Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 10, 2011

Pemangsa Yang Haprak Dan Mangsa Yang Kurang Bijak..Heh...

Assalammualaikum...

Sambil aku 'berjalan2' di suratkabo KOSMO! tadi, aku ternampak satu berita yang aku sangka hanya ada kat luar negara jeee... Tak sangka plak kat negara kita ni pun ada menda2 tak bermoral camni... Nak tau berita apa ? Meh baca ni :

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.

SUMBER : KOSMO!

Aduyaaaiii.. Ni nasib bek skit ceritanye jadi kat mereka yang bukan Islam.. Taktau la plak kalo menda2 camni pun ada jadi kat orang Islam kita kat negara ni kaaannn...Astaghfirullahalazimmmm....

W'salam...

Adiosss...


5 comments:

sahromnasrudin said...

nape dia tak gunakan kekacakannya untuk memikat wanita huhuhhuuhhu..dunia skrg makin pelik kan..sib bek la non muslim huhuhhh

DiaUmaiNiNaz said...

jgn mudah terpedaya dengan kekacakan, kejelitaan seseorang...disebalik sesuatu ada muslihatnya...selidik dan rajin merujuk kepada yang berkenaan disamping berdoa agar dijauhkan dari segala malapetaka...

AdiaLuze said...

sahromnasrudin : Tu la... Umat akhir zaman, umat akhir zaman..Hmmmphhh...

DiaUmaiNiNaz : Kalau orang boleh pikir rasional takpe dik...Yang suka ikut hati camner tu ?? Heh

deeya said...

astaghfirullah al-azim .. yang jadi mangsa pun ta fikir panjang . mintak dijauhkan dari semua nie .. AMIN !

AdiaLuze said...

deeaya : Tulah...mntk dijauhkan jauh2 dari kluarga kita...Aminnn

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu