Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

GAZA Palestin : Apa Peranan Kita ?

Alhamdulillah aku diberi kerajinan oleh ALLAH untuk menulis lagi. Dengan rupa yang baru, semoga blog aku ini akan dapat lebih memberi manfaat kepada semua berbanding sebelum ini ... In Shaa Allah ..

Baru-baru ini, selain dari cerita pasal Adam dan Hawa (^^,), kita juga dikejutkan dengan serangan tentera laknat rejim zionis terhadap saudara-saudara kita di GAZA Palestin (T_T). Tak tergambar rasanya penderitaan yang ditanggung oleh mereka .. Setiap kali melihat atau mendengar berita mengenai mereka, menitis airmata aku dibuatnya .. Sedih sangat kerana aku tak mampu nak mengangkat senjata untuk sama-sama memerangi Rejim Israel laknatullah !!!

Berita-berita terkini biasanya aku dapat dari laman muka buku Aqsa Syarif. Ada beberapa lagi site yang boleh dirujuk antaranya Aman Palestin.

Di sini aku ingin kongsikan beberapa gambar yang berkaitan dan selepas itu marilah kita sama-sama tanya diri sendiri, "Adakah aku hanya mahu melihat saja kemusnahan bumi lahirnya Imam Syafie ini????" ... Jadi pada sesiapa yang selama ini berfikir bahawa isu boikot memboikot produk Israel dan sekutunya ini tidak relevan, tolongla fikir semula .. bukan dengan akal semata, tapi dengan iman didada ... In Shaa Allah, segalanya akan nampak lebih jelas ...






 
 


Thursday, May 17, 2012

Mencari Semangat Diri Yang Hilang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Hati sangat lemah semenjak 2 menjak nih. Banyak sangat yang difikirkan. Benda remeh temeh pun aku nak pikir sampai kepala pening. Hmmmphhh ... Tu la sebab dah lama tak mengarang entri. Heh .. Sedang membina semula keyakinan dalam diri sebelum boleh menulis kembali.


Seorang kawan pernah berkata, lumrah bagi orang di luar sana yang tak suka nak dengar tentang cerita sedih kita. Kalau boleh, diaorang semua tu nak tengok muka kita ni selalu je ceria dan bibir kita sentiasa menguntumkan senyuman.


So, bila tengah 'down' dan tak bersemangat, ada baiknya aku berehat sebentar daripada membuat sebarang entri. Sekarang adalah masanya untuk aku bermuhasabah diri dan cuba mensyukuri nikmat yang diberi ALLAH seadanya  -____-


Kepada yang rajin menjengukkan diri ke sini, maaf jika aku kurang aktif sekarang ni. Aku sedang dalam mode mencari semula semangat diri yang hilang. Doakanlah yang terbaik untuk aku ye.


Pintu Rindu - Siti Nurhaliza 


Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x


Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x


Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x


Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x


Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa


Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x


Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..


Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..


Ya Allah....


Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x


Hidup matiku hanya untukmu..

  


Sekian, Terima Kasih.


W'salam ..


Adioss .


Saturday, March 17, 2012

Tak Rasa Ke Diri Kau Beruntung ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Tak rasa ke diri kau beruntung ..
Bila ada orang yang masih tak bekerja walaupun dah bertahun-tahun berusaha,
Sedangkan kau sudah bekerja ditempat yang sama bertahun-tahun lamanya,
Walaupun tak sekali merasa bonus.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila masih ada lagi mereka yang masih belum bertemu jodoh,
Sedangkan engkau sudah bertahun-tahun hidup bersama si Dia yang kau cinta.
Walaupun belum dikurniakan cahayamata.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila ada lagi orang yang pergi kerja berhujan berpanas terpaksa mengayuh basikal/berjalan kaki,
Sedangkan engkau senang lenang duduk didalam kereta sejuk beraircond.
Walaupun setiap bulan pening memikirkan tentang duit yang perlu dibayar.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila ada lagi orang yang makan hanya berlaukkan telur dan kicap,
Sedangkan engkau sekali dalam sebulan dapat merasa nikmatnya makan KFC dan McDonald.
Walaupun hanya itu saja makanan mewah yang kau mampu nak merasa.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila ada orang yang tidur berlantaikan tikar mengkuang beratapkan atap rumbia,
Sedangkan engkau selesa dibuai mimpi diatas tilam empuk,
Walau pun hanya di rumah flat kos rendah.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila ada orang yang dah mati berharap diberikan peluang kedua oleh Allah,
Sedangkan engkau masih bernafas dimuka bumi Allah,
Masih berpeluang beriman, beramal, bertaubat dan bertakwa kepada Allah selagi termampu.

P/S : Ini sekadar peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa bersyukur seadanya ^^

W'salam ..

Adioss .

Thursday, December 22, 2011

Jelesnya Aku ...

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم


Bila ternampak betapa seronoknya mereka ni bercuti ...

v
v
v

Gambar carian Google ^^



Gambar carian Google ^^
 
Gambar carian Google ^^

Bila ternampak kemewahan hidup mereka ni ..

V
V
V













Dan, yang paling buat aku jeles sesangat adalah .. Bila nampak betapa bahagianya mereka ni sekeluarga ...

V
V
V








Nota Tengah : Aku memang JELES, tapi jeles aku bukan maknanya aku dengki .. TIDAK sama sekali !! Ini cuma luahan rasa hati seseorang yang bernama WANITA .. Terpulang pada kalian untuk menafsirkannya 


Tapi, bila aku memikirkan semua itu hanya SEMENTARA sahaja, aku cuba bermuhasabah diri. Dunia ni kan cuma satu PERSINGGAHAN. Destinasi yang abadi adalah SYURGA. Jadi, untuk apa dikejar-kejar segala keduniaan ini ??

Aku kena bersyukur kerana aku ada mereka-mereka ini dalam hidup aku ..

V
V
V











Ya Allah .. KAU ampunkanlah segala kenaifan aku ini
Ya Allah .. Janganlah KAU biarkan aku terlebih mencintai duniamu ini
Ya allah .. Selamatkanlah aku dari NerakaMU yang sangat menakutkan itu
Ya Allah .. Semoga ada tempat untukku dan orang2 yang aku sayang di SyurgaMU nanti ...

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda:
Neraka dan surga saling berdebat, lalu neraka berkata: Aku dimasuki oleh orang-orang yang suka menindas dan sombong. Surga berkata: Aku dimasuki oleh orang-orang yang lemah dan miskin.

Lalu Allah berfirman kepada neraka: Kamu adalah siksa-Ku, Aku menyiksa denganmu siapa yang Aku kehendaki. (Atau Allah berfirman: Aku menimpakan bencana denganmu kepada orang yang Aku kehendaki).

Dan Allah berfirman kepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku, Aku limpahkan rahmat berupa kamu kepada siapa yang Aku kehendaki. Dan masing-masing kamu memiliki penghuninya sampai penuh

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5081W'salam

SUMBER : SINI

W'salam ..

Adiosss...

Monday, November 21, 2011

Ya Allah, Semoga kemenangan dipihak MALAYSIA !!! Amiiinn ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia.


Semangat ini cukup positif sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara.


Namun jelas Shabery dan Naim, dan mungkin juga ramai lagi pegawai serta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta terutamanya, tertipu dengan slogan tuan rumah itu. Atau mungkin juga sebahagian besar penduduk kota Jakarta sendiri yang tidak memahaminya.


Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku.


Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan.


Provokasi di Gelora Bung Karno yang sudah basi dan tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara, dijangka akan lebih bingit dan menyakitkan telinga dengan misi membalas dendam serta mengubat ‘sakit hati yang mendalam’ (seperti dikatakan peminat dalam satu temubual radio tempatan) terhadap Malaysia akibat kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu.


Menurut rakan wartawan yang pernah membuat liputan Sukan SEA di hampir semua negara di rantau Asia Tenggara ini, Sukan SEA di Jakarta antara yang paling teruk – terutama dalam sambutan rakyatnya terhadap kontinjen Malaysia.


Kontinjen Malaysia yang hadir ke bumi Jakarta seolah-olah musuh ketat yang cuba dimalukan dan dimusnahkan. Bagi penyokong Indonesia, biar mereka tidak dapat emas asalkan bukan Malaysia yang memperolehnya.


Sokongan padu sanggup diberikan kepada lawan Malaysia, tidak kira dalam apa acara sekalipun. Jadi jelas kedatangan kontinjen negara ke sini kurang dialu-alukan dan nama Malaysia tidak terbabit dalam kempen Bersatu & Bangkit kali ini.


Malaysia kini yang berada di tangga keempat keseluruhan selepas mencapai sasaran 45 pingat emas kelmarin, kini perlu menamatkan kempen kali ini dengan ibu emas – mengecewakan Indonesia dalam aksi final bola sepak malam ini – sekali gus mengajar sebahagian penyokong di sini erti semangat kesukanan sebenar.


SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

Sebenarnya dah lama aku menonton dan juga membaca dari media-media tempatan mengenai layanan buruk INDONESIA kepada pasukan MALAYSIA di Sukan Sea kali ini.


Sesuatu yang aku rasa tak sepatutnya berlaku memandangkan selama ini, negara kita tak pernah pun lokek pun dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan di saat mereka dilanda bencana alam seperti Tsunami dan gempa bumi. Bukan mengungkit tetapi sekadar membangkit.


Tak tahu apa yang mereka tak puas hati sangat dengan kita. Kata SERUMPUN tetapi mereka seolah-olah menganggap kita ini lebih daripada musuh ketat yang perlu dihapuskan !


Mungkin mereka lupa bahawasanya sebahagian besar dari rakyat mereka mencari rezeki di bumi Malaysia. Memang rezeki dari Allah, tapi, kalau mereka sudah terlalu ANGKUH dan BONGKAK dengan negara kita, tak perlu lagi ada yang bersusah payah menggadai nyawa untuk memasuki negara kita secara HARAM demi mencari sesuap nasi !!! Cukup-cukup lah tu wahai INDONESIA !! Belajarlah untuk MENGHORMATI dan MENGHARGAI bantuan orang lain ...



P/S : Aku cadangkan dengan ini, semua media-media tempatan kita bawak-bawaklah hentikan siarkan sinetron-sinetron seberang tu .. Tutup la terus saluran BINTANG kat Astro tu !!! Cukup-cukuplah kita diaibkan dan dipijak-pijak oleh mereka !! Kita datang ke sana dilayan macam sampah, tapi bila artis mereka datang ke sini, kita layan macam Raja !!!! HUUUHHHH !!!!


W'salam

Adiosss...



Thursday, July 28, 2011

Tak Layakkah Aku ??

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Bila pandang sana sini ramai kengkawan yang perut membesar berisi, sayu je rasa hati ni .. Aku tau ni semua dugaan dan aku faham yang aku kena sentiasa redha dan berdoa ke arah kebaikan. Tapi, kadang2 aku lemah selemah2nya ... Sedih sesedih2nye ... Rasa diri tak layak untuk menerima anugerah IBU,MAMA,UMI,MUMMY ataupun EMAK. Sebab tu la Tuhan tak 'bagi' lagi. Hmmmmm ... Entahlah ...

W'salam

Adiosss...


Wednesday, July 20, 2011

Apa Punya Orang Laaaa O_o

Assalammualaikum...

Malam tadi kedai laki aku kena pecah. Laki aku gi buat repot sampai 12 tengah malam. Sian dia.

Tak paham aku perangai manusia yang malas nak keja tapi nak hidup senang macam ni lah !!!! Dalam dunia ni, kalau nak senang, kalau nak kaya, mana ada jalan mudah .. Semuanya kena USAHA ! Ni tidak. Agak2 hidup susah sikit, agak2 takde duit sikit, mulalah nak merompak la, nak meragut la, nak mencuri la !!! Adoyaiiiii !!!!! Menyusahkan orang lain betul lah !!!!

Hmmmphhh .. Pepagi lagi dah membebel. Yela .. Walaupun laki aku cuma keje je kat situ, tapi, itulah tempat dia mencari rezeki siang malam sampai kadang2 kena tido situ. Tetiba je orang yang merompak tu senang2 je pecah masuk dan mencuri itu dan ini .. Cam s*** je tau !

Takpela .. Benda nak jadi. Yang penting laki aku dan semua pekerja2nya selamat. Mesti ada hikmah dan sebab disebalik segala2nya. Apa saja yang berlaku biasanya adalah tanda peringtatan dari Allah di atas apa2 kesilapan yang kita telah lakukan tanpa sedar .. Apa2pun kena MUHASABAH DIRI.

W'salam

Adiosss...

P/S : Nak baca novel FREE ? Klik je SINI

Thursday, April 21, 2011

Aku Bukan Menghilang ... Meh Sini Aku Citer ...

Assalammualaikum...


Lamanya tak dapat jenguk blog kuning aku ni ... Rinduuuuuunyeeee ... Rindu jugak kat kengkawan blogger sekalian .... Aku bukan sengaja nak menghilangkan diri, tapi, tanpa disangka2, selain dari Facebook, YouTube dan seantara dengannya, blogspot juga secara rasminya telah diblok ... 




Walaupun bukan sepenuhnya, tapi tetap takleh nak tinggal komen dan nak login ... Hampeh kaaaannn ... Huhuhuuhuuuuu ...




Takpelaaa ... Nak wat camne .... Dah keja ngan orang memang la macamtu ... Lagi2 kalau dapat Bos yang selalu rasa diri tu betuuuulll je selalu ... Hehehe ... *Sori Bos, terkutuk la plak ...*


Hari tu masa balik kampung, aku nek bas sebab laki aku tak dapat balik sekali, dia tak dapat cuti, dia balik gak, cuma lambat la skit ... Aku sebenonye nak citer pasal aku nek bas kat TBS ... Ni kira first time la aku nek bas kat sini ... Berpusing2 jugak la laki aku nak menganto aku ... Tapi, last2 dapat la jugak jumpa pintu masuk ... kui kui kui ....


Takyah nak citer bebanyak ... Meh aku tunjuk beberapa gambo yang aku sempat amik ... Tak banyak pun .... Adala sekeping dua je gambo yang aku sempat amik ... Yelah ... Dahla sesorang, bawk beg banyak lak tuh, kang aku sakan mengamik gambo, tertinggal la plak bas ... Ahaksss ...






Tentang isu keselamatan dan keselesaan aku rasa penumpang2 bas yang menuju ke utara Selatan, tak perlu la risau sebab tempat ni memang selesa sangat ... Kalah LCCT tau *Almaklumla ... masih baru ... Thehehe * Pak polis pun ada kat setiap pelusuk tempat *Mintak2 jgn la baru2 je macamtu yeee * ... Tiket bas pun siap main scan2 jeee ... Takde la konduktor bas .. Tiketnye ada la ghupe camni :




Canggih kaaannn ??? Hehehehe .... Cm jakun je kan aku ni ... Tapi memang agak jakun jugak laaa ... Apa2pun, rasanya pada sesiapa yang balik beraya ke Selatan Tanahair, mulai dari sekarang akan dapat manaiki bas dalam suasana yang lebih selesa dan teratur .... (✿◠‿◠)


W'salam...

Adiosss...

Wednesday, April 6, 2011

Salah atau Tidak, Hanya ALLAH Lebih Mengetahui

Assalammualaikum...


KUALA LUMPUR – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam tetap mempertahankan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku dalam klip video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin kanan pembangkang.


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga yakin lelaki dalam video itu yang mirip suaminya bukan Anwar.


“Saya dan keluarga sudah menonton video itu yang dipaparkan di sebuah laman web. Kami mengambil keputusan menontonnya selepas difahamkan tiada adegan lucah.


“Hanya kami sekeluarga mengenali Anwar secara intim dan amat jelas bahawa pelaku di dalam video itu bukan Anwar berdasarkan susuk tubuh yang berlainan,” kata beliau pada sidang akhbar di kediamannya di Segambut di sini semalam.


Klip video hitam putih itu dengan durasi satu minit 47 saat dimuat naik dalam Youtube kelmarin, yang menampilkan seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan bertuala.


Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, bapa Anwar iaitu Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Wan Azizah memberitahu, Anwar kini berada di Sarawak untuk berkempen dalam pilihan raya negeri itu.


Beliau juga berkata, walaupun polis telah mengesahkan video seks itu tulen, ia tidak membuktikan bahawa suaminya merupakan pelaku dalam video itu.


“Tulen atau tidak, itu bukan isu. Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu, malah terdapat tulisan dalam bahasa Thailand di dalam video yang saya tonton yang durasinya tidak sampai dua minit itu,” katanya.


Nota pendek : Mahkamah yang paling adil adalah mahkamah di akhirat nanti dimana setiap yang bersalah akan ditunjukkan kesalahan mereka di Padang Mahsyar ... Kita sebagai pemerhati, jangan sewenang2nya nak mencela dan menjatuhkan hukum sendiri kerana sebab tersalah bicara, boleh mendatangkan fitnah yang menyebabkan penambahan saham kita untuk ke Neraka .. Kadang2, DIAM itu lebih baik dari bersuara ... Wallahualam ...


W'salam...

Adiosss...

Thursday, March 31, 2011

'Jasmine Slalu Hepi' Si C****A Yang Akan Terima Balasannya Juga Nanti !!!

Assalammualaikum...

Tetiba je si 'Jasmine Slalu Hepi' ni jadi sebutan ... Korang tau kan sapa yang aku maksudkan ? Kalau yang tak tahu tu, ce tengok sini :


Haaaaa!!!! Apa perasaan korang (yang beragama Islam) mesti hangiiiinnnn jeee satu badan kan?? Ramai sangat orang menyalahgunakan FB demi kepuasan nafsu sendiri sekarang ni !!! Dah tak takut dengan pembalasan dari Tuhan yang bila2 masa je akan sampai !!!

Hmmmphhh ... Sakit jantung aku dibuatnye .. Oke la ! Aku benti kejap !! Tengah berasap ni kepala aku ! Heh.... 

W'salam...

Adiosss...

Thursday, March 24, 2011

Masalah Dan Manusia ...

Assalammualaikum...


Manusia dan masalah memang tak dapat nak dipisahkan kan .. Pendek kata, dimana ada masalah, disitulah ada manusia ... Dan dimana ada manusia, di situlah ada masalah ... Hmmm ... =.='


Tu pun nasib baik Allah kurniakan makhluk yang bernama manusia ni dengan akal fikiran .. Bukan otak yee .. Sebabnya, binatang pun ada otak jugak ... Contohnye udang, kalau la dia takde otak, camne plak kalau ada orang nak makan laksa ngan 'otak udang' ?? Betul tak ??? Yang membezakan kita ngan haiwan adalah AKAL FIKIRAN ...


Tapi kerana akal jugak la manusia ni ada yang bersifat pemusnah ... Yelah ... Bom Atom ngan nuklear tu sapa yang cipta ?? Bukan monyet kan ... ?? Bukan jugak kucing kan ... ??? Tapi, MANUSIA ... Kononya dicipta atas tujuan faktor keselamatan ... Ceh !!!! Dakyah semua tu ... Kalau takde menda2 macam ni pun kalau nak mati, mati jugak kan ... Bagi aku biarlah aku mati kerana faktor semulajadi daripada mati dek kerana perbuatan makhluk yang bernama MANUSIA ...


Ini bukan entri emo ye ... Ni entri luahan rasa je .. Yelah ... Semenjak dua menjak ni aku rajin tengok drama2 bersiri penyiasatan macam Criminal Mind, Castle, NCIS dan banyak lagi laaa .. Bila tengok menda2 camni, aku terfikir, kenapalah ada manusia yang sanggup buat menda2 yang sgt2 kejam terhadap manusia lain ... KENAPA ?? Adakah kerana mereka giler atau semua dah terlebih akal ????


Oklah ... Aku nak gi survey2 layout baru untuk blog aku ni .. Agak2 tak jumpa, aku guna jela background tomato ni ... Cun jugak aper ... Hikhikhik ...


W'salam...

Adiosss...

 

Tuesday, March 22, 2011

Terry Jones yang macam #@$#%$ !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalammualaikum...

ALLAHUAKBAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SUBHANALLAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

CELAKA lah orang yang bernama TERRY JONES dan sekutu2nya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! LAKNAT la kepada mereka yang menyokong perbuatan mungkarnya itu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kenapa aku marah sangat ??? Sebab pemimpin2 negara Islam satu dunia hanya berdiam diri walaupun tahu yang kitab suci kita dibakar oleh manusia CELAKA ini !!!!

Dakyah mereka mengatakan bahawa kitab Al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ sehingga kitab suci kita ini 'dijatuhkan hukuman' untuk dibakar !!!!!!!

Aku rasa kalau ada antara orang Islam dimana2 negara Islam membakat Injil, sibuklah tentera2 barat keparat tu datang menyerang .. Tapi, bila jadi kat orang2 Islam, apa yang mereka buat ??? Hanya 'mengutuk hebat' !!!! Macam @#$#%!@# jeeee !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Panas aku ni, memang panas !!!!!

ASTAGHFIRULLAHALADZIM !!!!!!!!!!!!!!!!

ALLAHUAKBAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

W'salam...

Adiosss...

(Sign hijau)

MOOD : Oke Daaaaahhhh ... ^_^

Assalammualaikum...


Bukak2 suratkabo (online) hari ni, banyak betol berita pasal berita skandal seks Pemimpin Pembangkang yang dihebahkan ...


Aku bukan nak menyebelahi mana2 pihak, tapi, kalau berita ni satu FITNAH, semoga ALLAH membalas perbuatan mereka2 yang tak mengenal dosa ini dengan seberat2 hukuman dan andaikata berita ni benar belaka, semoga ALLAH memberi kita petunjuk untuk menilai dengan lebih baik.. Amin ...


Tapi, fokus aku hari ni bukan pasal si suami, tetapi pada si isteri yang setia disisi walau pelbagai tuduhan dilemparkan pada si suami. Sungguh aku kagum dengan kesetiaan dan kesabarannye menghadapi segala2nya .. 


Salah atau betul si suami itu tidak terlalu penting andai punya isteri yang sentiasa mempercayai suaminya walau dalam keadaan segenting ini ...


Cuba bayangkan kalau jadi kat kita ... Baru sikit orang cakap pasal suami kita, dah melenting2 macam ulat cempedak je lagaknya .. Hmmmm ... Belum lagi suami kita kena tuduh macam2 .. Siap ada 'saksi' pulak tuh... Ish,ish,ish ...


Zaman sekarang ni, nak mengekalkan sesebuah institusi perkahwinan bukannya kerja mudah .. Tapi ianya sangat penting bagi menjamin kestabilan asas bermasyarakat. 


Baru2 ni aku dengar dalam berita, 1 nisbah 5 rakyat di Malaysia kini mengalami gangguan mental atau dalam istilah biasa kita dengar ialah gila.


Kenapa agaknye jadi macamtu ye .. Selain dari faktor ekonomi yang sangat2 menghimpit rakyat terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta yang mempunyai gaji kurang dari 2k sebulan, faktor besar lain aku rasa asas kekeluargaan yang kurang kukuh ...


Yelah.. Kalau dalam rumah pun mak ayah asyik nak berperang, macamana la agaknya perasaan anak2 .. Rasanya aman tak jiwa mereka tu ? Kalau jenis yang ekspresif, mungkin mereka akan jadi penyumbang kepada penambahan dalam masalah gejala sosial .. Tapi, bagi mereka yang suka berdiam diri, aku rasa ianya akan 'memakan' mereka dari dalam yang akhirnya akan menyebabkan 'mental breakdown' .. Betul tak ??


Ianya cuma pendapat aku ... Ish... Apa hal aku pepagi ni cakap pasal isu serius sangat ... Hehehe .. Saje je nak berkongsi pandangan dengan korang semua ...


Apapun, aku harap mood aku hari ni akan lebih ceria dari hari2 sebelumnya ... Yeeeeaaayyyyy !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


W'salam...

Adiosss...


Monday, March 21, 2011

MOOD : Masih Sedeyyyy .... =.=

Assalammualaikum...



Sorry la entri aku tadi agak 'panas'. Bukan apa, aku elergik skit kalau ada masalah kat mana2 negara Islam, AS dan sekutunya beriya2 sangat nak 'membantu'. Macam baguuussss jeee ... Huh !


Masih tengah dalam mood sedey ... T_____T


Manusia, manusia .. Memang tak pernah bersyukur kan .. Bila diduga Tuhan, suka sangat menyangka diri yang paling malang ... 


Tapi, tidakkah mereka ingat akan segala dosa2 yang pernah mereka buat ??? Pernahkan mereka bermuhasabah diri memikirkan bahawa setiap dugaan yang Tuhan kurniakan adalah sekadar ujian untuk masuk ke syurga yang kekal abadi ???


Kerap kali bila aku diduga, aku akan segera mengingati dosa2 yang pernah aku lakukan .. Mungkin ini adalah salah satu caranya DIA mahu meringankan hukuman aku di akhirat nanti .. Mungkin akan ada pintu syurga yang boleh aku buka di sana nanti ... Mungkin.... Mungkin ....


Aku kena kuat !!!! Aku kena bersabar !!!!! 


Hidup ini pun tak lama mana ... 
Bila tiba masanya nanti, aku akan 'kembali' jua .. 
Hidup memang penuh pancaroba ... 
Sabar dan tawakkal hanya padaNYA cuma ...


Kawan2.. Kalau korang kena virus penyakit sedey ni, jangan cepat putus asa kay !!! Ingatlah bahawa diantara orang2 yang sabar Allah akan bersama orang yang PALING sabar .... Dan bila kita putus asa, Syaitan akan melonjak gembira ...










W'salam...

Adiosss...


KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu