Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

Kerana HATI, Memang Boleh MATI

Assalammualaikum...

Adussss !!! Inilah dianya kalau dah malam baru sempat tengok2 suratkabo .. Itu pun online je laaa .. Nak tengok berita pun, tak sempat .. Yelah, sampai rumah pun dah pukul 0830PM, nak mandi lagi, nak solat lagi .. Mana la sempat nak 'kejar' waktu tayangan tuuu ... Heh ...

Takmo cakap banyak lagi, aku geram baca berita ni .. Pasal cinta tak berbalas pun nak berbunuh2han .. Melampau betul !!!!! Korang yang belum baca, baca je la ni, yang dah baca, tinggal2 la komen yeeee ^___^

MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.

Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu. 

“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.

“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Sumber : Harian Metro Online

Sengal ke tak sengal perbuatan dia ni ??? Ni la padahnye kalau ikutkan hati sangat ... Semua benda yang boleh jadi mudah, dah jadi semankin parah ... Haaaaiiii ....

W'salam...

Adiosss...

2 comments:

ieda said...

aduhh siannya si mangsa .. nielah dunia skrg .. akibah kerana terlalu modern dan mengikut nafsu .. dah hilang pertimbangan huhuh

Aida Tamrim said...

ieda : Tula pasal ... Semua pikir pakai kepala lutut ... Huh !

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu