Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

Entri Pra 2012


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


2011 bakal melabuhkan tirainya lagi beberapa jam lagi dari sekarang. Ramai ke yang ada plan nak menyambut ketibaan 2012 malam ni? Perlu ke disambut? Heh .. Terpulang pada pendapat masing-masing. Asalkan jangan pulak tahun baru ni disambut dengan botol-botol arak, judi dan perempuan-perempuan yang seksi dan seksa yee ..


Slapped Smiley


Pada aku, menyambut ke tak, sama je. Yang penting, dalam melangkah ke tahun baru masihi ni, aku berdoa semoga kehidupan aku sekeluarga akan terus dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa hendaknya. Amin. Mudah-mudahan.


Praying Smiley


Tahun yang baru akan sentiasa berlalu selagi dunia ada lagi hayatnya. Betambahnya jumlah tahun, bermakna umur kita juga akan bertambah. Agak-agaknya, kita dah capai belum apa yang kita hajatkan?? Dah puaskah kita dengan kehidupan kita sekarang?? Sudah bersediakah kita untuk menghadapi cabaran-cabaran dan dugaan-dugaan baru dalam hidup???


Walau apa pun jawapan kalian, doa aku hanyalah yang baik-baik sahaja adanya mengiringi sahabat-sahabatku semuanya. Insyallah, kita akan jumpa lagi dientri lain. Mungkin dalam tahun ni atau kalau tak pun, tahun depan ...


Hi Smiley


W'salam ..

Adioss ...

RM350K Milik OSBON !!!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Keputusan telah pun diketahui dan tak dapat nak disangkal lagi. Akhirnya, Juara Maharaja Lawak Mega menjadi milik OSBON !!!!! Yeeaaayyyyy !!!!

Ini antara persembahan dari kumpulan Osbon yang memang diakui kelawakkannya .. Hak hak hak ...



Ok. Tu pasal Juara. Ni pasal segmen selingan yang aku rasa the best la malam tadi. Sapa lagi yang boleh bikin lawak pasal Juri sebagus JOZAN !!!! Tak caya? Meh tengok ni ...




Apapun, aku memang terhibur la malam tadi. Sebenarnya aku minat ngan BOBOI, tapi, OSBON memang layak untuk menang .. TAHNIAH OSBON !!!!!




W'salam ..

Adioss ...

Friday, December 30, 2011

Tersentap Aku .. Huhuhu

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم


Ok. Tentang Dhia dah abis. Lepas ni takmo dah tengok citer kol 7.00PM. Waktu maghrib tuuuu .. Dah la waktu maghrib ni waktu solat yang paling singkat. Lagi nak delay-delaykan plak kan. Setelah menjelajah beberapa blog dan seolah-olah terpukul dengan kenyataan-kenyataan mereka tentang lebihkan Tv dari tunaikan Rukun Islam yang kedua ni, aku tetiba je tersentap.

Ok. Lepas ni, kol 7 je, terus buka Astro Oasis - Indahnya Iman dan masuk waktu terus solat dan kena rajinkan diri baca Al-Quran. Tak banyak, sikit pun jadilah daripada takde langsung kan.Betul ni. Aku memang nak buat. Insyallah. Mudah-mudahan dapat meluputkan dosa-dosa aku yang terlalu banyak selama ini .. ~.~

" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa’: 103)

W'salam ..

Adiosss...

Tentang Dhia dan Kematian

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Salam Jumaat penuh keberkatan buat sahabat-sahabat yang sudi membaca entri aku ini. Sebelum aku memulakan cerita dan celoteh aku di hari Jumaat ini, aku ingin jasa baik kalian untuk sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah buat ibu kepada salah seorang sahabatku semasa di Kolej dahulu yang telah meninggal awal pagi tadi. Al- Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat .. Amiinn ..


Ketika mendapat perkhabaran ini melalui SMS dari seorang sahabat kolejku yang lain, jam di telefon bimbitku menunjukkan pukul 03.58 pagi. Dalam keadaan sedar tak sedar aku membaca baris perkataan yang terpapar diskrin telefonku. Seolah-olah tak percaya, baris-baris patah perkataan aku baca berulang kali dan akhirnya baru aku mengerti.

Tersentuh sebentar hati aku. Aku pernah berjumpa dengan arwah. Dan aku akui dia memang seorang ibu yang baik. Masakan dari air tangannya memang sedap. Mengingatinya, mata aku terlalu sukar untuk lena semula. Ingatan kepadanya terbawa-terbawa ke dalam mimpiku. Hanya kiriman Al-Fatihah mampu ku titipkan.

Buat sahabatku, Norhaslinda .. Semoga kau tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi arwah.

Ok. Cukup pasal kawan aku. Ni aku nak cerita skit pasal Tentang Dhia semalam. Aku pasti, ramai yang tak ketinggalan menyaksikan episod terakhir drama ini. Dan seperti aku, aku yakin, ramai yang tak sabar nak tengok apa bentuk pembalasan yang diperolehi oleh Ku Salmi, Zetty dan Rose dalam cerita ini.

Setelah menonton sampai habis, pasti ramai yang agak kecewa kan sebab Ku Salmi, Zetty dan Rose tak dapat pembalasan yang sampai boleh kita anggap setimpal. Yelah. Sampaikan bila Melly bagitau yang Dhia takde harapan nak hidup pun, takde sedikit pun riak kekesalan dari muka Ku Salmi dan Zetty.

Tapi, aku rasa, pengakhiran cerita ni dah cukup 'sempurna'. Zikri dan Dhia dapat sama-sama mengadap Illahi dalam keadaan tenang dan dapat mengucap 2 kalimah syahadah. Lagipun, drama ni kan tajuknya, 'Tentang Dhia' .. Bukannya 'Ibu Mertuaku' kan ... Hehehe ...

Aku kagum dengan watak Dhia. Walaupun telah difitnah dan dianiaya dengan teruk, dia masih berpegang pada prinsip yang 'Allah sayangkan dia'. Tiba-tiba teringat pada cerita 'Chinta' yang mana watak utamanya terlalu marah dengan takdir sehingga menidakkan Qada' dan Qadar Tuhan .. Subhanallah ...

Antara bait-bait dialog yang paling aku suka :

Dhia : Dhia sayangkan abg ... Demi Allah, tiada lelaki lain selain dari abg dalam hidup Dhia ..
Dhia : Dhia tau siapa yang sayangkan Dhia ... Allah .. Abg jangan sayangkan Dhia lebih dari Abg sayangkan Allah ...

Semalam, dek kerana terlalu menghayati cerita ni, membuatkan aku teresak-esak menangis .. Huhuuuhuuu ...

P/S :Cinta ALLAH adalah melebihi segala-galanya dan MATI itu adalah pasti 

 
W'salam ..

Adiosss...


Thursday, December 29, 2011

Ya ALLAH .. Lindungilah kami dari Kesesatan dan Kebinasaan .. Amiinnn ..

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

Setelah semua ini ...










Kita masih lagi berkelakuan seperti ini ..


Kenapa agaknya yee ...
 


W'salam ..

Adiosss...

Khamis Yang Kurang Kata ^^

السلام عليكم









Hari tu tertengok citer ni kat Astro 133. Tetiba jadi minat balik kat SRK .. Ahaksss .

W'salam ..

Adiosss...

Wednesday, December 28, 2011

Kuatkah Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Hari ni aku nekad takmo tengok Tentang Dhia. Dan aku betul-betul tak tengok. Yela. Aku tengok pun buat sakit ati je. Nasib baik la Mak Mertua aku tak macam tu. Alhamdulillah.


Kalau aku diduga macam si Dhia tu, taktaulah aku leh tanggung ke tak. Betullah janji Allah. DIA takkan menguji HambaNYA melainkan dengan ujian yang mampu ditanggung oleh HambaNYA sahaja. Hmmm ...


Apabila kita melihat kesusahan hidup orang lain, janganlah kita mengatanya. Jadikanlah ia penguat semangat kita dan membuat kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki.


Hidup ini umpama roda. Hari ni kita berada di punjak kejayaan tertinggi dan mungkin esok lusa kita akan jatuh terduduk tinggal sehelai sepinggang tanpa sesiapa disisi. Subhanallah .. Takdir ALLAH ini adalah sesuatu yang misteri.


Bahagianya kita, atau sengsaranya kita, bukan terletak pada kejayaan-kejayaan yang kita raih atau limpahan kemewahan yang berjaya kita kumpul. Segala-galanya terletak pada HATI. Kalau hati kita tenang dan redha, segala yang mendatang pasti dapat kita hadapi dan tangani dengan baik.


Berlapang dadalah pada dugaan yang mendatang
Kerana ianya akan menjadikan kita lebih matang ...
Terimalah takdir dan ketentuan takdir dengan senyuman
Kerana itu akan menjadikan hidup kita lebih aman ...


Hidup tak selalu menjadi seperti yang kita inginkan,
Kerana perancangan Tuhan itu lebih banyak kebaikan ..
Jadi, jangan pernah lupa mengingatiNYA,
Dalam setiap doa dan hembusan nyawa ...




Siapa yang tak mahu bahagia kan? Dan, tak ada siapa yang nak sentiasa diselubungi kedukaan. Tapi, manusia yang sentiasa diduga hidupnya, ternyata lebih tabah dan 'kuat' dalam menghadapi kehidupan ini berbanding dengan mereka yang sentiasa hidup bahagia kan ...


Kadangkala bila dugaan datang melanda dan hati aku terasa rapuh, aku akan pejamkan mata dan cuba membayangkan kehidupanku di zaman kanak-kanak dimana masalah terbesar aku ketika itu adalah MASA. Ya. Masa yang tak pernah cukup untuk aku bermain dan terus bermain bersama rakan-rakanku ... Hmmmm ... ~.~




ISShhh .. Apa dah aku melalut ni. Inilah akibatnya bila makan banyak sangat ubat. Konon nak cepat baik, tapi tup-tup jadi lalok .. Ahaksss .. Okla .. Aku chow dulu. Nak sambung tengok TV. Hehe .. 


Gud Nite to ALL My Frenzzzz !!!


W'salam ..

Adioss ...

Celoteh Hari Rabu

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

Batuk dan selsema aku masih belum baik. Dek kerana kandungan kahak yang manimbun, pendengaran aku jadi sedikit terjejas. Kepala pulak ada rasa cam .. mmm .. ntah. Taktau camne nak cakap. Yang penting, takleh ada yang tak kena, aku ni rasa nak marah je rasanya .. Astaghfirullahala'zim ... hmmmphhh ...

Malam pulak, bila tido dalam 3-4 kali la jugak terjaga kerana batuk yang disebabkan kegatalan tekak yang diluar kawalan .. alahaaaiii ...

Ni bukan mengeluh ye. Sekadar ingin bercerita je. Tengahari pulak, mata rasa mengantuk sesangat. Taktau la. Adakah sebab aku makan ubat ataupun memang penyakitsemulajadi dalam badan .. Ahaksss ...

Nak buat entri ni pun, otak jadi bluuurrrr semacam. Ntah cerita apa la yang aku nak tulis. Las-last, entri merapu je yang terhasil.

Kepada yang sudi membaca entri-entri merapu dari aku ni, jutaan TERIMA KASIH diucapkan. Kepada yang sudi memfollow tu pun, TERIMA KASIH saje mampu kuluahkan. 


Terharu tuuuhhh .. Yela .. Blog aku ni bukan ada cerita apa-apa pun. Cuma cerita pasal aku dan diri aku saje adanya .. Hehehe .. Takdelah menarik sangat sebab aku bukannya ada cerita-cerita bercuti-cuti yang boleh diceritakan. Thehehehe ..

Lagi 2 hari untuk tunggu gaji masuk. Selagi blom gaji ni, nak buat apa pun semua takleh nak jadi. Yela. Dah sumber kewangan pun 1 je kan. So, nak tak nak, kalau nak bershopping ke, ber holiday ke, semua kena tunggu gaji .. Sabor kan je dulu kalau agak-agak ada keinginan-keinginan yang tak termampu nak di laksanakan tuh .. Ahakss..

Okla. Aku nak gi solat Zohor dulu. Ni pun dah lambat dah ni. Nak kol 3 baru terhegeh-hegeh nak gi solat .. Ish,ish,ish .. Pada yang blom lagi tu, jom kita ... ^^

W'salam ..

Adiosss...

Tuesday, December 27, 2011

Tentang Dhia vs Vanilla Coklat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Mencik, mencik !!! Aku mencik ngan Ku Salmi (Tentang Dhia) !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Menjadi betul la lakonan Liza Abdullah nih .. Tabik spring aku kerana telah membuatkan aku meluat dengan sangat dasat .. Arrrgghhhhhh !!!




Tu baru maknya .. Ni lagi sorang yang buat aku geram sesangat ... Asik dok ikuuuuuttt je kata maknya yang sengal tuh !! Huh !!




Ni yang aku malas nak folllow drama kat tv ni. Bukan apa. Aku akan jadi lebih emosi daripada biasa. Heeeehhh ..


Lepas layan citer Tentang Dhia yang sangat menyakitkan hati tu, aku layan plak citer ni ...




Pandai gak Protege Rahim Maarof (Aiman) ni belakon ek .. Thehehhe ...






Layan citer ni, sonok sikit hati aku. Hilang jap rasa sakit ati kat Ku Salmi tuh. Ntahapa apa ntah kan aku ni. Tengok drama tv pun nak terlebey-lebey emosi kan ..


Okey la .. Aku nak gi tido. Chooowww !!!



W'salam ..

Adioss ...

Selasa Tanpa Kata ~.~

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم




Gambar di ambil sempena acara tahunan "Buffet Monyet" di hadapan kuil purba di daerah Lopburi, 150 kms dari utara Bangkok pada November 27, 2011.

W'salam ..

Adiosss...

Monday, December 26, 2011

I ♥ You Like a ♥ Song ^^


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Hari ni cuti sempena ganti sambutan Krismas semalam. Minggu depan pun sama. Cuti jugak hari Isnin. Tu sempena sambutan tahun baru 2012 plak.


Cuti ni best la kalau dalam poket banyak duit kan. Kalau gaji pun lom masuk lagi, cuti la lama mana pun, takde menda yang seronoknya .. Sapa kata duit tak penting kan ... ? Hehehe ..


Aipp !! Jangan salah sangka ye. Ini bukan bermakna duit tu segala-galanya. Tapi, di zaman sekarang ni, duit tu dah jadi sebahagian dari segala-galanya. Walaupun duit tak menjamin kebahagiaan, tapi kalau ada banyak duit, kesengsaraan yang dialami dapat dilalui dengan serba mewah .. Eerrrkk ... Ye ke? Hmmm .. Terpulang pada pendapat masing-masing laa kan ...


Tengah dok layan tengok citer kartun kat TV1. Citer apa ntah. Kartun pasal binatang yang cakap Melayu. Lawak pun ada gak. Tapi, lagi senang. Takyah nak baca sarikata. Hak hak hak ..


Takde menda yang nak diceritakan sebenornya. Saje je nak wat entri gak. So, sekian saje entri sesaja dari saya hari ni. Ahaksss ..


Sebelum chow, aku nak kongsikan lagu feberit terbaru aku .. Enjoy !!





Lirik Lagu Selena Gomez – Love You Like A Love Song

[Verse 1]
It’s been said and done
Every beautiful thought’s been already sung
And I guess right now here’s another one
So your melody will play on and on, with best we own
You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A center full of miracle, lyrical
You’ve saved my life again
And I want you to know baby


[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


[Verse 2]
Cursing me, boy you played through my mind like a symphony
There’s no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I’ve been rescued
I’ve been set free
I am hyptonized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are…I want you to know baby


[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


[Bridge]
No one can pause
You stand alone, to every record I own
Music to my hear that’s what you are
A song that goes on and on


[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


I love you…like a love song…



W'salam ..

Adioss ...

Sunday, December 25, 2011

Kisah Aku Hari Ini


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

ALHAMDULILLAH .. Batuk dan selsema sudah agak reda. Tapi, deria rasa masihh di tahap kritikal. Makan langsung takde feel sedap ke idak. Yang aku rasa cuma rasa masin, manis dan masam. Kalau pedas, mulut cuma rasa panas je. Tapi sekurang-kurangnya aku masih dapat merasa kan .. ^^

Hari ni walau takde suara, gagahkan la diri untuk g karaoke. Dalam pada tak sihat ni, dapat 2 jam la jugak melalak. Sebelum tu rasa lalok je (maklum laaa .. baru makan ubat). Tapi, bila tangan dah pegang mike, hah kau .. tak hingat! Melalak sesuka hati .. Ahaksss ..

Hasilnya. Suara hilang. Padan muka aku! Huhuhuu ...




Okla. aku baru je telan ubat lagi. Mata dah mengantuk. Nak gi tido ... Nite nite semua ... Babaiiii ...


Saturday, December 24, 2011

Menu Hari Ini .. Cadangan La Baru .. Ahakss



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Hari ni sebenarnya aku tak berapa nak sihat. Hidung berair, tekak perit dan kepala mula pening-pening. 




Tapi, ini yang dikatakan "ANUGERAH ISTIMEWA" dari Maha Pencipta. Kenapa? Kerana bila kita sakit, maknanya ALLAH sayangkan kita dan taknak kita lupa padaNYA. Betul tak?

Ok. Tak mau membebel banyak sangat. Jam pun dah dekat pukul 5 ptg. Laki aku jap lagi nak balik keje. So, aku just nak kongsikan apa yang aku cadang nak masak hari ni. Gambar-gambar semua aku search dari Google. Pada site-site yang terlibat, saya pinjam kejap ye gambar ni .. Hehehe










Nyum, Nyum ..



Jom masak !!! Hehehe


W'salam ..

Adiosss ...

Maharaja Lawak Mega - BOBOI ... Bessss ^_^



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

 Malam tadi tak tau macamana leh ter'miss' la tengok Maharaja Lawak Mega (MLM) .. Aduyaaiii .. Tapi, takpela .. Dalam seminggu ni mesti akan ada banyak kali siaran ulangannya .. Ahakss .. 

 Walau ter'miss' tengok secara 'live', bila bukak FB tadi, aku dapat la gak tengok serba sedikit persembahan malam tadi. Yang paling tak boleh blah adalah persembahan kumpulan feverit aku iaitu BOBOI .. Ala tomei, tomei ... Hehehehe ... Ok, takyah cakap banyak, jom kita tengok sama-sama !!


  


 Tu persembahan yang pertama, dan ini adalah persembahan yang kedua .. Enjoy !!!


 


Bestkaaannn ... 




Oklaa .. Menjelang Krismas esok, kepada sahabat-sahabat blogger yang menyambut, diucapkan ..



W'salam ..

Adiosss ...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu