Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 12, 2012

Kisah Semalam Yang dot dot dot

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Semalam tak berkesempatan untuk membuat sebarang entri kerana amat sibuk dengan persiapan Meeting. So, hari ni la baru sempat skit nak menulis. Tu pun dok pandang kiri kanan la jugak. Takut kantoi. Hehehe ...

Semalam jugak punya cerita yang aku nak kongsikan ni. Malam semalam, sedang kami menonton tv, kedengaran bunyi kecoh-kecoh kat bawah rumah kami. Almaklumla. Dok tingkat 1, memang macam-macam bunyilah boleh dengar.

Nak dijadikan cerita, kami pun menjenguk la dari celah-celah tingkap nakoh rumah kami tu. Tengok-tengok ada sorang mamat yang berbadan kecik, dibelasah oleh seorang lelaki berbadan besar dan berkepala botak. Masa tu orang ramai memang dah kerumun keliling diaorang la.

Kat bawah rumah aku tu, ada deretan kedai makan. So, kalau ada apa-apa 'free show' camni, memang sambutannya sangat menggalakkan la. Berbalik pada adegan belasah membelasah tu, dari tingkap rumah aku tu, aku dapat tangkap la sikit-sikit butir-butir makian yang keluar dari mulut si pembelasah tu tadi.

"Mu dok kenal sapo aku lagi deh!! Bini aku mu adjust!! Berani sungguh mu ni ya !!!!" Lebih kurang camtu la bunyinya. Laaaa ... Rupa-rupanya, mamat yang kena belasah tu dok kacau bini Abang yang membelasah tu ... Memang patutlah 'kena' pun. Jangan la tanya 'adjust' tu camne ye. Sebab aku pun tak tahu dan kalau boleh, takmo la kepoh-kepoh sangat hal-hal rumah tangga orang ni.

Aku rasa, ada la dalam 10 minit gak mamat yang cari nahas tu dapat 'makan' sepak terajang Abang yang botak tu. Adegan-adegan cemas itu akhirnya berakhir bila Polis Peronda datang dan gari si mamat yang kena belasah tu, bawak gi balai.

Korang mesti ada yang tertanya-tanya kenapa mamat tu yang kena tangkap kan? Sebab yang aku dapat tau adalah kerana, Abang yang botak tu yang tepon Polis dan Polis tu kawan dia. Haaa .. tu yang kena tu. Lagi info yang aku dapat, mamat yang kacau bini abang botak tu, orang Indon ...

So, apa-apa pengajaran atau moral of the story kat sini, bawak-bawaklah berkawan dengan Polis .. Errrrkk .. Salah, salah .. Bukan laa .. Moral of the storynye .. Apa kata korang pikir-pikirkan la sendiri yeee .. Ahakss ..


Laughing Smiley

W'salam ..

Adioss ...

2 comments:

Nafisa81 said...

wahh..gaya kecek macang/mace org beloh panta timor jah...

reenapple said...

moral of the story-jangan kacau bini orang yang kawan dengan polis.. hehe

p/s-adjust---> usha. Loghat kelantan eh??

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu