Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 5, 2011

Cinta Tak Kejam, Manusia Yang Tak Tahu Nak Menilai Cinta - Izzah (Ombak Rindu) ^^

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

ALHAMDULILLAH .. Akhirnya dapat gak aku menonton Ombak Rindu ngan my sis and my hubby. Apa komen aku? Hmmm .. Nak kata best sangat tu takdela. Almaklumlah. Kalau nak adaptasi bulat-bulat dari novel untuk dimuatkan dalam filem yang bersiaran dalam 2 jam tu memang tak dapat lah nak perfect 100% kan. Itu pun aku rasa, Osman Ali dah buat yang terbaik untuk memuatkan semua adegan-adegan penting dalam novel ni.

Jalan ceritanya memang cepat dan pantas. Pada aku memang tak membosankan dan takdelah nak still dalam satu shoot tu lama-lama sangat. Cuma yang tak bestnya, cara diaorang buat peralihan dari satu scene ke scene yang lain tu agak kurang seronok. Yelah, macam scene tu tak abis lagi dah pergi ke scene lain. Jadi, feel tu terganggu la skit .. Pada pendapat aku laaa ...

Lakonan Maya Karin tak perlu dipertikaikan lagi laa .. Memang TERBAIK. Aku yang jarang menangis bila tengok filem melayu ni pun leh melelehlah airmata dibuatnya .. huhuuuhuu .. Aaron Aziz ngan Lisa Surihani tu pada aku biasa-biasa je. Bront Palare walau bukan watak utama, tetap menghidupkan cerita. Kira aku boleh rasalah yang si Mail tu memang sayangkan betul ngan Izzah. Hehehehe

Itu serba sedikit aku punya pendapat dan pandangan. Dengar cerita filem ni dah berjaya mengutip RM2 juta hanya dalam masa 72jam waktu tanyangan. Tapi, aku tak heran la sangat sebab masa aku gi tu pun, full house. Kami pun dapat tempat duduk 3 baris dari skrin depan. Ha kau ! Nak sangat kan tengok citer ni. Hadap la ko depan-depan mata tu .. Thehehehe ..

Apapun, aku enjoy la tengok citer ni. Tapi rasanya kalau dibuat dalam bentuk drama, lagi padat kot pengisisannya .. Aku rasa laaa .. ^^

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

P/S :
loving someone doesn't need a reason
if u can explain why u love someone it's called 'like'
if u can't explain it's simply called 'love'

W'salam

Adiosss...

6 comments:

lina said...

Salam aida - komen jujur aida suke..:)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum


saya yakin film ini akan memang award tahun nie..ia tersangatla best....

deeya said...

kalau cite nie adaptasi dalam drama pastu tiru bulat2 sebijik dari novel mest umppphhhh !!

baru semangat nak layan . hahakz !

AdiaLuze said...

Lina : Kena la jujur kak .. Nak tipu2 pun takde pekdah gak .. Ahaksss

AdiaLuze said...

sahromnasrudin : W'salam .. betul tu. Saya pun rasakannye juga .. Mungkin Maya Karin leh menang pelakon wanita terbaik kot ^^

AdiaLuze said...

deeya : Yaaa .. Akak setuju sesangat .. Tapi pelakonnya takmo la tukar2 .. Tetap nak Maya jadi Izzah dan Aaron jadi Hariz .. Yang Mila tu tak kisah la sapa2 pun ... hehehe

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu