Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 6, 2011

Salah atau Tidak, Hanya ALLAH Lebih Mengetahui

Assalammualaikum...


KUALA LUMPUR – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam tetap mempertahankan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku dalam klip video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin kanan pembangkang.


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga yakin lelaki dalam video itu yang mirip suaminya bukan Anwar.


“Saya dan keluarga sudah menonton video itu yang dipaparkan di sebuah laman web. Kami mengambil keputusan menontonnya selepas difahamkan tiada adegan lucah.


“Hanya kami sekeluarga mengenali Anwar secara intim dan amat jelas bahawa pelaku di dalam video itu bukan Anwar berdasarkan susuk tubuh yang berlainan,” kata beliau pada sidang akhbar di kediamannya di Segambut di sini semalam.


Klip video hitam putih itu dengan durasi satu minit 47 saat dimuat naik dalam Youtube kelmarin, yang menampilkan seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan bertuala.


Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, bapa Anwar iaitu Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Wan Azizah memberitahu, Anwar kini berada di Sarawak untuk berkempen dalam pilihan raya negeri itu.


Beliau juga berkata, walaupun polis telah mengesahkan video seks itu tulen, ia tidak membuktikan bahawa suaminya merupakan pelaku dalam video itu.


“Tulen atau tidak, itu bukan isu. Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu, malah terdapat tulisan dalam bahasa Thailand di dalam video yang saya tonton yang durasinya tidak sampai dua minit itu,” katanya.


Nota pendek : Mahkamah yang paling adil adalah mahkamah di akhirat nanti dimana setiap yang bersalah akan ditunjukkan kesalahan mereka di Padang Mahsyar ... Kita sebagai pemerhati, jangan sewenang2nya nak mencela dan menjatuhkan hukum sendiri kerana sebab tersalah bicara, boleh mendatangkan fitnah yang menyebabkan penambahan saham kita untuk ke Neraka .. Kadang2, DIAM itu lebih baik dari bersuara ... Wallahualam ...


W'salam...

Adiosss...

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu