Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 13, 2011

Berdoa Untuk Saudara Sesama Islam - Fatine

Assalammualaikum...


Sejak dari semalam, aku sering terbaca berita mengenai Fatine @ Mohammed Fazdil Min Bahari yang dikabarkan telah berpisah dengan 'suaminya', Ian Young, seorang warganegara Britain.




Bukan nak menambahkan luka yang sudah sedia parah, tapi aku nak kita semua mengambil ikhtibar daripada kisah mereka ini bahawa cinta bukan segala2nya .. Ikut hati, MATI dan ikut rasa, BINASA ...


Bila mendapat tau mengenai kisah si Fatine ni, perkara pertama yang aku fikirkan adalah 'Macamana la perasaan kedua orang tuanya' ... Tetiba teringat plak cerita '... dalam botol' .. Tapi, dalam cerita tu, si mak nyah tersebut bernasib baik kerana terpanggil untuk bertaubat ... Dimana akhirnya dia mampu unutk jatuh cinta dengan seorang wanita ... Tapi, macamana dengan Fatine? Masih adakah pintu kemaafan untuknya di bumi Malaysia ini ??


Kadang2 manusia ni, paling suka menghina daripada menghulurkan bantuan ... Tapi pernah tak kita terfikir, dalam pada kita dok menghina dan mencerca segala perbuatan Fatine ni, orang2 dari agama lain, berebut2 nak 'membantu' si Fatine ni dengan ayat2 manis yang dalam agama mereka. perbuatannya itu TAK SALAH ... walhal, kita semua tahu bahawasanya amalan HOMOSEKSUAL itu adalah dimurkai Allah .. 


Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada dijelaskan: “Empat golongan yang pagi hari dalam kemurkaan Allah dan petang hari dalam kemurkaan Allah. Lalu ada yang bertanya; “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? Baginda menjawab; “Iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang bersetubuh dengan binatang dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki (homoseks)”. (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi)


Faitine takut kembali ke bumi Malaysia dengan alasan bahawa dia menerima ugutan bunuh dari satu laman web Malaysia (tidak dinyatakan la pulak penamanye) ... Kalau itu yang ditakutkan, aku rasa dia masih merasakan segala perbuatannya (menukar jantina dan amalan gay) itu tidak salah .. Aduuuuhhh .. Malangnya dia andai benar itu yang dirasainya ...


Sebagai saudara sesama Muslim (memandangkan dia bertegas bahawa dia masih lagi seorang Islam), marilah kita sama2 berdoa agar hatinya akan terbuka suatu hari nanti untuk berubah sebelum pintu taubat tertutup terus untuknya ..


Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).


P/S : Seandainya Nabi boleh memaafkan setiap perbuatan khianat umatnya, kenapa kita yang tak sesempurna mana ni, susah sangat nak maafkan kesalahan orang lain ??


W'salam...

Adiosss...

10 comments:

CGG said...

sama2 kita doakan beliau:)

wahida said...

mudah2an terbuka hati dia utk bertaubat...Allah itu Maha Pengampun...

mari kita sama2 berdoa..

maya amir said...

"cantik" ye fatin tu..agak kalau die stay jadik laki, mesti ensem..aduhai..

AdiaLuze said...

CGG : Amiiinn ...

AdiaLuze said...

wahida : MAri,mari .. !!

AdiaLuze said...

maya amir : Tu la pasal .. Susah kaaann .. Heh

deeya said...

semoga pintu hatinya terbuka dan ALLAH masih menerima taubatnya .. AMIN ! :)

AdiaLuze said...

deeya : AMIN ;)

HazIQAH iKkI hAZiq said...

Ya Allah ampunkanlah dosanya..semoga dibukakan pintu hatinya untuk menerima cahaya hidayah-MU Ya Rahman..Semoga hatinya kembali ke jalan-MU..amin..Amin Ya Raballalamin..

tuelah kak..manusia memang begitu..
yg baik dipuji tinggi..yg buruk dikeji melangit...

AdiaLuze said...

HazIQAH iKkI hAZiq : AMMMIIINNN .. Yarobbal a'laminnn ..

Makanya, kita jangan la jadi macam manusia 'yg begitu' tu yee ... Hehehe

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu