Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 20, 2011

Jangan Pernah Mengalah

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

Cerita ini aku dapat asalnya dalam Bahasa Inggeris melalui kiriman email, tapi aku cuba dengan sebaik-baiknya untuk menterjemahkannya .. Semoga, mesej yang cuba disampaikan dapat sama-sama kita manfaatkan yee ...

Pada zaman dahulu, terdapat seorang Raja yang tak percaya kepada Kebesaran Tuhan. Beliau mempunyai seorang hamba adbi yang dalam apa jua keadaan akan berkata " Wahai Tuanku, jangan bersedih hati, percayalah bahawa setiap apa yang Tuhan jadikan adalah cukup sempurna. Tiada sedikitpun salah."
 
Pada suatu hari, semasa mereka pergi berburu, seekor binatang buas telah menyerang si Raja. Hamba abdinya berjaya membunuh binatang tersebut tetapi gagal menghalangnya dari membaham salah satu jari kepunyaan Raja.
 
Dengan persaan marah dan tanpa rasa bersyukur kerana nyawanya terselamat, Sang Raja berkata " Ini yang kau katakan Tuhan itu baik? Jika Dia baik, Beta takkan kena serang dan kehilangan jari Beta"
 
Hamba abdi itu menjawab " Wajai Tuanku, setelah apa yg berlaku, patik hanya boleh berkata yang Tuhan itu baik dan Dia Maha Mengetahui kenapa semua ini terjadi. Apa yang Tuhan lakukan adalah cukup sempurna. Dia tak pernah salah!."

Murka dengan jawapan yang diberikan, Beliau mengarahkan supaya Hamba abdinya ditahan.
 
Kemudian, Raja tersebut telah keluar untuk berburu lagi tetapi kali ini, Beliau telah ditangkap oleh sekumpulan orang liar untuk dijadikan sebagai korban.
 
Semasa berada di tempat korban, sekumpulan orang liar tersebut mendapati yang Sang Raja kekurangan satu jari. Oleh kerana, dalam kepercayaan mereka, mangsa korban perlu berada dalam keadaan sempurna, maka, sang Raja pun dibebaskan.
 
Sekembalinya Raja di Istana, Beliau memerintahkan Pengawal untuk melepaskan Hamba Abdinya..
 
" Wahai Tuanhamba, Tuhan memang baik dengan Beta. Beta nyaris dibunuh oleh sekumpulan orang liar tetapi kerana kekurangan satu jari, Beta dilepaskan! Tetapi, Beta ada satu soalan untuk Tuanhamba.Jika benar Tuhan itu baik, kenapa Dia membenarkan Beta mengurung Tuanhamba di dalam penjara?"
 
" Wahai Tuanku, jika Hamba ikut sama dengan Tuanku untuk berburu, sudah tentu Hamba yang dijadikan korban kerana Hamba mempunyai cukup jari. Oleh sebab itu, ingatlah bahawa apa yang Tuhan lakukan adalah cukup sempurna. Dia tak pernah salah"

Aku agak terkesan sebenarnya dengan cerita ni. Sebab tu aku nak kongsikan dengan kengkawan semua. Cerita ini merupakan salah satu huraian kepada kata-kata "Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya ". Semoga dapat dijadikan pedoman kita bersama.Insyallah. Kalau ada tersalah terjemah, mohon dimaafkan ye sebab aku ni bukannya professional pun .. ^^

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah ambillah kesombonganku dariku.”Allah berkata, “Tidak. Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya. “

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah sempurnakanlah kekurangan anakku yang cacat.”Allah berkata, “Tidak. Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah beri aku kesabaran.”Allah berkata, “Tidak. Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cobaan, tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah beri aku kebahagiaan. “Allah berkata, “Tidak. Kuberi keberkahan, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan.”Allah berkata, “Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah beri aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat.” Allah berkata, “Tidak. Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah bantu aku MENCINTAI orang lain,Sebesar cinta-Mu padaku.
Allah berkata… “Akhirnya kau mengerti .!!”

Petikan ayat di atas aku pinjam dari SINI.

P/S : Jangan pernah bosan untuk meminta dan berdoa hanya pada Yang Esa. Kerana hanya Dia yang sudi mendengar kita  mengadu, berserah dan memohon tanpa rasa jemu dan akan menghulurkan bantuan tanpa meminta apa-apa balasan.

" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". ( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 )






W'salam

Adiosss...

1 comment:

Fyqa said...

hanya Dia maha mengetahui segalanya..

Subhanallah..

:')

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu