Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31, 2012

Ular Terbang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Selamat pagi kawan-kawan. Hari ni sebelum aku memulakan tugasan rutin harian di pejabat ni, aku nak kongsikan sebuah cerita tentang haiwan ini ...


Haaa .. nampak cam ular biasa je kaann .. Tapi sebenarnya, ular jenis Chrysopelea ini merupakan spesis ular yang boleh terbang. Tak caya? Meh tengok gambar-gambar yang berjaya aku googlekan ni yee ..





Amacam? Dah leh percaya belum? Secara ringkasnya, Chrysopelea, atau lebih dikenali sebagai ular terbang, merupakan genus yang tergolong dalam keluarga Colubridae.Bisa yang terdapat pada Ular terbang ini cuma dalam kategori Sederhana. Mereka dianggap tidak berbahaya kerana ketoksikan mereka tidak berbahaya kepada manusia.

Kebanyakan ular ini terdapat di Asia Tenggara (tanah besar, dan Lesser Version, Maluku, dan Filipina), selatan China , India, dan Sri Lanka.

So, kalau agak-agak terserempak ngan ular ni, takyah la nak takut sangat sebab ia cuma memburu cicak, katak, burung dan kelawar. Tapi agak-agak kalau aku yang jumpa, sah-sah aku dah lari lintang pukang punyaa .. Thehehehe ..

Itu je la serba sedikit segmen "National Geography" yang aku ingin kongsikan. Untuk maklumat lanjut, silalah ke SINI

W'salam ..

Adioss ...



Cerita Aku Bercuta cuti ... Yippppiiiiiyyyyyy


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Selamat kembali dari bercuti semua !!! Pada yang baru memulakan tugas hari ni tu, amacam? Banyak ke kerja yang bertimbun-timbun? Ahaksss .. Aku pun baru je kembali bekerja setelah amik cuti panjang dari hari Khamis lepas. Tapi .. Hmmm .. Macam tak puas jee .. Biasalah manusia kan ...


Aku balik kampung sebab anak kazen aku kawin. Walaupun majlis sambut menantu, tapi meriahnya, mengalahkan kenduri anak pompuan. Kiranya aku balik dari Hari Jumaat tu memang agak sibuk laa .. Walaupun aku datang tu pun saje buat-buat sibuk, masih terasa kepenatannya okeh .. Heh ...


Majlisnya hari Sabtu, aku ngan adik aku ditugaskan untuk menjadi penanggah .. Walaupun cuma posing cantik sambil tuangkan air untuk para tetamu dan mengemas meja, macam aku cakap tadi, kepenatan masih terasa jugakkk ...


Gambo aku tak amik sebab tepon aku masih rosak dan takde plak terpikir nak pinjam kamera sesapa .. Hehehe ...


Motif sebenar balik kampung untuk bergomol-gomolan dengan anak sedara aku tak berapa menjadi kerana 'kesibukkan' aku di majlis kawin tersebut dan semalam (Ahad), sebelum aku balik KL, si kecik Nur Dhiandra Adelia kena tahan kat wad sebab sakit kuning. Aduyaaiii ...


Takpela. Hujung minggu ni, cuti sampai Selasa, Insyallah, dengan izin dari Suamiku yang tercinta, aku akan menggagahkan diri menaiki bas pulang ke kampung. Laki aku takleh ikut sebab dia kena keje .. kuang, kuang,kuang ...


Okeylah. Aku nak gi membuta sebab mata dah memberat sesangat. Esok, kalau ada kesempatan, aku update la blogku ini yee ... Selamat Malam semua!!! ZZZZZZzzzzzz


P/S : Al Fatihah buat ayahanda K.Ina yang telah pergi mengadap Illahi tengahari tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari yang Maha Esa sentiasa .. Amiinnn ...


W'salam...

Adiosss...

Thursday, January 26, 2012

Khamis Kurang Kata : Zaman Dulu2 vs Zaman Sekarang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Zaman dolu dolu ...



Laaa niii ...



Sly Grinning Smiley

W'salam ..

Adioss ....

Wednesday, January 25, 2012

Jar Of Heart


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Artist: Christina Perri (Sam Tsui Cover)


 


No I can’t take one more step towards you
Cause all that’s waiting is regret
And don’t you know I’m not your ghost anymore
You lost the love, I loved the most

I learned to live, half-alive, and now you want me one more time
Who do you think you are runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts and tearing love apart

You’re gonna catch a cold from the ice inside your soul
So don’t come back for me who do you think you are

I hear you’re asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I learned to live, half-alive, and now you want me one more time
And who do you think you are runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts and tearing love apart

You’re gonna catch a cold from the ice inside your soul
So don’t come back for me who do you think you are

It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises

And now you’re back you don’t get to get me back
Who do you think you are runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts and tearing love apart

You’re gonna catch a cold from the ice inside your soul
So don’t come back for me don’t come back at all

And who do you think you are runnin’ round leaving scars
Collecting your jar of hearts and tearing love apart
You’re gonna catch a cold from the ice inside your soul
So don’t come back for me don’t come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Penyanyi Asal : Christina Perri

Penyanyi Cover Version : Sam Tsui

W'salam...

Adiosss...

I ♥ You Like A ♥ Song : Versi Romantic


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Aku suka dengar lagu I Love You Like A Love Song - Selena Gomez. Ni lagu satu versi lagu ni (Versi Sami) yang aku suka sesangat jugak. Enjoy !!!!


W'salam...

Adiosss...

Tuesday, January 24, 2012

My Cutie Pie .... Owwaaaahhhhhh ...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Yeay,yeay ... Dah dapat gambo ... Ini pun aku cilok dari FB adik sepupu aku. So, dengan tak sabarnya, aku kongsikanlah ngan korang semua !!! ^________^

 ♥ ♥ ♥


Ni je la gambo yang aku dapat setakat nih. Nama taktau lagi ... Nanti dah dapat bebanyak aku publish tanpa henti yek !! Huhuhu ...

W'salam...

Adiosss...

Nek Siti ngan Tok Tamrim Dapat Cucu Sulung !!! Yeaaayyy

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Semalam, lebih kurang waktu maghrib, adik pompuan aku telah selamat melahirkan baby girl seberat 2.8kg di Hospital Sultanah Aminah JB. Alhamdulillah. Termakbul gak hajat Mak Siti ngan Abah Tamrim nak menimang cucu sulung. Tunggu aku, belum ada rezeki lagi. Sib baik adik aku pantas dan segera. Bunting pelamin. Ahakss ...


Agak-agak ada tak comey camni ... ?


... Atau camni? ...


.... Ataupun camni ... ?


... Ke camni .. Ahaksss


Dalam pada aku gembira menyambut anak sedara pertama, tak dapat tidak, ada suara sedu sedan halus di hati kecil aku ini. Dugaan Tuhan benar-benar mencabar rasa. 


Hampir pat taun menyemai kasih, cahayamata yang dinanti masih tak kunjung tiba. Takpela. Aku akan pujuk hati supaya jangan berhenti bersabar, berusaha dan berdoa. 


Kalau Nabi Ibrahim A.S boleh dikurniakan anak tatkala usia sudah benar-benar senja, tak ada apa yang mustahil kan... ?? Sesungguhnya segala-galanya adalah ketentuan ALLAH S.W.T. 
-.-"


Apapun, tak sabar rasanya nak balik kampung hari Jumaat ni. Wahai anak sedara yang belum ku tahu namanya, nantikan kepulangan Mak Long dan Pak Longmu ini !!!!!!! Yippppppiiiiiiyyyyyyyy !!!!


W'salam...

Adiosss...

Lepas Wikipidia, ShoutMix Berbayar la Pulok ...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Hari ni masa aku dok membelek-belek semua gadjet yang aku ada, bila buka bahagian ShoutMix tetiba je ternampak menda alah ni haaa :




Apakah?? So, tanpa membuang masa, aku pun klik la kat tulisan "Read the announcement .." tuh ... Maka keluarlah kata-kata ucapan sebegini (Nak tau lebih lanjut, klik je kat gambo tuh) :




Aduyaaaiiii ... Semua pun berbayar kan sekarang nih ... Huhuhu ... Nanti takut sok-sok, FB, Twitter, Yahoo atau Google tu pun semuanya berbayar. Betullah bahawa di akhir zaman ini, akan tiba masanya DUIT/WANG akan menjadi lebih penting dari segala-galanya ... Subhanallah ... Semoga kita dilindungi dari kesesatan ini. Semoga kita takkan bertuankan DUIT dan WANG sepenuhnya ... ALLAHUAKBAR ....


W'salam...

Adiosss...

Monday, January 23, 2012

Never Say Never

السلام عليكم



See I never thought that I could walk through fire.
I never thought that I could take the burn.
I never had the strength to take it higher,
Until I reached the point of no return.

And there’s just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It’s my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up up up,
And never say never.

I never thought I could feel this power.
I never thought that I could feel this free.
I’m strong enough to climb the highest tower.
And I’m fast enough to run across the sea.

And there’s just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
Cause this is my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.

Here we go!
Guess who?
JSmith and Jb!
I gotcha lil bro.

I can handle him.
Hold up, aight?
I can handle him.

Now he’s bigger than me,
Taller than me.
And he’s older than me,
And stronger than me.
And his arms a little bit longer than me.
But he ain’t on a JB song with me!

I be trying a chill
They be trying to side with the thrill.
No pun intended, was raised by the power of Will.

Like Luke with the force, when push comes to shove.
Like Cobe with the 4th, ice water with blood.

I gotta be the best, and yes
We’re the flyest.
Like David and Goliath,
I conquered the giant.
So now I got the world in my hand,
I was born from two stars
So the moon’s where I land.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.



W'salam...

Adiosss...

Cinta Rasulullah S.A.W Pada Umatnya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Hari ini, melalui satu pautan dalam FB, aku berkesempatan membaca satu artikel yang telah membuat aku mengalirkan air mata. Disini aku kongsikan serba sedikit petikan ceritanya :


“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.


Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.




Bacaan lanjut, bolehlah ke SINI 


Siapa yang mampu menyayangi kita lebih daripada Allah S.W.T dan juga Rasulullah S.A.W. Jadi, jika kita begitu cintakan dunia yang serba sementara ini, marilah kita sama-sama memperbetulkan niat dan tujuan utama kita di atas bumi Allah yang serba sementara ini. Allahuakbar !! Subhanallah !!!!


W'salam...

Adiosss...

Sunday, January 22, 2012

Entri Sesaje

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari : 


Aktiviti : Tengok tv, Layar internet, masak, makan, mandi, sapu lantai, mop lantai, basuh baju ..... spend masa puas-puas dengan yang tersayang ... Ngeee

Mood : Aman dan tenang


Plan : Kalau leh nak gi bercuti tepi laut untuk chill and relax ^^



W'salam...

Adiosss...


恭喜发财 (GONG XI FA CAI)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Seperti yang kita semua sedia maklum, esok, teman-teman berbangsa Cina kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Yeaaayyyyy !!! Kita cuti panjang !!!!!! Cececeh ... Terlebih seronok pulak. Mengalahkan kita plak yang nak raya. Huhuhu ... Biasala tu. Kalau cakap pasal cuti panjang je, semua pun jadi over excited. Thehehee ...

Okla. Aku just nak ucapkan :


Semoga di Tahun Naga ini, we will achieve more prosperity, more success and most of all, more happiness okeh !!! 


W'salam...

Adiosss...

Friday, January 20, 2012

Pakcik Kayo !!!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya

SUMBER : Kosmo Online

P/S : Ni baru betul-betul kayo ni !!!!


W'salam ..

Adioss ...

 

Thursday, January 19, 2012

Entri Khamis Yang Kurang Kata

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم




P/S : Saje je nak bagitau ..


W'salam ..

Adioss ...

 

Wednesday, January 18, 2012

Rabu Tanpa Kata : So Cute !!!

السلام عليكم



Hearts 

W'salam ..

Adioss ...

Rabu Tanpa Kata : Macam Ni Pun Ada Ka?

السلام عليكم


W'salam ..

Adioss ...

Autisme : Different NOT Less


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Malam tadi aku berpeluang menonton cerita Temple Grandin di siaran astro 411. Bukan nak mengagung-agungkan omputih, tapi sekadar untuk perkongsian bersama.



Secara rigkasnya, file ini mengisahkan seorang gadis Autisme yang bernama Temple Grandin. Dia didiagnosis oleh Doktor sebagai pengidap Autisme ketika umurnya 4 tahun dimana pada usia ini juga dia baru belajar bercakap. Kesungguhan ibunya yang tak pernah percaya tentang kekurangan anaknya, betul-betul mengharukan.

Filem ini membawa kita melihat dunia dari kacamata seorang penghidap Autisme. Bagaimana Temple bersekolah di suasana dimana tak seorang pun yang paham dengan keadaannya. Apa yang mereka tahu, Temple hanyalah seorang gadis pelik dan  janggal. 


Temple yang tidak selesa apabila disentuh, akan mudah naik angin sekiranya dia dikasari atau diusik yang melibatkan sentuhan.


Bila aku tengok kat info siaran, aku terbaca yang filem ini adalah berdasarkan kisah benar. Lalu aku terus meng'google'kannya. Rupa-rupanya, wanita ini benar-benar mengkagumkan. Dia merupakan seseorang yang sangat bijak. 


Dia mampu memahami apa jua permasalahan dan pembelajaran. Asalkan ianya dapat divisualkan. Maknanya, sekiranya dia dapat menggambarkan sesuatu benda itu dengan mindanya, dia dapat mereka sesuatu dengan bijak.

Terlalu banyak untuk diceritakan. Pada korang yang ada siaran 411, bolehlah menontonnya. Sekadar motivasi diri kita sendiri. Memetik kata-kata mak Temple dalam filem ini " She's different, not less".

Untuk mengenali dengan lebih lanjut siapa dia wanita ini, korang bolehlah ke SINI.

Temple Grandin  2011 (Dilahirkan pada August 29, 1947 (Umur 64))

P/S : Kalau ada sesiapa yang mempunyai anak atau kenalan atau sedara yang menghidap Autisme, tak rugi rasanya kalau nak tengok citer ni.




W'salam...

Adiosss...


Tuesday, January 17, 2012

Amanahkah Kita ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari Jumaat yang lepas, aku ada tertengok rancangan Ehwal Islam yang tajuknya kalau tak silap aku "2 Umar". Rancangan yang dirakamkan sempena Hari Polis pada bulan Julai tahun lepas ini di hadiri oleh 2 panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dan  Ustaz Farid Ravi Abdullah.

Secara asasnya, forum ini sebenarnya nak membincangkan tentang cara kita menjalankan tanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan pada kita. Ia juga mengupas bagaimana kita hendak menjadi seseorang yang betul-betul amanah dalam melaksanakan apa jua yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.

Oleh kerana forum ini diadakan di hadapan anggota-anggota polis, maka pusat perbincangannya memang berkenaan tugas dan tanggungjawab polis lah kan.

Beberapa lontaran pendapat dari Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail benar-benar mencuit hati aku .. Antaranya (lebih kurang cenggini la bunyinnya) :

- Sebagai anggota polis, kita kenalah amanah dalam melaksanakan tugas kita. Janganlah pulak nak amik "duit kopi". Kalau sehari, duit kopi, kalau dah sebulan, duit apalah tu kan ... (ayat ini dilontarkan dalam nada bergurau)

- Kita buat kerja, janganlah selalu nak mengharapkan pengiktirafan. Maaflah kalau saya cakap ye. Kita ni kadang-kadang bila buat kerja, kalau nama takde dalam senarai aturcara majlis tu, mula la tak puas hati. Bila ditanya-tanya, kerja apa yang kita buat, jawabnya kukur kelapa jee .. Alahai. Kalau semua nak masuk dalam buku aturcara tu, susahlah kan ... (ini pun dia cakap dalam nada bergurau)

- Bila di Akhirat nanti, kita akan ditanya oleh ALLAH. Bagaimana kita melaksanakan tugas yang diamahkan untuk kita? Adakah kita benar-benar telah memanfaatkan segala pengetahuan yang kita ada untuk kepentingan umat? Apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita? ... (dan banyak lagi ..)

Itulah antara huraian-huraian Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail yang sempat aku ingat dan ingin aku kongsikan dengan kalian semua.

Jadi kawan-kawan, bila kita melaksanakan tugas yang telah diamanahkan pada kita, marilah sama-sama kita melaksanakannya dengan sesempurna mungkin. Nak buat Bos betul-betul puas hati memang susah lah kan. Sebab manusia ni fitrahnya memang tak pernah puas. Tapi, sekurang-kurangnya, kita takdelah sibuk asyik menuding jari mencari kesalahan orang lain kerana yang perlu kita perbaiki adalah diri kita sendiri dulu.

P/S : Janganlah kita sering mencari kesilapan orang lain kerana sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

Peace Smiley

W'salam ..

Adioss ...

Selasa Tanpa Kata : Gossshh !!!

السلام عليكم
 

W'salam ..

Adioss ...

Selasa Tanpa Kata : OMG !!!

السلام عليكم


W'salam...

Adiosss...


KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu