rezeki untuk Tuan Rumah. So, kalau tiap-tiap minggu ada tetamu pun takpe. Aku suka. Thehehehe ...


Tapikan .. Hari Sabtu ni aku ada kelas la pulak. Kelas yang diwajibkan oleh kompeni aku untuk dihadiri bagi mencukupkan bilangan credit hour yang jumlah wajibnya dalam setahun kena ada sekurang-kurangnya 30jam. Isssshhhh .. Dah macam keja gomen daaaa ... Huhuhuhu ..


Takpela. Orang nak bagi ilmu free kan? Takkan la nak tolak. Siap bagi makan lagi. So, nampaknya, agenda mengemas rumah terpaksa aku tunda ke hari Ahad leee. Hmmm ...

W'salam ..

Adioss .

Wednesday, March 7, 2012

Masalah OH Masalah @_@

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Masalah dan hidup memang tak boleh dipisahkan kan? Ada orang kata, tanpa masalah, hidup ni tak mencabar. Dari masalah jugak la manusia belajar menjadi lebih matang dan tabah.


Tapi, tak semua dapat melihat masalah yang mereka hadapi dari sudut positif. Memang susah. Hati kena betul-betul kuat. Jangan pedulikan segala kata-kata negatif yang akan membuatkan kita jadi demotivated.


Persekitaran juga mempengaruhi dalam menentukan bagaimana kita menghadapi masalah yang melanda. Sokongan dari orang yang tersayang akan betul-betul membantu. Kerana itu manusia ini saling perlu memerlukan. Jangan ingat kalau kita ni dah selalu kena berdikari, kita tak perlukan sesiapa disisi. Kita hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi. Hmmmm ...


Kenapa aku cakap pasal MASALAH? Kerana aku sedang dilanda beberapa masalah sekarang ni. Tak perlu dihebahkan. Cukup sekadar kalian sudi mendoakan agar segala kekusutan ini dapat kuleraikan satu persatu dengan mengambil jalan penyelesaian yang terbaik.


Walauapapun masalah yang aku hadapi sekarang ni, aku anggap ianya adalah DUGAAN dari Tuhan untuk aku. Semoga aku akan tetap kuat menghadapinya. Insyaallah.


Ok. Nak kongsi lagu ni. Jom ! Layan !!!!



Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Ulang Chorus 2x



P/S : OST citer Vanilla Coklat Laaaagiii ... Ahaksss


W'salam...

Adiosss...

Tuesday, March 6, 2012

Tapi Bagaimana .. ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Malam ni ada citer Vanilla Coklat. Nak tengok ke tak nak. Aku maleh nak tengok si Liyana tu. Menjadi betul lakonan dak Bella tu kan. Si Ikram tu aku takde nak benci sangat. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab Liyana tu gedik dia tahap dewa kot. Hehehee ..


Ok. Aku nak share lagu ni. Lagu yang bila berkumandang kat radio je aku mesti ingat citer Vanilla Coklat nih. Lagipun, lagu ni BEST ! Awal-awal tu ada cam lagu country skit-skit. I LIKE !! ^^




 
Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembunyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa

Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

P/S : Sowi takde lagu .. Opis dah banned YouTube

Onion Head Smiley

W'salam ..

Adioss .

Thursday, February 23, 2012

Vanilla Coklat & Bicara Hati Yang Buat Aku TENSEN

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Tengah buat kerja ni leh pulak teringat citer Vanilla Coklat ari Selasa malam Rabu yang lepas. Satu perasaan yang aku rasa adalah "BENCINYAAAAAAA" dan "MENYAMPAHNYAAAAAA". Kat sapa lagi kalau bukan kat watak Liyana tuh. Huh !! Dasar b***** sengal !!! Sanggup dia memfitnah orang sebegitu rupa semata-mata sebab keinginan dia untuk memiliki Amir tak kesampaian. Cisss !!!



Ok. Tu citer Vanilla Coklat. Ni citer Bicara Hati plak. Yang ni aku geram ngan si Zahlia tuh. Dek kerana bimbang kalau keluarga mertua dia tahu yang dia anak luar nikah, dia sanggup buat suaminya risau. Dah la tak balik rumah. Tak bagitau pulak tu dia kat mana. Mendatangkan fitnah je. Padahal dia dah tau yang laki dia tu memang betul-betul cintakan dia. Hmmmphhh ...

Tu baru pasal Zahlia. Belum lagi masuk bab pasal watak yang Marsha lakonkan. Ntah apa nama wataknya ntah. Linda kot. Ntahla.Ni pun gedik semacam. Dah orang tak suka, masih terhegeh-hegeh lagi dan sedaya upaya nak pisahkan Zahlia ngan Tengku Syahran. Walaupun aku pernah baca novel Bicara Hati ni, aku masih gak emo bila tengok ceritanya. Hmmphh ..


Mungkin kerana aku dah sedia tensen dengan kerja-kerja kat pejabat, jadinya, bila tengok drama-drama kat TV ni, aku jadi TERLEBIH emosi la pulak. Mau naik darah tinggi aku nih ... Huhuhuuu .. Saboooo jelaaaaa ...

Tu jela nak ceritanya. Sekian dulu la ye. Jumpa lagi di omelan aku yang lain .. Bila aku ada idea dan ada kerajinan .. =P

W'salam ..

Adioss ...
 

Wednesday, February 1, 2012

Kisah Vanilla Coklat & 30 Minit Ustaz Don

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Malam tadi layan citer Vanilla Coklat. Mankin lama mankin best je rasa. Si Aiman ngan Izara berlakon dalam tu cam soooo sweeeettttt jeee .. 


Tadi dok mengskodeng blog-blog orang lain dan terbaca pasal sinopsis citer ni. Lepas ni, ada babak si Liyana (gediksss) ngan si Kamal (si control macho yang hancusss) buat khianat sampai cinta yang baru berputik antara si Zara ngan Aamir terpaksa terpisah dek kerana orang tua mereka yang dah termakan hasutan 2 orang manusia pendengki itu.

Apapun, tak sabar nak tengok episod minggu depan di mana si Aamir meluahkan rasa cinta pada si Zara. Oooooohhhhh ...

Ok. Lepas layan citer drama berantai ni, aku layan plak 30 minit Ustaz Don. Ni pun seronok gak. Walaupun hanya 30 minit, ilmu yang aku dapat tak ternilai rasanya. Malam tadi, Ustaz Don bercerita tentang kisah kelahiran Nabi kita Muhammad S.A.W. Tetiba hati rasa terusik jeee ... Hmmmm


Pada yang tak pernah nak menonton tu, cuba-cuba la layan program penuh ilmu ni ya. Tak dapat banyak, dapat sikit pun kira Alhamdulillah. Yang penting ianya bermanfaat buat kita. Bukan susah pun. Kalau yang ada Astro tu, tekan je siaran 117 (kalau tak silap aku la) untuk TV Al Hijrah. Untuk siaran TV biasa, aku tak pasti pulak siaran berapa. Tapi, aku pasti, kebanyakkan kita dah ramail yang pasang Astro kat rumah kaannn ...

Kalau tak dapat tengok malam tadi, jangan risau sebab malam ni pun ada lagi jam 10 malam. Tajuk masih berkisarkan tentang Nabi kita Muhammad S.A.W. Kalau Biografi artis kesayangan kita, kita boleh hafal, apalah salahnya kita mengenali semula insan istimewa yang bakal kita tagih Syafaatnya di Akhirat kelak ini nanti.

Betapa kasihnya Rasulullah S.A.W pada kita sehingga di penghujung hayatnya, apa yang paling merisaukan Baginda adalah UMATNYA. Sehinggalah Malaikat menjanjikan kepada Baginda bahawa umatnya akan diberi keutamaan apabila memasuki syurga kelak, barulah kekasih Allah itu dapat menghembuskan nafas yang terakhir dengan dada yang lapang.

Kasihnya Rasulullah S.A.W pada kita, umatnya, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi kita sebagai umatnya, kenapa jarang sekali ingin berselawat ke atasnya dan jarang sekali cuba mengenali Baginda dengan lebih dekat ? Aku sedih kerana aku sendiri pun lebih mengutamakan kasih dunia dari kasih pada Rasulullah S.A.W dan Allah S.W.T ...

P/S : Marilah kita saling beringat sesama Islam agar kita dapat sama-sama berpeluang untuk ke Syurga Allah yang dibina khusus untuk kita kaum Muslimin dan Muslimat .. Aaammminnnnn ...


W'salam ..


Adioss ...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu