Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

'Jasmine Slalu Hepi' Si C****A Yang Akan Terima Balasannya Juga Nanti !!!

Assalammualaikum...

Tetiba je si 'Jasmine Slalu Hepi' ni jadi sebutan ... Korang tau kan sapa yang aku maksudkan ? Kalau yang tak tahu tu, ce tengok sini :


Haaaaa!!!! Apa perasaan korang (yang beragama Islam) mesti hangiiiinnnn jeee satu badan kan?? Ramai sangat orang menyalahgunakan FB demi kepuasan nafsu sendiri sekarang ni !!! Dah tak takut dengan pembalasan dari Tuhan yang bila2 masa je akan sampai !!!

Hmmmphhh ... Sakit jantung aku dibuatnye .. Oke la ! Aku benti kejap !! Tengah berasap ni kepala aku ! Heh.... 

W'salam...

Adiosss...

Ucapan Buat Si Kekasih Hatiku ...

Assalammualaikum...

Hari ni buat kerja tak berapa nak fokus sebab lelaki kesayangan aku MC. Pinggang tergeliat. Ntah apa la yang diangkatnya semalam ... Kalau ikut hati, nak je amik cuti jaga dia, tapi tak leh la sebab bulan ni dah banyak amik cuti ... Huhuhu ...

Ya Allah, Kau peliharalah suamiku .. Kau sembuhkanlah segala kesakitan yang dialaminye ... Semoga dengan kesakitan yang kau berikan ini akan dapat meringankan serba sedikit bebanan dosa yang ada ... Amin ... Amin .. Amin yarobbal a'lamin ...





W'salam...

Adiosss...

SABAR ... Bukan Sekadar Kata ..

Assalammualaikum...


SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN


Aku percaya ramai antara kita yang sering menggunakan ayat di atas tu untuk menasihati orang lain dan juga diri sendiri kan ... Takyah cakap orang lain, ak sendiri pun selalu gak guna frasa tu ..


Dalam kita sering melafazkan kata2 ini, adakah kita benar2 menyelami dan mendalami erti sebenar SABAR tu sendiri ? Percayalah .. Ianya lebih mudah di lafazkan dari dikotakan ... Kalau setakat nak lafazkan tu, budak darjah satu pun boleh buat ... Nak laksanakan tu yang kadang2 orang yang dah separuh abad umurnya pun masih tak mampu nak buat ...


S - Setiap dugaan yang mendatang
A - Andai boleh sentiasa dipandang positif
B - Beri kesempatan akal mengawal hati
A - Akan pastinya kita semua
R - Rasa tenang dan aman sepanjang masa ... Insyallah ...


Firman Allah, maksudnya: 
"Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155


Daripada Firman Allah SWT di atas, kita akan dapat merumuskan yang balasan ke atas setiap orang yang sabar itu adalah sangat2 indah. Kita tahu, kita faham, tapi, kenapa masih lagi ada yang boleh berkata "Sabar aku ada batasnya" ? KENAPA ?


Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.


Jadi, kalau kita sendiri meletakkan batas pada sifat sabar pada diri kita sendiri, layakkah kita berkata yang kita sudah benar2 beiman kepada Allah ??


Ingatlah wahai sahabat2ku sekalian, apa yang tersurat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Ada orang yang akan bertanya :


" Sebelum saya berkahwin, saya sudah minta petunjuk dari Allah samada pilihan saya itu adalah yang tepat dan DIA telah memberi petunjuk bahawa lelaki itu memang yang terbaik untuk saya. Tapi selepas 5 tahun, kenapa kami bercerai jugak ? "


Jawapan yang aku pernah baca dari Puan Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie) ; "Pada masa perkahwinan itu terjadi, Allah mengetahui bahawasanya ianya adalah yang terbaik untuknya pada ketika itu. Selepas 5 tahun, akan ada lagi yang lebih baik untuknye menanti, tetapi, Allah akan menduga dia dahulu sebelum diberinya kegembiraan itu ..." lebih kurang macam tu la jawapannya ..


Jadi, bila kita dirudung malam, ingatlah firman Allah SWT dlm surah Al - Baqarah ayat 286 yang bermaksud,
"Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


Bila berbicara mengenai sabar, fahami dulu maksudnya sebelum kita melafazkannya pada sesiapa yee ...


W'salam...

Adiosss...

Saje, Suka-Suka Jee

Assalammualaikum...


Penah dengar tak pasal tafsiran tahi lalat ??? Mesti la selalu kaaannn ... Info ni bukan untuk dijadikan panduan yeee !!!! 


INI ADALAH UNTUK BAHAN BACAAN SEMATA2. JANGAN TERLALU PERCAYA !!



  • bibir atas kanan banyak rezeki, pandai
  • bibir atas kiri ramai kawan, baik hati
  • bibir bawah kanan disegani orang, ramai yg suka
  • bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah
  • leher kanan cerdas, jujur, berani menderita
  • leher kiri cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  • leher di tengah tercapai cita-cita
  • biji mata kanan suka serong dan pembohong
  • biji mata kiri pembohong tetapi baik hati
  • hujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas
  • hujung mata kiri baik budi, murah rezeki
  • punggung kanan agak mengalami kesulitan
  • punggung kiri malas dan suka duduk
  • betis kanan suka berhibur, boros
  • betis kiri rajin,tidak suka menganggur
  • lutut kanan bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
  • lutut kiri kurang kuat berusaha
  • kepala sebelah kanan terkabul cita-cita
  • kepala sebelah kiri sering menemui kesusahan
  • kepala sebelah belakang jujur, sabar dan tekun
  • kening kanan cerdas dan cekap
  • kening kiri cerdas, sopan santun
  • tengah kening keras hati, berani segala hal
  • hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah
  • hujung mulut kiri suka berpoya-poya
  • ketiak kanan dapat menyimpan rahsia
  • ketiak kiri jujur, banyak yang cinta
  • pergelangan kaki kanan suka berpergian (keluar rumah)
  • pergelangan kaki kiri kehendak kuat
  • batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  • pada hidung banyak rezeki
  • dagu bawah kanan jujur dan baik hati
  • dagu bawah kiri bijak sana dan berbudi luhur
  • kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama
  • di kepala kemaluan (lelaki) bakal beristeri 2
  • tumit kanan jujur dan banyak kawan
  • tumit kiri baik budi
  • alis kanan suka menolong, baik hati
  • alis kiri ramai yang suka
  • pangkal peha kanan kemahuan kuat
  • pangkal peha kiri suka kerja apa pun
  • telapak kaki kanan tak mudah mengeluh
  • jari kaki kanan suka menolong
  • jari kaki kiri berbudi, suka berbuat baik
  • bahu kanan cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
  • bahu kiri suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  • buah dada kanan baik hati, pendiam,simpan rahsia
  • buah dada kiri ramai kawan, setia pada pasangan
  • lengan kanan setia dan taat pada atasan
  • lengan kiri menepati janji dan rajin
  • pipi kanan ramai teman
  • tengah-tengah pipi kanan ramai yg suka
  • tengah-tengah pipi kiri ramai teman
  • ubun-ubun kurang jujur
  • pusat cerdas, tangkas, tekun
  • pusat bahagian kanan sejahtera dalam hidup
  • pusat bahagian kiri beroleh kemuliaan
  • pinggang kanan sayang pada pasangan hidup
  • pinggang kiri disayang pasangan hidup
  • dada kanan dapat mengatasi masalah
  • dada kiri berani, jujur dan sabar
  • telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh
  • telapak kaki kiri baik budi pekertinya
  • siku tangan kanan kuat ingin memiliki kekayaan
  • siku tangan kiri baik hati, suka menolong
  • jari tangan kanan serba beroleh keuntungan
  • jari tangan kiri serba baik bekerja
  • jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros
  • jari telapak tangan kiri banyak rezeki dan cermat
  • pergelangan tangan kanan boros, suka bersukaria
  • pergelangan tangan kiri dapat berpangkat
  • perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf
  • perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya
  • sudut mata kanan dalam disayang suami atau isteri
  • sudut mata kiri dalam tidak mudah dilupakan pasangan
  • sudut mata kanan luar baik budi, ramai yg cinta
  • pelipis kiri murah rezeki, dpt jadi kaya
  • pelipis kanan serba berhasil dalam usaha
  • kelopak mata kanan atas baik hati, ramah, berjaya
  • kelopak mata kiri atas baik budi, ramai yg suka
  • kelopak mata kanan bawah agak malas
  • kelopak mata kiri bawah agak bodoh, kurang bijaksana
SUMBER : SINI


Rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan, semuanya di tangan Tuhan ... Kita sebagai manusia sekadar mampu merancang je ... Tapi kenalah jugak diiringi usaha, doa dan redha ... Insyallah, segala2nya akan jadi mudah ... ^_^


W'salam...

Adiosss...

Contest! RM100 untuk dimenangi dari abdulfarique.com

Assalammualaikum... 


Malam ni tengah dok belek senarai blog dalam bloglist, terperasan plak kontest nan satu ni ... Dan seperti orang lain, aku tertarik sebab hadiah yang di tawarkan sngat2 LUMAYAN !!! Korang nak join, klik kat banner ni kay !





Pertama kali aku gi blog Incik AF ni, aku nampak 'biru' ... Sebab blog dier temanya warna biru !!! Hehehe .. Okey, serius,serius .. Aku mula2 sekali tertarik ngan header dier ... Memang nampak copyright reserved Incik AF punya lah !


Okeh ! Tranformasi yang aku cadangkan adalah untuk incik AF tukar font dalam blognye ... Aku ni obses skit pasal tulisan ni ... Tak berapa nak suka yang simple/yang standard sangat ... Mankin berseni, mankin berseri nampaknye ... Tapi, kena pastikan masih boleh dibaca dengan mudah oleh pelawat2nya ...


Selain dari tuh, Incik AF mungkin boleh menambah layout menjadi sedikit berdekorasi ... Sikit je laaaa ... Okey !!! Cukup !


Aku nak tag :
MiMie AddNin
Kak Hawa 
Deeya


GUD LUCK untuk aku dan korang2 semua !!! ^___^


W'salam... 

Adiossss... 


Wednesday, March 30, 2011

Kerana HATI, Memang Boleh MATI

Assalammualaikum...

Adussss !!! Inilah dianya kalau dah malam baru sempat tengok2 suratkabo .. Itu pun online je laaa .. Nak tengok berita pun, tak sempat .. Yelah, sampai rumah pun dah pukul 0830PM, nak mandi lagi, nak solat lagi .. Mana la sempat nak 'kejar' waktu tayangan tuuu ... Heh ...

Takmo cakap banyak lagi, aku geram baca berita ni .. Pasal cinta tak berbalas pun nak berbunuh2han .. Melampau betul !!!!! Korang yang belum baca, baca je la ni, yang dah baca, tinggal2 la komen yeeee ^___^

MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.

Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu. 

“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.

“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Sumber : Harian Metro Online

Sengal ke tak sengal perbuatan dia ni ??? Ni la padahnye kalau ikutkan hati sangat ... Semua benda yang boleh jadi mudah, dah jadi semankin parah ... Haaaaiiii ....

W'salam...

Adiosss...

Nak Ke Mana Tuuu ???

Assalammualaikum...


Lagi lebih kurang 2 hari lagi, aku akan bertolak ke Kedah !!!! Yeeeeaaaaayyyyy !!!!! Suka, suka, suka... !!!! ^__^


Nak tau aku gi mana ?? Jeng,jeng,jeng ... Aku nak gi Jitra Kedah !!!!! Yahhhhhhhoooooooo !!!!! 


Amboooiii .. Gembira semacam je aku ni kan .. Hehehe ... Ala .. Bukan apa, aku ni kalau bukan dek kerana kekangan ekonomi peribadi, memang suka sangat nak berjalan makan angin sana sini .. Tapi, yang tak berapa nak bestnye, laki aku tak ikut ... -______-' ... Aku pun dapat pergi atas undangan Kak Shawa ... Hmmm ...


Kalau boleh, ke hujung dunia, ke bintang kejora pun aku nak bersama ngan laki aku tu ... Tapi, apakan daya, takdir Tuhan penentu segalanya ... Takpela .. Aku pergi ni pun, dengan restu dia .. Tiada unsur2 paksaan okeh ... ! Kalau ada rezki lebih aku akan belikan sesuatu untuknye ... Hehehe .. Insyallah ...


Jadi, bila aku takde kat muka bumi Selangor ni, maka, takdelah entri dari aku hujung minggu ni ... Kalau ada pun, mungkin auto publish la kot .. MUNGKIN ... Heh ~ 


W'salam...

Adiosss...

Rupa Ada, Wang Pun Ada ... Untung, Memang Untung ...

Assalammualaikum...


Ish,ish,ish ... Glamer betul la budak ni kan ... Umur baru 16 tahun ... Satu dunia kenal dia .. Asalnye, dia cuma menyanyi kat You Tube jee .. Nasib dia sangat2 baik sebab selain dari muka yang kiut miut, dia jugak mempunyai suara yang agak gemersik ... ^_^


Nak tau aku cakap pasal sapa ? Sapa lagi kalau bukan budak niiii ...


|
|
|
|
|
|
|
V
V
v
v


Kaya dia niiii !! Ni petikan citer yang baru aku sempat baca dalam KOSMO! (Online) hari ni :

" NEVER SAY NEVER filem dokumentari sulung mengenai perjalanan hidup Justin Bieber telah diumumkan menjadi filem konsert paling laris di senarai pecah panggung Amerika Syarikat. Hasil kutipan filem tersebut telah berjaya mengalahkan kutipan yang diraih filem This Is It kepunyaan Micheal Jackson.

Sejak ditayangkan sebulan lalu iaitu pada 11 Februari, filem itu telah berjaya meraih kutipan sebanyak AS$72.2 juta (RM223 juta). Ia sekali gus menjadi rekod baru yang mana sebelumnya dipegang oleh filem Micheal Jackson yang meraih kutipan AS$72.1 (RM218.2 juta).

Meskipun telah berjaya mengalahkan rekod legenda muzik pop itu, Bieber tetap menyanjungi dan merendah diri dengan mengatakan Micheal Jackson tetap menjadi idola dan legenda muzik dunia.

"Terima kasih kepada peminat-peminat dan pihak yang terus menyokong Never Say Never (3D NSN3D) di seluruh dunia. Tetapi Jackson masih dan akan selalu menjadi Raja Pop," tulis Bieber dalam akaun Twitternya seperti mana yang dilaporkan Aceshowbiz.

Filem Jackson yang menampilkan dokumentari dirinya adalah ketika menjalani latihan dan sebuah persembahannya di London. Filem itu diedarkan pada tahun 2009 iaitu selepas Raja Pop itu mengejutkan dunia dengan kematiannya tragisnya itu. "

Haaa... Kalah tau Michael Jackson ... Kalau nak ikutkan, dia ni baru je setahun jagung, tapi auranye sangat2 luarbiasa ...

Tapi, oleh kerana dia masih muda, aku takut nanti dia akan hilang arah tujuan menjelang umurnye 20tahun kelak ... Takut jadi hancussss macam Britney Spear, Lindsay Lohan dan jugak McChaulay Culkin (Home Alone) ... Tengok gaya pun macam ada potensi ke arah itu je ni .. Tapi, ntahlah kan .. Manusia ni selalunye susah nak diduga .. Kita tunggu dan lihat je la yeee ...

W'salam...

Adiosss...

Namun harus ku tinggalkan cinta, Ketika ku bersujud ...

Assalammualaikum...


Teringat satu cerita yang kali pertama aku tonton dikaca tv pada hari raya Aidilfitri tahun 2008 (kalau tak silap aku laa) .. Cerita yang betul2 menyentuh perasaan aku dan membuatkan aku terfikir, 'wujudkah lagi lelaki seperti ini dalam dunia akhir zaman ni?' ...


Cerita mengenai pemuda bernama Fahri bin Abdullah Shiddiq yang patuh pada ajaran Islam dan akhirnye diduga Allah hanya kerana dia menjadi sedikit riak dan angkuh dengan segala kelebihan yang Tuhan anugerahkan padanya.


Selain jalan cerita yang indah, aku juga terpesona dengan lagu latar yang menghiasi sepanjang perjalanan cerita ini .. Sangat2 best ... ^__^


Rossa Ayat-Ayat Cinta


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung 
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung 
Ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud


Aaaaaaaahhhhhhh .... Bestnyeee ... Ayat yang paling aku suka "Namun harus ku tinggalkan cinta, Ketika ku bersujud..." Terasa kecilnye cinta sesama makhluk ni kalau nak dibandingkan dengan kasihnye Tuhan kan .. =__________='

W'salam...

Adiosss...

DECO DECO BENG BENG BOONG !

Assalammualaikum...

Setelah menteliti segala syarat2nye, aku rasa aku layak, jadi aku pun join la segmen ni ... Kalau nak join, klik je ni :


Selamat bersegmen dan berBW !!!

W'salam...

Adiosss...

Keputusan Pemeriksaan Kesihatan Aku

Assalammualaikum...


Tadi aku buat pemeriksaan kesihatan yang kompeni aku buat PERCUMA untuk kakitangannye ... * Baik la jugak bos kitaorang ni kaaannn ... Heh * ... Hasilnye ? Aku didapati mempunyai tekanan darah yang tinggi dan juga pra obes !!!!!! Waaaaaaaa !!!!!!!!!!!!!! Takmo ! Takmo !!!


Aku dinasihatkan untuk berdiet dan bersenam dengan lebih kerap untuk mengurangkan stress yang dikesan sebagai penyumbang terbesar dalam menjadi penyebab kenaikan darah aku .. Huhuhu ...


Aku ni teringin nak berjoging .. Tapi, aku takut nak gi sorang2 ... Laki aku tak berapa nak rajin untuk temankan aku ... Hampeh je kaaannn .. Hmmm ... Maknanya aku kena cari solution lain untuk bersenam ... Rasanye aku kena bersenam kat dalam rumah je kot ... Hmmm ... Korang rasa camne ??


Apa yang buat aku lagi cuak, bila orang yang peksa aku tu cakap, "You kena buat check up selalu untuk tekanan darah you ni sebab bahaya kalau tinggi sangat ... Boleh effect you punya penglihatan jugak ...


Tapi kan ... Aku ni memang rabun, jadi memang dah effect la kan ? Nampaknye aku kena catu pengambilam gula dan garam dalam pemakanan aku ... Yelah .. Baik kita cegah dan cuba bendung sebelum semuanya jadi teruk kan .. Nanti dah teruk, baru nak cari ubat, memang payah laaaa ... Heh~


Pada korang2 yang tak penah buat pemeriksaan kesihatan tu, cuba2 la pergi .. Bukan apa, penyakit ni masa belum melarat ni kan lebih baik kita tau dulu .. Kalau dah melarat2 nanti, payah la sikit ... Bukan hanya menyusahkan diri sendiri, menyusahkan orang2 yang kita sayang jugak tau....!!


W'salam...

Adiosss...

Selamat Hari Lahir SAYANG ...

Assalammualaikum...


Sebelum aku memulakan lontaran rasa hati dalam entri pertama hari ni, aku nak ucapkan :







Teristimewa buat suamiku yang TERCINTA yang menyambutnya hari ni ... 

SEMOGA HARI2 YANG MENDATANG MEMBAWA 1001 KEBAIKAN YANG DIREDHAI ALLAH .. AMIN ...

Okeh ! Cukup2 la tu yeee ... Macam la dia ada masa nak baca blog aku ni ... Heh ... 

Malam tadi hujan ... Alhamdulillah ... Sejuk sikit rasa bumi Tuhan ni ... Rasanye baru 3-4 hari je pun hujan tak turun ... Tapi panasnye tu rasa tak boleh blah jeee ... Huhuhu ...

Bukannye mengeluh yeee ... Just nak bagitau jeee ... Apapun, kena gak la bersyukur kan ... At least, panas2 pun, ada lagi nikmat air buat mandi dan minum untuk mengurangkan segala kepanasan tu .. Nanti, kalau hujan tak berenti sampai banjir, lagi la payah kaaannn ... Hmmmm ...

Ok la .. Aku nak sambung balik keje .. Bos asyik dok usha je ni .. Dah nak gaji ni .. Kang tak pasal2 plak gaki aku ke tahan ..  >____________<

W'salam...

Adiosss...

Tuesday, March 29, 2011

Sikit Punya Hal Pun Nak Kecoh ...

Assalammualaikum...


Malam tadi aku tengok rancangan kegemaran aku : Criminal Mind kat TV8. Ceritanya berkaitan dengan pembunuh yang mencari mangsa2nya melalui laman2 web sosial polpular macam Facebook dan Twitter.


Bila tengok citer tu, tetiba aku rasa cam apa2 je laman web sosial ni .. Tapi, bukan maksudnye, semuanya tak baik2 belaka .. Ada gak yang baik ... Tapi tak berapa nak banyak laaaa ...


Cuba korang bayangkan ye, ada sesetengah orang tu suka update status kat FBnye dengan kata2 seperti ini :


"Laparnye!!! "


ATAU


"Hari ni makan di McDonald ... Nyum,Nyum ..."


ATAU


"Esok kena pergi outstation la pulak .. Huhuhu"


Dan ada banyak lagi contoh yang lain ... Bukan aku nak menyibuk, tapi, kadang2, benda yang di 'post' kan tu terlalu remeh untuk dikongsikan .. Aku pun penah la buat jugak, aku mengaku .. Tapi, bila pikir2 balik, perlu ke ? Ada ke orang nak kisah (kecuali kalau kita ni femes laaa ..) ?


Aku sendiri pun dah lama tak ber 'FB' ... BOSAN ... Mungkin sebab kawan2 aku takde la sampai angka ribu riban, tapi ntahlah ... Aku tak rajin untuk update status .. Nanti jadi cam satu obligation pulak .. Makan apa hari ni nak kena share, nak pergi mana nak kena share, pendek kata apa benda buat pun semua nak share laaahhh ...


Mungkin aku ni jenis susah skit nak berkawan dengan orang yang aku tak kenal ... Bukan takmau, tapi, biarlah aku kenal orang tu perlahan2 .. Apa guna ada terlalu banyak kawan, tapi tak sorang  pun boleh tolong bila kita dalam kesusahan ?? Perlu ker ??? Biar la sikit asalkan berkualiti kaann ...


W'salam...

Adiosss...

Assalammualaikum...


Malam tadi aku tengok rancangan kegemaran aku : Criminal Mind kat TV8. Ceritanya berkaitan dengan pembunuh yang mencari mangsa2nya melalui laman2 web sosial polpular macam Facebook dan Twitter.


Bila tengok citer tu, tetiba aku rasa cam apa2 je laman web sosial ni .. Tapi, bukan maksudnye, semuanya tak baik2 belaka .. Ada gak yang baik ... Tapi tak berapa nak banyak laaaa ...


Cuba korang bayangkan ye, ada sesetengah orang tu suka update status kat FBnye dengan kata2 seperti ini :


"Laparnye!!! "


ATAU


"Hari ni makan di McDonald ... Nyum,Nyum ..."


ATAU


"Esok kena pergi outstation la pulak .. Huhuhu"


Dan ada banyak lagi contoh yang lain ... Bukan aku nak menyibuk, tapi, kadang2, benda yang di 'post' kan tu terlalu remeh untuk dikongsikan .. Aku pun penah la buat jugak, aku mengaku .. Tapi, bila pikir2 balik, perlu ke ? Ada ke orang nak kisah (kecuali kalau kita ni femes laaa ..) ?


Aku sendiri pun dah lama tak ber 'FB' ... BOSAN ... Mungkin sebab kawan2 aku takde la sampai angka ribu riban, tapi ntahlah ... Aku tak rajin untuk update status .. Nanti jadi cam satu obligation pulak .. Makan apa hari ni nak kena share, nak pergi mana nak kena share, pendek kata apa benda buat pun semua nak share laaahhh ...


Mungkin aku ni jenis susah skit nak berkawan dengan orang yang aku tak kenal ... Bukan takmau, tapi, biarlah aku kenal orang tu perlahan2 .. Apa guna ada terlalu banyak kawan, tapi tak sorang  pun boleh tolong bila kita dalam kesusahan ?? Perlu ker ??? Biar la sikit asalkan berkualiti kaann ...


W'salam...

Adiosss...

Buat jahat jangan sekali ... Sebab Orang Akan Ingat Sampai Mati

Assalammualaikum...


Perempuan ni ada masa2nye dalam satu bulan dimana moodnya akan berubah2 ikut suka hati ... Kadang2 boleh suka, lepas tu tukar jadi sedih dan yang paling menakutkan apabila tengah hangin satu badan ... Ini berlaku akibat dari tindakbalas hormon dalam badan ...


Tapi, takleh la nak ikutkan sangat mood swing tu kan .. Nanti satu keja tak jadi .. Karang, tak pasal2, sebab benda2 yang kita buat masa 'makcik' ni datang, segala perbuatan baik kita yang lepas2 akan dilupakan ... Sebab itu ada pepatah kata " Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali2 " ... 


Kita ni, bila buat baik, orang susah sangat nak nampak ... Tapi, kalau buat jahat, takyah banyak, sikit pun orang dah kenang sampai mati ... Hmmmmphhhh .... @_@


Aku penah kena .. Dan aku tau macamana rasanya ... Barulah aku tau yang manusia ni memang senang nak memaafkan, tapi kebanyakkannya kurang ikhlas sebab sok2, dia ungkit balik salah kita tu, pi cerita lagi kat orang pasal kesalahan kita tu, sampai ada satu masa, aku macam taknak keluar rumah ... Rasa cam dah tiada maaf bagiku la masa tuu ... !_________!


OKEY !!! Lupakan semua tu !!!! Macam lagu Allahyarham P.Ramlee :


" Barang yang lepas, haai jangan dikenang, Kalau dikenang, Meracun diri .... "


Apapun kengkawan, dalam hidup ni, kita tak pernah akan lari dari melakukan kesilapan. Ianya boleh jadi kecil, dan boleh jadi besar, tapi kita jangan sesekali suka2 nak menghebahkan kesalahan orang itu sehingga boleh mengaibkannya sebab kita ni pun masih manusia biasa yang selagi hidup akan melakukan kesilapan juga satu masa nanti .. 


Masa benda tu jadi kat kita, sudah tentunya kita taknak dikelilingi oleh masyarakat yang hanya tahu menyalahkan tapi tak pernah sesekali menghulurkan bantuan kaaannn ... Jadi sebelum buat kat orang, cerminlah dulu diri sendiri yee ...


W'salam...

Adiosss...

Seindah Biasa

Assalammualaikum...


Happy TUESDAY morning my frenzsss !!!!!!!!!!!!!


Hari ni aku nak citer pasal lagu ...Kalau ada yang perasan, dalam banyak lambakan nyanyian lagu2 cintan cintun yang meleleh, ada jugak terselit beberapa lagu berunsur motivasi dalam sesebuah hubungan... Antaranya, lagu Ku Ada Kamu (Adira) dan juga lagu kat bawah yang aku nak kongsikan dengan korang semua ni jap lagi...


Maksud 'lagu motivasi', bukanlah lagu2 nasihat, tapi lagu2 yang menceritakan tentang keistimewaan sesuatu perhubungan itu, tanpa perlu memuji2 terlalu tinggi ... Lagu2 ni jugak, tak semestinya ditujukan hanya untuk pasangan berkasih, ia jugak boleh kita tujukan pada Ibu Bapa kita yang tercinta dan jugak untuk sahabat2 kita yang tersayang ... Lirik lagu yang sangat universal dan alunan irama yang sungguh istimewa ...


Ini antara lagu yang masa mula2 dengar dulu aku tak berapa nak suka, tapi bila dah selalu dengar, jadi suka la pulak ... Hehehe ...


Seindah Biasa - Dato' Siti Nurhaliza



Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Korus
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Ulang Korus

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan

Lirik Ehsan : SINI

Mesti ada yang terperasan (ada ker ??? ... Heh ) yang aku suka sangat kongsi lagu2 Tok Siti ni kan .. Nak kata aku minat kat dia, takde sangat pun ... Tapi, aku suka ngan lagu2 dier ... Semuanya pada tahap yang boleh diterima oleh hati dan minda aku ni ... Hehe ... Tapi, rasanya bukan aku sorang saje yang berpendapat begitu kaaannnn ... ^_____~


W'salam...

Adiosss...



Monday, March 28, 2011

Nak Keluar Duit Sendiri Pun Susah ...

Assalammualaikum...


Hajat dihati nak beli rumah .. Tapi taktau napa tak teringin nak beli rumah baru ... Tengah usha2 rumah 2nd hand jeee ni ... Kalau boleh yang dah siap furnish ... Tapi masalah besar apabila deposit rumah kena bayar dulu !!!! TAK BOLEH nak tunggu duit EPF kluar !!!! Duit EPF plak leh kluar kalau dah dapat S&P !!!!!!! Waaaaaaaarrrghhhhh !!!! Mana nak dapat deposit 10% niiiiiiihhhhhh !!!!!


Kecoh je kan aku ni ... Nak beli rumah second hand pun nak bagitau orang ... Orang lain dok beli rumah banglo bertingkat2, takde pun kecoh .. Hmmmm ... Biarlah ... Orang tu banyak duit ... Aku ni tak sekaya mereka2 tuh ... Tapi, aku bersyukur sebab aku masih ada rumah untuk berteduh, ada kereta nak dibawa ke sana kemari dan ada keluarga yang sayangkan aku .. ALHAMDULILLAH ... Terima Kasih Tuhan !!!!


Agak2, ada tak antara korang2 yang kenal orang nak jual rumah tapi duit deposit tu leh tunggu EPF kluar dulu ???? Kalau ada, sangat2lah dihargai kalau boleh bagitau kat aku secepat mungkin ... !!


Tapi, janganlah jual rumah yang 'keras' kat aku ... Aku ni jenis tak  berapa nak kuat semangat ... Kang jadi menda lain plak kang ... Susah ... Eeeeiii!! Nauzubillah !!!


Apa2pun, aku sangat2 hargai kalau ada orang leh tolong aku cari rumah ni mengikut syarat2 yang aku sebutkan tadi ... Harap2lah adalah mereka2 yang budiman sudi membantu yeee ..


Tolong ye kengkawan !!!! n_____________n


W'salam...

Adiosss...

Sini Ada Hantu ... BEST !!

Assalammualaikum...


Ni semua gara2 penangan iklan yang 'power' la ni ... Akhirnye, laki aku tertewas dan telah menekan butang 'OK' pada remote Astro untuk melanggan cerita 'Sini Ada Hantu' kat Astro First ... Huhuhu 




Masa tu aku tengah sibuk masak kat dapur ... Dia tanya aku, 
" Leh ke Abg nak tgk citer Sini Ada Hantu ni ? "


Sesambil sibuk masak tu, aku pun jawabla,
" Order laaa ... Nanti bil sampai, Abg bayar laaa yang lebih tu yee "


Dia pun kata,
" Okeh. Tapi i (panggilan manje la konon ni..heh) takleh la tengok yee " sambil tersengih2 ...


Aku pun jawab la balik,
" Ala ... Kalau dah order tu, mesti la i tengok sama .. Apa la Abg ni ... " Sesambil tangan aku ligat dok basuh pinggan kotor ...


Last2 ... Order la jugak ... Aku ingatkan sebulan leh tengok ... Rupe2nye, untuk 48jam langganan je ... Okla tuh .. Kalau tengok kat wayang, RM15 leh tengok sekali jeee ...


Lepas melanggan tu, asyik dok hadap citer tu je laaa sampai aku pun dah naik hafal semua dialog2 dalam citer ni (kecuali yang bahasa Cina laaa ) ..


Komen aku, rasanye bagi aku, citer ni lagi best dari Ngangkung dan Khurafat kot .. Aku enjoy la tengok citer ni .. Tak bosan langsung ... Best la pendek kata !!! Jadi, kalau korang taknak order kat Astro, beli la CD ... Leh tengok hari2 ... ^________________^


W'salam...

Adiosss...

Indahnye Mimpi Itu ...

Assalammualaikum...


Hari Jumaat malam Sabtu hari tu, aku ada mimpi ... Mungkin mimpi ni, bunyi cam biasa je bagi sesetengah orang ... Tapi bagi aku, mimpi ni buat aku taknak bangun dari tidur tau ...


Nak tau mimpi apa ? Haaa... Aku mimpi aku mengandung 5 bulan !!! Yang buat aku seronok ngan mimpi ni, aku leh rasa baby tu bergerak2 dalam perut aku ... Ya Allah ... Tuhan je yang tau perasaannye masa tu ... Tetiba je rasa lengkapnye hidup sebagai seorang wanita ... Hmmm ...








Tapi, dah namanye pun mimpi kaann ... Bila tiba masanye, berakhir la jugak ... Bila bangun dari tidur, cam terasa2 lagi ada baby dalam perut ni haaa .... Sedey la jugak masa tu bila sedar semua tu cuma mainan tidur ...


Takpela ... Aku percaya, bila tiba masanya nanti, dengan izin ALLAH, aku pasti akan rasa macamana seronoknye menjadi seorang IBU .. 


Dan mudah2han bila masa tu sampai, aku mampu menjadi seorang Ibu yang terbaik untuk anak2 aku dan pada masa yang sama, aku masih boleh menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dengan sempurna ... Amin ... Yarobbal A'lamin ...


W'salam...

Adiosss...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu