Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 21, 2011

Amerika Tunjuk Hero Lagiiii ....

Assalammualaikum...


Dalam pada aku melayan perasaan sedey yang takmo nak hilang2 ni, aku sempat la gak membaca Harian Metro (Online). Tetiba je rasa hangiiiiiiiinnnn semacam kat dunia barat yang suka berlagak Hero dan suka2 nak jelajah masuk kat negara orang atas nama keadilan yang maksudnya mereka reka sendiri ....


Macam *&@%^# betullah diaorang ni... Suka sangat nak amik kesempatan di atas negara2 Islam yang tengah porak peranda. Konon nak menegakkan keadilan !!! Keadilan songsang ciptaan mereka sendiri !!!!!!!


TRIPOLI: Tentera Eropah dan Amerika Syarikat melancarkan serangan peluru berpandu dari pesawat pejuang dan kapal selam terhadap tentera Libya, semalam, dalam campur tangan terbesar Barat di dunia Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.


Televisyen Libya berkata, 48 orang terbunuh dan 150 cedera akibat serangan itu. Stesen penyiaran CBS dalam laman sesawangnya melaporkan, tiga pesawat pengebom Stealth B-2 AS menggugurkan kira-kira 40 bom di sebuah lapangan terbang utama Libya. Bagaimanapun, lapangan terbang berkenaan tidak dinamakan dalam laporan itu.


Pesawat tentera Perancis melancarkan serangan pertama pada awal pagi dalam kempen memaksa tentera Gaddafi menghentikan serangan terhadap orang awam. Serangan itu memusnahkan kereta kebal dan kereta perisai berhampiran Benghazi, kubu kuat pemberontak.


Pegawai tentera AS berkata, AS dan Britain melancarkan lebih 110 peluru berpandu sepanjang malam dengan menjadikan sistem pertahanan udara di sekitar Tripoli dan Misrata di barat Libya sebagai sasaran.


Menurutnya, AS bekerjasama dengan Britain, Perancis, Kanada dan Itali dalam operasi Odyssey Dawn.


Denmark pula berkata, empat jet pengebomnya bersedia menyertai serangan dan menanti arahan daripada AS.


Sementara itu, Gaddafi menyifatkan serangan itu sebagai ‘penjajahan dan Perang Salib.’


“Kini tiba masanya untuk membuka simpanan dan melengkapkan rakyat dengan semua jenis senjata bagi mempertahankan kemerdekaan, perpaduan dan kehormatan Libya,” katanya dalam mesej disiarkan menerusi televisyen, beberapa jam selepas serangan bermula.


China dan Russia - yang berkecuali dalam pengundian Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meluluskan serangan berkenaan - menyuarakan rasa kesal terhadap operasi ketenteraan itu.


Kementerian Luar China berkata, Beijing berharap konflik itu tidak menyebabkan kematian lebih ramai orang awam.


Ketika letupan dan bunyi tembakan antipesawat menggegarkan Tripoli pada awal pagi semalam, ia disusuli laungan takbir yang bergema di sekitar pusat bandar raya itu.


Penduduk Tripoli berkata, mereka mendengar letupan kuat di daerah Tajoura sementara di Misrata, serangan itu mensasarkan sebuah pangkalan tentera udara digunakan tentera Gaddafi.


Seorang saksi di Benghazi melaporkan, empat letupan kuat kedengaran berserta dengan tembakan meriam antipesawat pada sebelah malam tetapi tidak pasti siapa melepaskannya.


Katanya, serangan itu disambut baik penduduk daerah itu.


“Ini akan menamatkan pemerintahan Gaddafi.


“Libya tidak akan melupakan bantuan Perancis. Jika tidak kerana serangan itu, Benghazi pasti ditawan oleh Gaddafi.” katanya.


Khalid al-GGurfaly, 38, berkata mereka terhutang budi kepada Perancis, Britain dan AS serta negara Arab kerana menyokong rakyat Libya.


“Kami menjangka Gaddafi akan melepaskan kemarahannya terhadap orang awam. Justeru, Barat perlu menyerangnya habis-habisan,” katanya.


Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berkata negara terbabit bersetuju menggunakan semua semua cara yang ada, khususnya tentera, untuk menguatkuasakan ketetapan Majlis Keselamatan PBB. - Reuters


Kalau ye pun nak menegakkan keadilan, kenapa nak gunakan kekerasan yang mana akhirnye rakyat yang menjadi mangsa ???? Kepada penduduk2 Libya yang menyokong 'keadilan' ciptaan Barat ni, aku taktau la nak kata apa ... Mudah2han takde la jadi seteruk Iraq ... Sampai sekarang masih sengsara ...


Dulu kat Iraq pun sama jugak. Campurtangan atas alasan nak menjatuhkan Saddam Husein... Akibatnye, ntah berapa ramai rakyat yang sengsara akibat penjajahan AS yang takde sempadannya sampai sekarang.. Ntah berapa banyak nyawa yang tak berdosa menjadi korban... Polis dunia konon !!!!!!!!!!!!!! CHITTTT !!!!!!!!!!!!!


P/S : Ter 'emo' lebey sebab penangan mood sedey yang masih ada .... =___='


W'salam...

Adiosss...


2 comments:

Gen Fujita said...

Pandai diorang ambik kesempatan, ketika dunia masih lagi bagi tumpuan kat isu gempa bumi, ramai yang belum sedar Libya sedang menghadapi benda yang sama dihadapi Iraq beberapa tahun lepas.

AdiaLuze said...

Gen Fujita :Itulah pasalnye.. Rakyat diperbodoh2kan supaya mengiyakan apa yang dunia barat buat...Hmmmphhh ...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu